Wednesday, June 6, 2012

Rasuah USD90,000 untuk SUARAM fitnah isu #Scorpene?



GEMPAR! Bukti SUARAM Dapat USD90,000.00 Untuk Main Isu Kapal Selam.

http://mymassa.blogspot.com/2012/06/gempar-bukti-suaram-dapat-usd9000000.html
SUARAM telah memulakan gendang perang untuk menyerang Kerajaan dalam isu kapal selam.

Isu Scorpene: Suaram gesa k'jaan jelas peranan Terasasi


Suaram menggesa kerajaan menjelaskan peranan Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam Scorpene.
"Setakat ini, perana Terasasi masih belum dijelaskan di Parlimen Malaysia.

"Kerajaan Malaysia perlu menjelaskan perkara ini dan peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi (melibatkan kertas penilaian Scorpene)," kata penasihat Suaram Kua Kia Soong (kanan).

Abdul Razak dan bapanya merupakan pengarah Terasasi, sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas syarikat pembina kapal Perancis, DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Terasasi didakwa menerima sejumlah 36 juta euro (RM142 juta) daripada DCNS – antara lainnya untuk 'jualan' laporan sulit melibatkan penilaian tentera laut Malaysia ke atas pesanan untuk kapal selam itu.

Kua dalam satu emel kepada Malaysiakini semalam berkata, satu inkuiri perlu dibuat ke atas dakwaan serius itu.
http://www.malaysiakini.com/news/199805

Apa yang ramai rakyat Malaysia tidak tahu adalah siapa di sebalik SUARAM untuk mainkan isu ini.

Dalang di belakang SUARAM bukan sebarangan pihak, tetapi pihak yang telah berjaya menjatuhkan Kerajaan-kerajaan di dunia yang tidak selari dengan Amerika Syarikat.

Untuk isu kapal selam, SUARAM telah menerima dana sebanyak USD90,000 bersamaan dari RM286,332.99 untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional. Ini buktinya.



Jika anda tidak percaya, anda boleh semak sendiri di sini (http://www.ned.org/where-we-work/asia/malaysia).

Nampaknya NGO pembangkang yang diterajui oleh Bukan Melayu mula main kotor untuk menumbangkan Kerajaan. 

Untuk mengetahui siapa di belakang NGO ini yang berani menjual Malaysia kepada negara luar, sila tonton video ini.


 


*Sanggupkah anda menjual negara anda demi kuasa?


No comments:

Popular Posts