Saturday, August 11, 2012

#SaveSgor Kewangan negeri Selangor parah? RM 1.9 bilion hanya creative accounting?


Betulke ada RM 1.9 bilion? Baca kedua-dua berita di bawah. Air hutang, UNISEL makin parah, Yayasan Selangor bermasalah, janji kepada rakyat tak ditunai, cukai pintu tak turun-turun, tiada biasiswa anak negeri sedangkan negeri lain ada, pendidikan percuma di Pasti pun tak boleh beri, Sekolah Agama Negeri dan jadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) - hmm kalau ada duit kenapa tidak digunakan untuk rakyat?



Misteri anak syarikat kerajaan Selangor,KDEB cagar saham hutang bank RM250 juta...
JUMAAT, 10 OGOS 2012 14:06  
HELME HANAFI  

Satu lagi kes berat, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor, didakwa mencagarkan 15 peratus saham Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang dimikilinya  kepada sebuah bank untuk pinjaman bernilai RM250 juta.

Ketika mendedahkan perkara tersebut, penyelaras BN Selangor,  Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mempersoalkan apakah tujuan sebenar pinjaman tersebut dibuat dan kemana wang tersebuit dibelanjakan.

"Apakah begitu daif pihak kerajaan negeri sehingga terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam Syabas untuk membuat pinjaman," katanya dalam satu sidang media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam pagi Jumaat.

Menurut beliau lagi,  berdasarkan keadaan kini timbul persoalan mampukan kerajaan negeri (yang ingin) mengambil alih Syabas berikutan saham 15 peratusnya pun tidak mampu diuruskan dengan baik.

"Apakah ini (mencagarkan saham syarikat pengagihan air kepada bank) merupakan sikap good governance dan contoh tadbir urus yang beretika?," soal beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang.

Menurutnya, kerajaan negeri juga didakwa terpaksa berhutang dengan membuat pinjaman sebanyak RM300 juta setahun dengan kadar faedah RM 8 juta bagi tujuan memberikan air percuma kepada rakyat negeri itu.

"Adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak hingga kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan bank untuk memberikan air percuma. Bagaimana pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut?

"Adakah mereka tidak punya sumber kewangan kukuh unutk melaksanakan pemberian air percuma seperti yang dijanjika hinggakan terpaksa berhutang?," soalnya lagi.

Beliau berkata, jangan sampai nanti kerajaan negeri jadi seperti cerita Pak Kaduk yang terpaksa menggadaikan negeri demi melunaskan hutang.

"Hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu mentadbir dan menguruskan ekonomi Selangor dengan baik kerana isu penting seperti pengurusan air tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

Selain itu, dalam sidang media kira-kira 45 minit tersebut, Mohd Zin juga mendakwa mempunyai bukti KDEB telah mengeluarkan arahan kepada  Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas)  supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari yang menyebabkan berlakunya krisis air di Kajang dan Balakong kerana syarikat tersebut mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Jelas beliau berdasarkan maklumat yang diterima Pengarah KDEB, Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat kepada pihak Abbas pada 2011.

"Persoalannya, mengapa Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada Abbas? Adakah KDEB atau kerajaan negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)?

"Kenapa pihak yang Syabas yang dipersalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh Abbas? Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan sedemikian," katanya.

Justeru, beliau meminta kerajaan negeri memberikan penjelasan dan menjawab persoalan yang dilontarkannya kerana sebelum ini mereka hanya menunding jari menyalahkan pihak lain ketika berlakunya krisis air di Kajang dan Balakong.

"Langkah terakhir mereka seperti biasa mengelirukan rakyat dan tidak cakap berasaskan faktar. Saya juga akan mendedahkan beberapa kelemahan lain supaya rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ini," katanya.-10/8/2012- OLEH HELME HANAFI




Pemecah Berita : Pekerja Kontrak UNISEL Berdemo Tuntut Tunggakan 15 Bulan Gaji



Foto : @stayorsuicide
Terkini dilaporkan para pekerja Jana Niaga Sdn.Bhd. kontraktor Unisel kini sedang mengadakan satu perhimpunan aman di Bulatan Unisel Bestari Jaya, Kuala Selangor untuk menuntut bayaran gaji yang didakwa tidak dibayar oleh pihak pengurusan selama 15 bulan.

Sepanduk tertera "kerja disuruh bayaran tidak dibuat" dibawa oleh para pekerja kontraktor yang terdiri dari 100 orang lelaki dan wanita Jana Niaga demi menuntut hak mereka.

Seorang lelaki berbangsa India kelihatan cuba menghalang tindakan pekerja kontraktor Jana Niaga.
Foto @jawabernam


No comments:

Popular Posts