GTP memang sangat bagus, tetapi pelaksanaannya di akar umbi fail!
1. Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kampar menyatakan dia berasa kesal dengan perbuatannya yang telah mencemarkan nama baik UMNO kelmarin. Katanya, tindakannya itu disebabkan dia begitu marah kepada pentadbir.
2. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, ramai di kalangan rakyat yang merasa kecewa dengan birokrasi dan korupsi di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC. Little Napoleon dan pentadbir / pelaksana yang tidak cekap dan korup adalah realiti dan merupakan rahsia yang terbuka di kalangan rakyat.
3. Hakikatnya, birokrasi dan korupsi di kalangan pentadbir mengecewakan rakyat sehingga menyebabkan mereka marah kepada kerajaan BN walaupun di peringkat dasar dan bajet, apa yang diputuskan oleh pemimpin UMNO dan BN di dalam Majlis Kerja Tertinggi serta yang diluluskan oleh Ahli Parlimen BN di Parlimen adalah sangat baik dan menguntungkan rakyat.
4. Ketidak cekapan dan korupsi - dua fenomena, yang pertama menunjukkan pencapaian yang lemah, yang kedua pula tentang sikap mengutamakan tembolok sendiri merupakan salah satu sebab paling utama yang menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan BN yang lalu.
5. Ini mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggagaskan gagasan 1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang terangkum di dalamnya Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang lengkap dengan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Indikator Pencapaian Utama (KPI).
6. Hasratnya mudah - membawa kembali semua pihak, baik ahli politik, pembuat dasar, pemimpin kerajaan, pelaksana dasar di kalangan penjawat awam, kapten GLC dan ketua-ketua agensi dan organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sesuatu dasar, kembali kepada asas yang paling penting, iaitu mendahulukan rakyat dalam apa sahaja tindakan - perbuatan dan perkataan; dan mengutamakan pencapaian agar limpahan kebaikan dari sesuatu dasar dapat sampai dan dirasai oleh rakyat tepat pada ketikanya, dan ini akhirnya bukan sahaja menyebabkan rakyat merasai nikmatnya, tetapi juga turut merancakkan kegiatan dan pertumbuhan ekonomi di dalam negara.
5. Ini mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggagaskan gagasan 1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang terangkum di dalamnya Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang lengkap dengan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Indikator Pencapaian Utama (KPI).
6. Hasratnya mudah - membawa kembali semua pihak, baik ahli politik, pembuat dasar, pemimpin kerajaan, pelaksana dasar di kalangan penjawat awam, kapten GLC dan ketua-ketua agensi dan organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sesuatu dasar, kembali kepada asas yang paling penting, iaitu mendahulukan rakyat dalam apa sahaja tindakan - perbuatan dan perkataan; dan mengutamakan pencapaian agar limpahan kebaikan dari sesuatu dasar dapat sampai dan dirasai oleh rakyat tepat pada ketikanya, dan ini akhirnya bukan sahaja menyebabkan rakyat merasai nikmatnya, tetapi juga turut merancakkan kegiatan dan pertumbuhan ekonomi di dalam negara.
5. Dasarnya baik, tetapi pelaksanaannya?
6. Ada beberapa kontraktor Bumiputera yang mengadu kepada saya tentang ketidak cekapan dalam sebuah kementerian. Kontraktor-kontraktor Bumiputera ini telah memenangi tender untuk membangunkan pusat komputer untuk golongan muda di kawasan-kawasan Parlimen. Projek pusat komputer ini ditawarkan pada tahun 2009 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2010. Malangnya, pembayarannya masih belum dibuat secara penuh sehingga hari ini, iaitu pada bulan Mei tahun 2012. Jika ada pun pembayaran secara berkala dibuat, ia adalah dalam jumlah yang kecil sehingga menyebabkan kontraktor tidak mendapat apa-apa setelah ditolak caj-caj kewangan (financial charges) dari bank.
7. Kementerian terbabit, masih berhutang ratisan ribu dengan kontraktor-kontraktor Bumiputera ini. Misalnya, ada sebuah syarikat yang masih menunggu Kementerian terbabit menjelaskan pembayaran sebanyak RM800,000. Bayaran ini sepatutnya telah selesai dibuat pada tahun 2011, malangnya pembayaran masih belum selesai hingga sekarang. Bila pembayaran dibuat, ia dibayar dalam jumlah yang kecil, misalnya RM50,000 dan setelah ditolak caj kewangan bank, kontraktor hanya mendapat RM 1000 - RM 5000 yang belum tentu boleh menjelaskan kos operasi syarikat apa lagi untuk mengembangkan syarikat menjadikan ia lebih besar dan berdaya saing. Seiap bulan perkara sama berlaku, dan akhirnya margin kontraktor Bumiputera ini hanya untuk membayar bank dan bukan memberikan keutungan kepada mereka.
8. Ini berbeza berbanding jika Kementerian ini membayar sekaligus RM800,000 kepada kontraktor Bumiputera ini. Selepas ditolak caj kewangan, kontraktor Bumiputera ini masih boleh mempunyai margin sebanyak RM600,000 lagi.
