Monday, February 6, 2012

Isu Anuar, Papagomo: Seru blogger Wadaat untuk selesaikan cara baik


Macam yang saya sebutkan sebelum ini, "isu pengkhianat dan musuh dalam selimut memang suatu isu yang berat. Dalam semua gerak kerja pilihan raya, termasuk gerak gempur dan memasang bendera dan poster pun kita kena berhati-hati, apa lagi dalam dunia perang siber yang penuh muslihat dan `kawan makan kawan'. Cuma macam yang saya pernah sebut, kita tidak mungkin tahu semua perkara dan semua perancangan. Ada perkara yang kita tidak perlu tahu pun. Apa yang penting, kita semua perlu fokus dengan tugas dan peranan kita dalam gerak kerja menghadapi PRU13 dan bekerja sebagai satu pasukan. Setiap sumbangan walaupun sekecil mana, tetap penting untuk UMNO dan BN."

Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana baik Papagomo, mahupun Anuar Mohd Nor, kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam PRU13. Ambillah pengajaran dari firman Allah swt dalam Surah al-Hujurat. ayat 9-10, yang bermaksud: "Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang- orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" 

Seperti yang pernah saya sebutkan di dalam blog ini, bermubahalah adalah salah satu cara untuk membersihkan nama kedua-dua pihak dari sebarang fitnah. Mungkin majlis bermubahalah ini dapat dilaksanakan secara tertutup di hadapan rakan-rakan blogger pro-BN supaya masalah ini dapat diselesaikan tanpa berbangkit lagi di masa hadapan. Mungkin Ustaz Fathul Bari dan beberapa orang pemimpin kanan UMNO boleh menjadi saksi kepada majlis ini. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik untuk UMNO dan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.


Kemukakan bukti
http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1414&Itemid=58#JOSC_TOP

04hb FEB 2012 – Tidak menjadi hasrat untuk berbalah dengan hanya kata-kata yang dilemparkan. Tuduhan amat mudah. Percakapan amat mudah. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan perbalahan dan memohon untuk semua yang hadir pada forum www.umno-reform2.com baik yang menyokong mahupun yang tidak untuk tidak memanjangkan komen yang tidak budiman. Saya BERTERIMA KASIH kepada mereka yang telah menghantar SMS – EMAIL dan laman blog yang menunjukkan sokongan kepada nilai penulisan dan arah tuju politik serta idealisme yang mahu saya bawa. Saya telah menyarankan kepada pihak terbabit untuk mengemukakan bukti, hadir untuk sama-sama menonton dan menyiarkan video yang dikatakan melibatkan saya serta sama-sama untuk mendengar penjelasan dan akhirnya untuk mengambil sumpah untuk mencari kebenaran. Saya juga bersedia – untuk disiasat – oleh mana-mana pihak dan keterbukaan saya hanya untuk memastikan kebenaran terselongkar agak kita sama-sama dapat meneruskan usaha untuk memastikan BN/UMNO terus menjadi wadah politik. Anuar Mohd Nor


Penjelasan - satu cabaran  
Written by Webmaster    
FRIDAY, 03 FEBRUARY 2012

Image

Ini dia Anuar Mohd Nor

CATATAN ANUAR MOHD NOR – Minggu yang penuh kontroversi terhadap diri dan laman web www.umno-reform2.com. Sesuatu yang menunjukkan keprihatinan dan penelitian terhadap laman ini dan kehadiran saya dalam dunia siber ini. Terima Kasih. Hakikatnya untuk persoalan mengenai laman web www.umno-reform2.com dan nama saya Anuar Mohd Nor senantiasa terbuka. Cuma ada memilih untuk hanya meraung dengan tuduhan meleset semata-mata atas nama populis. Kehadiran saya  jelas dan ia bukan suara-suara ghaib yang timbul berselindung di belakang papan kekunci. Kehadiran saya nyata – boleh diungkai – disentuh dan disiasat.

