Monday, August 13, 2012

[Gambar] Majlis Iftar & Ta'aruf anjuran Seketeriat Ilmuwan Islam (ILMU)


Ustaz Fathul Bari menyampaikan tazkirah

@MukhrizMahathir & Geng #UMB Turut Memeriahkan Iftar & Ta'aruf Anjuran ILMU Bersama Ustaz Fathul Bari


Timbalan Menteri MITI Datuk Mukhriz Mahathir, Tun Faisal bersama para ulama muda ILMU
Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia hari ini turut memeriahkan Majlis Iftar & Ta'aruf anjuran Seketeriat Ilmuwan Islam (ILMU) yang diadakan di Shah Alam petang tadi.

Majlis anjuran para ulama muda yang diadakan di Seksyen 2, Shah Alam tadi turut mengadakan solat Maghrib dan Terawikh secara berjemaah bersama para pengamal media baru dan para bloggers yang hadir bagi mengukuhkan lagi ikatan ukhwah sesama Islam.

Selain Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal Ismail Aziz bersama 20 orang bloggers yang bernaung di bawah UMB, majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri MITI Datuk Mukhriz Mahathir.

Dari Putrajaya-Online [PjO]

SHAH ALAM - CEO Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU), Ustaz Fathul Bari menjelaskan setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam menyebarkan dakwah atas asas Islam semata-mata, tanpa sebarang kepentingan lain. 
"Ahli Sunnah Wal-Jamaah, tidak kira dalam apapun ideologi parti harus bersama dengan pemimpin membantu dalam hal-hal maaruf dan menegur sebarang kemungkaran, bukan menentang dengan caci-maki," ulas Ustaz Fathul Bari dalam satu tazkirah ringkas sebelum majlis iftar dan ta'aruf anjuran ILMU di Seksyen 2, Shah Alam petang tadi. 

Majlis yang turut dihadiri oleh para pengamal media baru dan bloggers dari Unit Media Baru Pemuda UMNO itu turut mengadakan solat terawikh secara berjemaah bagi mengukuhkan lagi ukhwah dan perpaduan di antara bloggers dengan para ilmuwan muda dari ILMU.
Ustaz Fathul Bari juga menyatakan golongan blogger turut berperanan dalam menyebarkan kebenaran melalui laman internet.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri MITI, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Unit Media Baru (UMB-PPUM), Tun Faisal Ismail Aziz. - RR/PjO
Antara foto-foto menarik yang dirakam lensa Unit Media Baru : 








Lensa Niring : Ustaz Fathul Bari Di Majlis Iftar & Ta'aruf Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) @mukhrizmahathir @uztazfathulbari @tunfaisal

Gambar-gambar candid yang sempat gua rakamkan ketika Majlis Iftar dan Ta'aruf bersama Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) di rumah salah seorang sahabat iLMU iaitu Tn. Hj. Zulhisham Ayob di Seksyen 2, Shah Alam malam ini.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Timbalan Menteri MITI, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Unit Media Baru (UMB), sdr Tun Faisal Ismail Aziz. 


Lagi gambar
http://lensaloka.blogspot.com/2012/08/majlis-iftar-bersama-sekretariat-ilmuan.html



 Program: Majlis Iftar Dan Ta'aruf Bersama Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU)
Lokasi: Shah Alam, Selangor
Tarikh: 12 Ogos 2012
























No comments:

Popular Posts