Tuesday, September 4, 2012

Edisi Lepas #Kantoi Tukar Bendera : @IshamRais rupanya buta sejarah



Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang diguba pakai dari 1896 hingga 1950


Prof Ramlah Adam : ‘Sang Saka Malaya’ Bukan Bendera Tanah Melayu


SHAH ALAM – Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.
Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.
Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.
Bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan, Khamis lalu
Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.
“Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.
“Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju  perjuangan mereka kerana  orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.
“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger ‘Singa Selatan’ mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.
Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.
Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.
“Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal,” katanya – Sinar Harian


4 comments:

Unknown said...

first2 tgk da tau cm bendera indon!

Anak Perelih said...

so UMNO pun sokong pembentukan Indonesia raya jugak ke...??? bender UMNO pun macam bender Indon jugak kan...?? Patut korang berbangga dengan bendera sang saka malaya kerana macam bendera umno.. dan nama pun macam bendera sang saka merah putih umno tu.... bendera merah putih tu bendera orang melayu... singapore yang majoriti cina pun hormat dan pakai bendera melayu merah putih ni...

Anak Perelih said...

Zainal Kling dan Ramlah Adam patut baca ini .. sejarah bendera umno...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sang_Saka_Bangsa

Anonymous said...

dan Anak Perelih patut baca ni ;Laman ini diubah buat kali terakhir pada 14:43, 7 September 2012.

ada juga ke umat yg masih percaya pd kesahihan cerita2 kt wiki-pa-dia ni?? hehehe tu sape2 nk edit pun boleh pakcik oiiii

org nk berkomunikasi dan carik fakta kt alam maya, dia pun nk jugak..tp yg dia dpt tu fuckta kekekeke

Popular Posts