Pertuduhan dibuat terhadap saya. Saya adalah agen PKR yang menyusup masuk ke dalam program – program strategik UMNO dan membocorkan rahsia strategik UMNO. Saya adalah TROJAN HORSE – kata dan salakan laman-laman tertentu. Semua menunjukkan keprihatinan, kecemburuan, ketidakikhlasan dan ketakutan. Takut apa. Muka saya jelas dan saya bukan hantu-hantu siber mahupun pengecut yang mahu menyerang – mahu berjuang – mahu berkorban tetapi takut – menunjukkan muka. Hakikatnya saya tidak sepatutnya melayan tohmahan dari hantu raya.

Untuk makluman memang saya hadir di beberapa program atas jemputan, itu pun program penerangan yang dihadiri oleh beratus penyelia laman web pro UMNO dan sekiranya saya adalah perisik PR masakan dengan khidmat polis risik dan risik tentera Malaysia yang cekap mereka tidak dapat menghidu saya. Mereka boleh mengekori saya – merekod siapa saya jumpa dan langkah yang saya ambil seterusnya. Muka dan fizikal saya jelas ada atau mungkin salakan itu sebenarnya memperkecil-kecil juga tahap risikan negara ini.

Semua mengenai diri ini bukan misteri – saya boleh dihubungi – nama yang digunakan nama penuh – latar belakang yang telah diperjelaskan dan boleh disiasat. Usaha saya tetap – percayakan UMNO sebagai wadah politik,mempromosi kematangan dan kewarasan pemikiran, kematangan politik dan memperjuangkan nilai kemanusiaan sesama kita. Saya percaya kepada kematangan politik – percaya kepada usaha perubahan yang mahu dianjurkan oleh PM Najib – percaya kepada transformasi politik yang akhirnya akan dinilai oleh rakyat negara ini.

Saya tidak hadir dalam mesyuarat pengurusan strategik UMNO yang memikirkan langkah – langkah strategik, saya tidak terbabit dalam Biro-biro strategik UMNO – tetapi saya hadir pada program penerangan – program makan-makan dan memberi pendapat khususnya kerana saya adalah antara kelompok kecil yang mendahului revolusioner media. Mungkin kaduk-kaduk siber tidak tahu membezakan antara sesuatu yang digelar perancangan strategik dan sesi penerangan.

Saya telah dilemparkan dengan berbagai-bagai tuduhan – cuba di mandikan dengan nama-nama keji – dikatakan perisik yang mahu memusnahkan UMNO. Tuduhan ini datang dari pengecut siber – berselindung di belakang papan kekunci – cuba mencabar saya tetapi kewarasan saya mendahului emosi, kematangan saya mendahului kemarahan dan saya fikir itu yang menjadikan saya – bahan serangan. Ini lumrah – kebodohan mahu mencabar sedikit kepandaian, kemarahan mahu mencabar kesabaran. Perbezaan saya dengan mereka amat jelas dan boleh dinilai pembaca khususnya pengamal media siber UMNO.

Benar kata-kata yang pernah dikatakan pada saya, kadang-kadang anjing menyalak mahukan perhatian tetapi dalam banyak hal, ia pun serupa – kaduk-kaduk siber juga mahukan perhatian, mahu menjadi penari porno untuk meloncatkan populariti tetapi kurang bijak dan budiman. Mahu dilihat sebagai penting tetapi tidak, mahu dikategorikan sebagai pejuang tetapi menyesatkan dan paling haru mahu melebihi UMNO dari UMNO untuk menyorokkan kesongsangan serupa dengan pondan-pondan jalanan – melebihi wanita dari wanita.