9. Kesannya kepada peniaga Bumiputera - ia menyebabkan mereka terpaksa ikat perut setiap bulan dan boleh mengakibatkan syarikat yang baru bertatih tutup kedai. Agenda Bumiputera sekali lagi akan terjejas dan akhirnya kita akan sekali lagi menyalahkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan semangatnya yang masih dijunjung dalam dasar-dasar baru negara, walaupun yang gagal sebenarnya adalah pelaksana dan pelaksanaannya.
10. Saya mengenali KSU dan semua TKSU Kementerian ini. Saya difahamkan bahawa mereka memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah pembayaran ini sesegera mungkin. Malangnya ini tidak dilaksanakan di peringkat yang lebih bawah lagi. Mungkin pegawai kerajaan di peringkat jabatan dan bahagian tidak faham bahawa tindakan mereka melengah-lengahkan pembayaran boleh mengakibatkan syarikat-syarikat Bumiputera gulung tikar.
11. Alasan "kementerian / kerajaan tidak ada wang" adalah alasan yang tidak munasabah kerana bagi setiap projek, kementerian perlu memastikan ia mempunyai kewangan dan cash flow yang mencukupi sebelum ia ditenderkan. Jika selepas dua tahun, pembayaran masih tidak dapat diselesaiakan, ini memberi maksud bahawa pegawai kementerian terbabit telah menggunakan wang tadi untuk perkara/projek lain dan menampakkan pengurusan cash flow yang tidak telus dan cekap.
12. Pencapaian yang lemah dan sikap tidak mendahulukan rakyat seperti ini telah mengakibatkan kontraktor-kontraktor Bumiputera terjejas. Sudahlah margin projek-projek pembekalan ICT tidak seberapa - 7 - 8%, terpaksa pula membayar caj kewangan bank yang akan menelan margin ini. Dalam kes-kes lain yang lebih teruk, untuk mendapatkan margin yang sekecil 7 - 8 % ini, kontraktor-kontraktor Bumiputera terpaksa pula membawa pegawai bermain golf, berkaraoke dan makan angin. Akhirnya keuntungan semakin menipis, seterusnya perniagaan kontraktor Bumiputera akan terjejas dan mengakibatkan mereka akan terus mengemis disebabkan sikap pelaksana, sedangkan prinsipal / pembekal yang rata-ratanya merupakan bukan Bumiputera telah menerima pembayaran lebih awal dan lebih terbela kerana mempunyai margin yang agak selesa. Mereka juga tidak perlu berdepan dengan karenah birokrasi penjawat awam kerana mereka hanya perlu memberi tekanan terhadap kontraktor.
13. INI SALAH SATU SEBAB kenapa peniaga Bukan Bumiputera sentiasa hidup lebih selesa, sedangkan kontraktor Bumiputera, ibarat hidup segan, mati tak mahu. Setiap Rancangan 5 tahun Malaysia, mereka akan mengemis lagi ke kementerian-kementerian dan terpaksa berdepan pula dengan Little Napoleon baru biarpun Little Napoleon lama telah bersara.
14. Saya bukan peniaga jadi saya tidak boleh menghayati penderitaan dan kekecewaan golongan peniaga Bumiputera ini. Tetapi, sebagai individu yang memahami proses perolehan dan pembangunan ini, saya memahami penderitaan dan kekecewaan mereka.
15. Apa yang saya risaukan, seperti NKP UMNO Bahagian Kampar, bukan sahaja kontraktor-kontraktor Bumiputera yang terpaksa mengikat perut ini, malah ahli keluarga mereka yang turut merasai kesan kelemahan sistem penyampaian kerajaan akan berasa marah dengan kerajaan Barisan Nasional dan tidak akan mengundi Barisan Nasional, walaupun kelemahan sebenar bukan pada peringkat dasar dan bajet, tetapi di peringkat pelaksanaannya.
16. Akhirnya seperti yang dikatakan oleh NKP UMNO Bahagian Kampar, Pelan Transformasi Kerajaan yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib ini memang bagus; ia sepatutnya menjadikan urus tadbir kerajaan kita lebih cekap, namun di peringkat pelaksanaannya (bukan semua), ia hancur, tidak cekap, tidak mengutamakan pencapaian dan sudah pasti tidak MENDAHULUKAN RAKYAT!
2 comments:
Salam TF.. kalau mcm ni la perangai pemimpin UMNO memang akan punah kepercayaan org kewibawaan UMNO lepas ni. Honestly this guy mmg @%#^@#(@!.. Perosak UMNO. Berjuang 27 tahun dgn UMNO, baru sekali tak dapat project mengamuk tak tentu pasal. Dia bukan berjuang untuk org Melayu.. mamat ni berjuang untuk diri sendiri sebab tu project dia.. bukan project orang lain.. Memang &*%@&#@. Saya ada tgk video DS Zambery. DS MB kata dia tak call pun mamat ni time tu.. tp mamat ni dgn bongkaknya dlm video mengamuk ckp DS MB call. Lepas tu dia kata DS Nizar penipu sebab ckp dia call DS Nizar utk datang... sebenarnya mamat ni pun penipu besar jugak. DS Zambery dah sahkan dia PENIPU. Patutke simpan org2 mcm ni dalam UMNO??
Sebab tu kena masuk UMNO spy ada undi utk tentukan siapa yg kita mahu utk pimpin UMNO. jgn dah ada undi nanti, bg undi sbb kepentingan peribadi pulak, smpai pau pemimpin gunakan kuasa undi :)
Post a Comment