Monday, August 6, 2012

JOM! Bersama-sama @KhairyKJ membantu gerakan siber Pasukan Siber Pemuda BN @BNYCyberTeam



Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan melancarkan satu lagi produk terbaru Pemuda BN, iaitu Pasukan Siber Pemuda BN atau BN Youth CyberTeam. Ini merupakan inisatif Pergerakan Pemuda BN untuk menyediakan platform parti bagi menyelaraskan dan mengkoordinasikan gerakan siber Barisan Nasional bagi menghadapi PRU13. 

Tugas ini bukan sesuatu yang baru, sebaliknya sudah menjadi tugas tradisi Pergerakan Pemuda BN sejak tahun 2004 lagi. Tugas ini diteruskan apabila Pemuda BN terlibat membantu penyelasan gerakan siber melibatkan parti komponen menjelang dan ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lepas. 

Hendak mengetahui lebih lanjut? Nantikan pelancarannya oleh YB Khairy Jamaluddin pada 8 Ogos 2012.

#BNYCT BN Youth Cyber Team - Awasi Kemunculannya!! @KhairyKj @TunFaisal


SETELAH sekian lama berlangsung tanpa sebarang koordinasi khusus, sayap-sayap Pemuda di bawah Barisan Nasional bakal digabungkan dan bergerak sehala bagi menepis segala retorika; propaganda pembangkang di ruangan siber.

BN YOUTH CYBER TEAM akan dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 8 Ogos ini (Rabu) pada jam 12.30 tengah hari.

Semua pahlawan siber BN yang berminat untuk menyertai BNYCT dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran program ini di Dewan Seri Endon, PWTC pada hari Rabu nanti.


Ayuh lupakan sengketa sesama, kini masa yang tepat untuk berganding bahu bagi membuktikan BN masih berdaya mengibarkan panji pemerintahan dengan gagah selepas PRU13.

Hapuskan petualang yang cuba mengugat keharmonian di negara Malaysia tercinta ini... GEMPUR TERUS!!




No comments:

Popular Posts