Apa pun tuduhan, saya tidak menggalakkan emosi mendahului kewarasan. Saya berpijak dan mengambil pendirian jelas untuk MENCABAR mereka hadir secara nyata dan mengulangi tuduhan yang secara terbuka atau setidak-tidak sesi tertutup dengan saksi-saksi yang kita persetujui. Saya mahu sama-sama berdepan dan mungkin disaksikan pihak-pihak tertentu dan berwibawa untuk menunjukkan bahawa tuduhan ke atas saya mempunyai justifikasi tertentu.

Saya juga CABAR untuk menayangkan video yang dikatakan ada – sewaktu menonton bersama Chegu Bard, kita boleh duduk bersama menyaksikan insiden yang berlaku tanpa suntingan seperti yang pernah saya cabar dahulu yang tidak disahut-sahut sehingga kini. Saya boleh menerangkan dengan jelas dengan alibi yang cukup berwibawa mengenai apa yang saya lakukan selepas menonton video tersebut dan penjelasan yang saya beri terhadap video itu.

Kalau pendekatan agama diambil saya sanggup juga MENCABAR untuk penuduh tegar www.papagomo.com untuk hadir secara terbuka sama – sama BERSUMPAH atas tuduhan dan justifikasi yang mahu diberi atau sekiranya tidak, untuk selamanya akan digelar pengecut. Saya tidak terima sumpah dalam laman tanpa muka seperti yang saudara buat – amat lucu dan kelakar dengan menggunakan sumpah atas nama www.papagomo.com


“Wallahi Wabillahi Watallaahi saya Papa Gomo dengan nama pena sebagai seorang penulis Blogg Bersumpah bahawasanya saya telah menonton rakaman Video yang memaparkan adengan Seks Anwar Ibrahim dan pasangannya seorang wanita China di dalam sebuah kamar”

Kalau saya mendatangkan mudarat (yang saya yakin tidak) terhadap UMNO – saya mengetahui kemudaratan yang lebih dahsyat dilakukan oleh blogger ini terhadap UMNO dan keselamatan dalam negara. Saya percaya mereka sebenarnya tersasar dalam membuat tuduhan atas kemarahan dan perasaan tercabar. Mereka mengutuk semua yang tidak sehaluan – menerjah kepimpinan UMNO yang ada dengan tuduhan berlandasan kelucahan dan tidak berasas atas kononnya mereka popular tetapi tidak sedar kepopularan atas landasan mana. ( penari bogel menggunakan palang juga popular )

Saya bersikap terbuka – saya tidak memulakan tuduhan peribadi, saya mengkritik secara langsung dan bersikap budiman dan tidak memulakan sebarang persengketaan. Saya terbuka untuk dihubungi seperti mana pernah antara blogger termasuk www.papagomo.com sendiri berjumpa dan memohon nasihat dan bertukar pendapat dari saya sebelum lemas dalam ruangan populis kelucahan.

Saya mampu memberi justifikasi kehadiran saya, sewaktu laporan polis terhadap blogger www.papagomo.com dibuat, siapa alibi saya yang turut hadir, tujuan kehadiran dan laporan sama seperti kehadiran KLPOS. Namun adakah mereka mahu mendengar atau terperangkap dalam kepompong pemikiran usang. Saya CABAR HADIR untuk sesi penerangan bersama – itu pun kalau mereka berani dan sanggup.

Apa pun saya tetap dengan pendirian saya dan memohon maaf sekiranya tersasar dalam memperkatakan dan melakukan sesuatu yang tidak disengajakan. Apa pun CABARAN saya telah saya maklumkan - TERPULANGLAH  


5 comments:

Anonymous said...

Tak payahlah anuar ..

Jangan sampai aku membuka 'topeng' aku ..

Aku tahu hubungan kau dengan aktivis PKR...

Baru selepas anuwar al juburi bebas dari penjara ko mengistiharkan diri dengan menunjukkan muka ko di laman web umno-reform .. kononnya nak minta habuan sebagai balasan, namun tidak menguntungkan .. lalu kau mencari jalan mendekati umno !!!

