Krisis Air Siri I : Ronnie Liu Pasti Tidak Akan Baca Artikel Ini
http://anginperubahan.blogspot.com/2012/07/krisis-air-siri-1-ronnie-liu-pasti.html
Maksud krisis bekalan air adalah air terawat yang selamat dan
tidak berbahaya untuk diminum, bukannya air semulajadi yang
masih dalam keadaan sedia ada yang belum diproses atau
dirawat.
Krisis air ini juga akan menjejaskan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur/ Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara
kerana menerima bekalan air terawat dari sumber yang sama.
Melalui bacaan dan penyelidikan SYABAS di keseluruhan
negeri bahawa rizab bekalan air dari tempoh 17hb Mei 2012
hingga 8hb Julai 2012 adalah kurang dari 3%, di mana bacaan
yang diperolehi hanya 1.15% hingga 2.04% sahaja.
Apabila berlaku permintaan puncak pada bila-bila masa
terutama di musimperayaan yang mencecah 7%, kapasiti
bekalan air tidak dapatmenampung permintaan air.
Berdasarkan situasi terkini di mana permintaan air melebihi
kapasiti bekalan sedia ada terdapat 47 lokasi di Klang, Petaling
dan Hulu Langat mengalami penyusutan paras air di kolam
simpanan utama akibat peningkatan mendadak. Kawasan
berikut adalah ;
a) Wilayah Klang : Seksyen 22, Seksyen 26 hingga Seksyen 28,
Batu Lapan Bukit Kemuning, Istana Kayangan Seksyen 12,
Istana Mastika Seksyen 7, Kawasan Perlabuhan Utara,
Tanjung Harapan dan Sungai Sireh, Kampung Perepat,
Sementa, Sungai Kapar Indah, Taman Andalas, Sentosa,
Pulau Indah, West Port, Pulau Ketam, Pandamaran, Bukit
Tinggi, Kampung Jawa, Desawan, Klang Jaya, Bukit Kapar,
Meru, Kapar, Kampung Lombong, Jalan Kebun, Seksyen 2, 3,
8, 9, 11 dan 12.
b) Wilayah Petaling : Bandar Baru Seri Petaling, Taman OUG,
Bukit OUG, Kampung Malaysia, Taman Salak Selatan dan
Desa Petaling.
c) Wilayah Hulu Langat : Taman Saujana Impian, Beranang,
Taman Hiew Piow, Taman Utama, Sungai Lalang, Harmoni
Indah, Seri Belimbing, Sungai Besi Indah, Taman Puncak
Utama, Balakong Jaya dan Juara Jaya.
Siri II: 6 Punca Krisis Air Di Selagor
Mengapa tolak loji untuk air bersih di Selangor?
6 Punca berlaku krisis air di Selangor dikenalpasti adalah :
1) Peningkatan permintaan air tidak diiringi dengan pembangunan kapasiti bekalan air. Tiada peningkatan kapasiti bekalan air sejak 2002. Pembangunan kapasiti bekalan air terawat merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri. Malah Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional telah berusaha membantu membangunkan pusat bekalan air dengan Projek Rawatan Air Langat 2 di mana air dibawa melalui saluran paip dari Sungai Semantan dan Sungai Kelau di Pahang.
2) Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS enggan membina Loji Rawatan Air Langat 2 untuk menambah bekalan air terawat. Ini punca yang paling besar dan dipolitikkan oleh Ronnie Liu yang enggan memahami antara beza air mentah dan air dirawat.
3) Perlaksanaan CAPEX (menukar paip lama yang bermasalah kepada paip baru) yang dirancang tergendala. Berkuatkuasa Julai 2008, program kerja CAPEX SYABAS secara amnya telah dibekukan oleh SPAN setelah didesak oleh Kerajaan Negeri apabila SYABAS didapati menggunakan paip yang diimport dari Indonesia bukannya paip buatan tempatan.
Ianya memberikan kesan negatif iaitu kadar Non Revenue Water (NRW) tidak dapat dikurangkan dan aset lama termasuk paip lama yang selalu pecah/ bocor tidak dapat diganti. Juga meningkatkan insiden gangguan bekalan air akibat kegagalan peralatan elektrikal dan mekanikal yang telah usang atau telah sampai kapasiti maksimanya. Selain itu meningkatkan kejadian tekanan air rendah kerana kerja kerja memasang paip yang lebih besar kapasitinya dan sambungan baru ditangguh.
4) Pencemaran air mentah yang menyebabkan hentitugas Loji Rawatan Air sedia ada atau mengurangkan pengeluaran air bersih. Ini terjadi kepada sungai yang membekal air dicemari sisa toksik dan sisa kilang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab apabila membuangkannya ke dalam sungai.
5) Kemarau yang berpanjangan. Walaupun masalah kemarau belum muncul sekarang, tetapi ia boleh berlaku bila-bila masa dalam tempoh 2012 hingga 2017 di mana rizab bekalan air adalah sangat rendah seperti berlaku krisis air tahun 1998.
6) Penggunaan/ permintaan air yang mendadak dan tidak seimbang dengan pengeluaran air terawat. Permintaan air berubah setiap hari dan mengikut musim. Kadar pertumbuhan penduduk yang meningkat mendadak di Lembah Klang. Malah krisis ini mulai terasa apabila permintaan pembukaan perindustrian baru tidak dapat diluluskan ekoran bekalan air tidak mencukupi.
2 comments:
Langat 2 boleh diteruskan dgn syarat pakej bekalan air dari Pahang dikeluarkan. Yang diperlukan sekarang adalah loji pemprosesan air bukannya bekalan air tambahan. Kalau BN setuju dgn syarat ini, rakyat Selangor akan sokong. Semua kos mesti diumumkan untuk pengetahuan rakyat secara telus supaya sbrg kenaikan kos dijastifikasikan. tq
Sehingga kini, kerajaan pusat telah memperuntukkan sebyk RM714.05 juta utk perbaiki perkhimatan bekalan air kelantan. Namun rakyat mereka tetap dihidangkan air berkeladak. Ntah brp billion RM lagi yg perlu dihabiskan, kita pun tak pasti.
Jika kita mengambil pengalaman Kelantan ni, apalah sgt kos yg dibangkitkan oleh kerajaan Khalid bagi merujuk pd Langat 2?
Fikir logik la, klu kita byr RM1, mana mungkin kita dpt perkhidmatan bertaraf RM3.
Sebagai rakyat jati selangor, aku rela 'air percuma' sebanyak RM11/bulan itu ditarik balik asalkan bekalan air bersih kembali seperti sblm ni, tak keruh dan takde gangguan.
Skrg ni belakan air sgt lemah kt kawasan aku. Sehinggakan aku terpaksa membeli berkatun2 air mineral/minuman utk kegunaan harian. Kos ni pun dah melebihi RM11 yg kononnya diberi percuma tu. Ini belum termasuk kos kedai dobi dan car wash.
Aku percaya penarikan balik 'air percuma' (jika) ni tak akan memberi impak pada ramai penduduk selangor, krn skrg ni pun ramai penghuni2 rumah flat tak pernah rasa pun 'gula2' kerajaan PR ni.
Rakyat Selangor harus bijak berfikir, jgn hanya kerana RM11/sebulan, kita terpaksa menggadaikan keselesaan memperolehi keperluan asas ni.
Post a Comment