Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan
PRU13... @AntaraPos @TunFaisal
Antara panel yang dijemput oleh portal Antarapos ialah Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Tun Faisal Ismail Aziz, ADUN Sri Muda yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie dan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan juga seorang ahli DAP Hatta Hawari. Manakal moderator adalah daripada Antarapos sendiri.
Topik yang dibincangkan agak menarik untuk dikupas namun moderator terlebih dahulu mengingatkan panel yang hadir bahawa diskusi meja bulat kali ini bukanlah pentas perdebatan tetapi lebih kepada perbincangan dan percambahan minda berkaitan topik yang diberi.
Dapat diperjelaskan di sini hampir ketiga-ketiga ahli panel bersetuju bahawa media baru berperanan dalam mempengaruhi pola dan corak pemikiran serta landskap politik terutama pengundi muda lebih-lebih lagi menjelang PRU13 yang akan datang.
Cuma sekarang perbezaan yang ketara penguasaan media media baru ini tidak lagi dikuasai serta dimonopoli sepenuhnya oleh pihak pembangkang seperti tahun 1999 ketika reformasi sedang hangat ketika itu dan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU12 pada tahu 2008. Ini kerana pihak kerajaan dan BN terutama peranan yang dimainkan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO sikit sebanyak telah mengimbangi kekuatan media baru pembangkang.
Ini diakui sendiri oleh ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie ketika ditanyakan soalan berkaitan oleh moderator. Menurut beliau, kemunculan secara mendadak pengamal media sama ada sebagai twiterian, facebooker atau pun blogger mula menenggelamkan kekuatan blogger pakatan sebelum ini.
Namun, Shuhaimi juga melahirkan rasa tidak selesa dengan kaedah yang digunapakai blogger-blogger Pro-BN yang dilihat banyak menggunakan bahasa yang kasar dan lucah dalam artikel yang dikeluarkan. Namun kenyataan ini kurang dipersetujui oleh Pengerusi UMB kerana menurut beliau templet yang digunapakai blogger Pro-BN adalah diwarisi daripada apa yang pernah dilakukan oleh blogger-blogger pembangkang sebelum ini seperti contoh penggunaan "Mahazalim" dan "Mahafiraun" terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.
Panelis ketiga pula, Hatta Hawari mencadangkan agar ditubuhkan "Majlis Media" seperti yang terdapat di negara India dan Indonesia agar dapat mengawalselia tindak-tanduk pengamal media sosial di negara ini. Namun, cadangan ini kurang dipersetujui oleh Tun Faisal dan Shuhaimi Shafie kerana mereka berpandangan dengan penubuhan Majlis Media ini kelak akan menyebabkan terjadinya sekatan kepada kebebasan menulis, bersuara dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hati seseorang individu dalam memberi pandangan.
Kesimpulan daripada perbincangan ini hampir semua ahli panel bersetuju agar pengamal media baru lebih bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu perkara dan berharap rakyat Malaysia yang menjadi penerima maklumat agar lebih matang dan menyelidiki dahulu sebarang berita yang diterima.
Sekian, melaporkan dari lokasi terima kasih. - Kulaan Niring -
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PANAS!! ADUN PKR SOKONG 'SPIN'?
dari kiri Amran Ahmad (Moderator AntaraPos), Tun Faisal (Pengerusi UMB), Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda, PKR) dan Hatta Wahari (Ahli DAP) |
SHAH ALAM, 19 Julai - Satu sesi diskusi bertajuk "Peranan Media Baru Menjelang PRU ke-13" telah dianjurkan oleh Antara Pos bertempat di De Palma Hotel.
Sesi diskusi yang dilangsungkan selama 2 jam tersebut telah mengupas peranan Media Baru menghadapi PRU 13.
Antara panel yang hadir Tun Faisal (Pengerusi Unit Media Baru), Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda, PKR) dan Hatta Wahari (bekas Presiden Kesatuan Wartawan sebagai ahli DAP).
