pada 20-07-2012 06:07 Ditulis Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
SHAH ALAM: Parti DAP tetap berpegang kepada perjanjian bersama (common platform) yang telah dimeterai oleh Pakatan Rakyat pada dua tahun lalu, di mana pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam perbincangan tersebut.
Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Santiago mengulangi pendirian bahawa hukum hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR) sewaktu perbincangan diadakan antara kepimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS.
"Pandangan dan prinsip Pakatan Rakyat ialah kita ada apa yang dipanggil 'common platform' (perjanjian bersama) yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti PAS, DAP, PKR. Dalam perjanjian bersama itu pelaksanaan hudud tidak disebut jadi itu bukan dasar Pakatan Rakyat. (Jadi) apa yang termaktub dalam perjanjian itu boleh dilaksanakan kerana mendapat persetujuan di antara pihak ketiga-tiga parti," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Klang.
Tambah beliau lagi, jika perjanjian bersama ini tidak ada sebarang penukaran dalam pandangan pimpinan PR, maka, pelaksanaan hudud tidak boleh dijalankan.
Sepertimana yang termaktub dalam Dasar Bersama PR yang telah diserap sebulat suara di Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Disember 2009, Pakatan Rakyat komited untuk mendukung semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam :
1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, agama Islam sebagai agama Persekutuan di samping kebebasan untuk agama yang lain diamalkan dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum lain berdasarkan peruntukan Perkara 153.
2. Mempertahankan peranan dan kebertanggungjawaban institusi Raja Berperlembagaan.
3. Mendukung penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berdasarkan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) di samping mempertahankan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda untuk semua kaum.
4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang yang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan pada masa yang sama mencadangkan pembatalan semua deklarasi darurat yang sedia ada.
5. Memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia.
6. Menjamin semangat Persekutuan (federalism) dan hubungan yang saksama dan adil antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, khususnya Sabah dan Sarawak.
Ini kerana katanya, proses penjelasan ke akar umbi perlu mengambil masa yang panjang termasuk mendidik umat Islam dalam negara memahami tentang undang-undang tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad semalam yang menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Putrajaya tetapi "bukan dalam tempoh terdekat".
Dalam pada itu, mengulas perkara yang sama, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kementerian komunikasi dan penerangan serta pihak jabatan agama dalam meuar-uarkan perkara ini supaya dapat difahami.
"Jadi menjadi tanggungjawab kementerian penerangan dan agama yang ada sekarang untuk mula menyampaikan maklumat, penerangan mengenai hudud kepada orang bukan Islam dan negara kita. Jika perkara ini dilakukan sekarang, mungkin lagi 4-5 tahun kita akan laksanakan hudud (jadi) orang-orang ni dah faham dan tidak ada tentangan dan sebagainya. Itu yang sepatutnya dilakukan, tidak kira siapa PR mahupun BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Katanya pelaksanaan mengenai penerangan hudud itu perlu dilakukan dengan segera dan ia tidak boleh dilaksanakan secara mendadak.

No comments:
Post a Comment