Friday, July 20, 2012

[Video] Dalam Radar Khas - @tunfaisal dan @niknazmi tentang Perang Media Baru Penentu PRU13





Media baru lebih cepat tangkis tohmahan, fitnah

pada 20-07-2012 08:07 Ditulis Oleh Ahmad Fadzly Esa





Post Pic
KUALA LUMPUR: Pengerusi Unit Media Baharu (UMB) Pergerakan Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat penggunaan media sosial membantu menjadi pengantara serta pendamping antara pemimpin dengan rakyat dalam politik baru yang sebenar.

Menurutnya, media baru turut membantu pemimpin memberi respons yang cepat kepada rakyat bukan sahaja dari segi pendekatan malah daripada segi menangkis pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka.
"Ia membenarkan pemimpin menceritakan tentang polisi yang dibawa oleh parti yang diwakili dan memang ada peranan (media baru) propaganda untuk mempengaruhi persepsi, ini memang ada..ini berlaku.

"Sebab itu dalam UMB kita bukan sekadar menceritakan polisi (memandangkan) orang tak nak baca sebab ia terlalu mendatar dan tidak menarik. Kadang-kadang benda yang orang hendak tahu adalah macam mana kita hendak menangkis tohmahan atau fitnah yang dikenakan terhadap pemimpin, dasar atau pelaksaan dasar kita," kata Tun Faisal (kanan, berbaju merah).

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dalam Radar Khasbertajuk 'Perang Media Baharu' - Faktor Penentu PRU13 anjuran Radio24 Bernama bersama portal Antarapos.

Program memasuki siri keempat ini turut menampilkan dua tetamu lain iaitu ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) serta pakar sains sosial merangkap Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Profesor Datuk Abdul Latif Abu Bakar.

Menyentuh mengenai golongan muda, Tun Faisal berpendapat persepsi mereka, khususnya  golongan atas pagar pada hari ini tidak akan lagi dibentuk oleh media arus perdana atau media konvensional.

"Sebab mereka mungkin tidak tunggu akhbar esok, mungkin mereka tidak tunggu di depan kaca televisyen jam 8 malam, mereka mendapat (berita) lebih awal di media baru dan internet," jelasnya.

Diminta mengulas sekiranya Barisan Nasional (BN) mempunyai media baru sebelum 2008 lalu, kemungkinan lima negeri tidak akan jatuh ke tangan pembangkang, Tun Faisal menafikannya.

Katanya, persepsi terhadap kerajaan pada ketika itu masih perlu diubah dengan dasar-dasar sedia ada dan bukan sekadar media baru sahaja.

"Media baru sekadar 'enabler' di mana kita kena ada produk yang bagus iaitu polisi kita dan kena ada pemimpin yang boleh diketengahkan dan akhirnya benda ini perlu disampaikan, masalah pada ketika itu kita tidak boleh menyampaikan.

"Kalau ada pun polisi kita yang bagus kita tidak boleh menyampaikan, sama juga dengan sekarang kalau kata dasar transformasi itu sangat bagus dan dirasai oleh rakyat, sampai tak perasaan kepada golongan muda misalnya (kalau) dalam pembasmian dan penurunan indeks jenayah," katanya.

2 comments:

MuFaSha said...

Syabas...sampai abis saya ikuti...

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

tq mufasha :)

Popular Posts