Ketiga-tiga panelis telah bersepakat bahawa media baru sekarang ini berperanan sebagai cabang arus perdana di kawasan bandar. Media konvensional seperti surat khabar telah diakui penting bagi menyampaikan maklumat parti menyampaikan berita.
Tun Faisal berkata "masyarakat bandar sekarang ini tidak ramai yang bergantung kepada berita jam 8. Kehidupan mereka yang kian sibuk membataskan mereka untuk membaca surat khabar dan menonton buletin utama. Faktor ini memyebabkan mereka lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui telefon bimbit. Contohnya twitter, saya sendiri mengamalkan cara ini kerana segala maklumat terkini boleh diperolehi di twitter."
Dalam pada itu, ADUN PKR Seri Muda Shahzimi Shafie berkata "Saya tidak menafikan bahawa media baru ini punyai peranan yang amat besar dalam penentu kemenangan dalam PRU-13. Sebagai orang politik, kita tidak dapat lari dari 'spin' sesuatu berita. Ini lumrah ahli politik" Selanjutnya di http://www.putrajaya-online.com/2012/07/diskusi-peranan-media-baru-menjelang.html
Diskusi 'Peranan Media Baru Menjelang PRU ke-13'
dari kiri Amran Ahmad (Moderator AntaraPos), Tun Faisal (Pengerusi UMB), Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda, PKR) dan Hatta Wahari (Ahli DAP) |
SHAH ALAM, 19 Julai - Satu sesi diskusi bertajuk "Peranan Media Baru Menjelang PRU ke-13" telah dianjurkan oleh Antara Pos bertempat di De Palma Hotel.
Sesi diskusi yang dilangsungkan selama 2 jam tersebut telah mengupas peranan Media Baru menghadapi PRU 13.
Antara panel yang hadir Tun Faisal (Pengerusi Unit Media Baru), Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda, PKR) dan Hatta Wahari (bekas Presiden Kesatuan Wartawan sebagai ahli DAP).
Ketiga-tiga panelis telah bersepakat bahawa media baru sekarang ini berperanan sebagai cabang arus perdana di kawasan bandar. Media konvensional seperti surat khabar telah diakui penting bagi menyampaikan maklumat parti menyampaikan berita.
Tun Faisal berkata "masyarakat bandar sekarang ini tidak ramai yang bergantung kepada berita jam 8. Kehidupan mereka yang kian sibuk membataskan mereka untuk membaca surat khabar dan menonton buletin utama. Faktor ini memyebabkan mereka lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui telefon bimbit. Contohnya twitter, saya sendiri mengamalkan cara ini kerana segala maklumat terkini boleh diperolehi di twitter."
Dalam pada itu, ADUN PKR Seri Muda Shahzimi Shafie berkata "Saya tidak menafikan bahawa media baru ini punyai peranan yang amat besar dalam penentu kemenangan dalam PRU-13. Sebagai orang politik, kita tidak dapat lari dari 'spin' sesuatu berita. Ini lumrah ahli politik"
Hatta Wahari (ahli DAP), ketika ditanya mengenai kebebasan media "Ketika saya menjadi Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) saya dan ahli yang lain telah bersetuju mewujudkan kebebasan. media. Saya melaksanakan perkara ini kerana kepimpinan sebelum ini hanya memperjuangkan hak gaji wartawan sahaja. Berkenaan dengan blog yang menggunakan penulisan yang tidak senonoh, saya tidak kisah kerana mereka bebas meluahkan pendapat dan menulis, namun saya cadangkan kita perlu wujudkan Majlis Media Kebangsaan bagi memantau pergerakan pengamal media di Malaysia"
1 comment:
apa yang penting media baru menyediakan lambakan informasi ya boleh mematangkn pemikiram pembacanya.
jika dilihat persengketaan dan peperangan dulu banyak terjadi hanya disebabkan kekurangan atau kekangan sesetengah org berkepentingan mengawal maklumat sehigga pengikut yg ramainya jahil mengikut bulat2 dan memperjuang apa saja doktrin pemimpin itu
Post a Comment