Thursday, September 6, 2012

[Gambar] Kisah penerjunan dari 10,000 kaki


Aksi-aksi sebelum penerjunan secara tandem oleh saya dan sdr Giam Say Khoon bersama instruktor tandem masing-masing. Pengalaman yang menakjubkan. Saya tidak pernah sangka saya akan melakukannya. Jika tidak dipaksa dengan helah oleh rakan blogger Big Dog dan sahabat dalam UMB, Razman, saya mungkin tidak akan melakukannya. 

Terima kasih kepada rakan blogger Jefrizal yang menjadi penerjun simpanan kerana mengambil gambar-gambar di bawah. 

Terima kasih kepada instruktor tandem PW Rahim yang banyak membantu penerjunan ini.

Terima kasih juga kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana telah memberi ruang kepada saya untuk merasai pengalaman yang tidak ternilai ini. 




Gambar semasa di Pengkalan Udara TUDM Subang


Di dalam pesawat menuju ke Kuantan




Dibantu untuk mengenakan uniform







Briefing dan tunjuk ajar ringkas sebelum menaiki pesawat. Giler suspen masa ni...




Masa berjalan nakmasuk ke dalam kapal terbang ni, rasa macam berlakon dalam filem Armageddon





PW Rahim 'kendali payung terjun macam handle stering kereta'


PW Rahim yang lebih banyak keluar peluh, dia tak confident kat saya la tu... heh, heh heh. 10,000 meter ni jatuh dalam 36 saat je lebih kurang, jadi tak boleh buat kesilapan..









Giam dan saya, sebelum penerjunan


Briefing lagi, briefing dekat 20 kali, ketatkan tali pada pakaian lebih dari 20 kali. Punyalah teliti kedua-dua PW memastikan keselamatan kami berdua


Waktu penerjunan, saya ada tersalah faham sikit. Kesilapan yang sedikit menyebabkan kami berpusing-pusing. Buat seketika, semua yang diajar tadi hilang. Mujurlah sempat ingat balik apa yang diajar dan dapat stabilkan badan. Tiba-tiba saya ditarik ke atas. Lama jugak tertarik ke atas dengan begitu laju. Untuk 3 saat pertama, saya terbayangkan mungkin saya ditarik oleh kipas kapal terbang yang dinaiki tadi. Selepas beberapa saat semasa tertarik ke atas, barulah fikiran jadi rasional dan saya menarik nafas lega - alhamdulillah, payung dah mengembang dan saya selamat.

Suspen? Dah tentu. Nak buat keputusan terjun dari 10,000 kaki bukan mudah. Lebih-lebih lagi bagi first timer. Macam-macam perkara buruk terkeluar dalam fikiran. Doa, solat hajat, wasiat - semua buat. Alhamdulillah selamat. Terima kasih atas kecekapan instruktor tandem saya, PW Rahim.

Nak buat sekali lagi? Mestilah. Best! Dapat rasa aderenaline rush, ada rasa thrill sikit dan dapat lawan rasa takut - pengalaman yang tidak ternilai!

6 comments:

matkilaupenang said...

terbaik nampak muka pucat masa landing.Apa pun pengalaman ini tak dapat dibeli dengan wang ringgit

MMI said...

Terbaik Tun..Mohon dilinkkan blog sy mahamissa.blogspot.com

Admin said...

Alhamdulillah selamat semuanya... :D

Anonymous said...

gempak giler...! cayalah Tun, pemimpin muda yg berani

McTheory said...

Memang dahsyat la. Mc sendiri pun tak berani.

iyaka said...

dahsyat dan berani..klu sy maunya pengsan..gambar cantik...

Popular Posts