Apa pun ko masih 'free-thinker' .. menyapu di mana ada peluang, sorang papan tarik papan...sorong makan tarik pun makan !!!

Begitu lama orang2 umno tertipu sejak dari awal reformasi 1998.. menyangkakan web umno-reform digerakkan oleh penyokong umno, namun sedari awal aku sudah menghidu siapa engkau bila kita sering bertemu di IKD ..

Hei Nuar .. jangan takad bersumpah .. aku mahu kalau kau jantan .. bermubahalah ..

Kalau aku dedahkan identiti .. tentu kau akan terperanjat kerana aku selalunya ada bersama sama dengan program cikgu bard !!! cukuplah takad itu ...

tmg said...

Salam

Apakah ini semua kerana wang? Memang benar kita semua sayangkan bangsa ini dari terjajah semula. Nasihat aku, lihatlah nasib bangsa ini nantinya akan menjadi makanan kaum cina. Biarlah berjuang tanpa mendapat upah demi agama bangsa dan negara. Allah tahu menilainya.

Waajarkah kerajaan memandang sepi perjuangan mereka? Tidak hargai mereka? Ibarat kerbau dan sapilah ni.

Benar seperti kata waadat,ramai yang berjuang kerana kasihan kepada anak bangsa yang bakal dimamah hangus oleh kaum cauvinis.

Mereka berjuang secara sukarela, tapi yang peliknya kenapa UMNO tidak ada sedikit pun perasaan kasihan belas kepada pejuang2 ini? Masing2 berjawatan besar, Menteri, timbalan Menteri dan berbagai lagi jawatan korporat pendapatan beratus ribu takkan tak sanggup keluar seorang seibu membuka tabung perjuangan khas para askar siber ini yang rata2nya miskin?

Strategi UMNO memang teruk. Ketinggalan dan jumud. Itu lah yang aku dapat katakan pemimpun UMNO ini telah semakin kedekut, harapkan sokongan secara percuma. Bila sudah terkena dan akan hilang jawatan baharulah terhegeh2 meminta tolong.

Sebagai pemimpin yang disegani, bantulah orang yang membantu kita, barulah namanya "budiman". Usah terlalu penting diri sendiri.

Kekalahan UMNO 2008 banyak disebabkan perkara sebegini. Najib tidak dinasihatkan dengan baik menyebabkan ketinggalan dalam strategi mencapai kemenangan. Masa semakin suntuk, PRU dah dekat apa yang pemimpin UMNO selain Najib dan Muhyddin buat? Sekali lihat amatlah menggeramkan.

Rakyat disuruh berkorban, pemimpin mementingkan diri.

satu hal akau tak faham, kenapa PKR banyak sanggup keluarkan modal bangunkan tentera siber, UMNO tidak mahu melakukannya? Sedarlah diluar sana ramai yang berusaha menyelamatkan kerajaan dengan berkorban masa dan modal sendiri tanpa sedikitpun pampasan saguhati atau sokongan.

Mengapa UMNO begitu kedekut untk siapkan peruntukan sekurang2nya sama sebagaimana PR lakukan. Memang aku hairan sungguh, Adakah semua pemimpin UMNO begitu bodoh? Atau tamak untuk keluarkan modal tabung kumpulan propadanda?

Apa salahnya bangunkan satu kesatuan yang memantau dan mendaftar semua aktivis blogger, facebooker dan laman sesawang yang berjuang dan buat persetujuan dengan Najib sendiri bagi mendapat dana. Jangan pula ada yang songlap masuk poket sendiri pulak. Kumpulkan mereka dan sumbangkan serba sedikit sagu hati. Aku nescara serangan yang lebih hebat akan dapat dilancarkan tanpa perlu diarahkan oleh Najib.

Aku kesian para otai yang berkerja bertungkus lumus membantu UMNO tetapi UMNO tidak mahu hargai... sedih... mungkin akan ada pembelotan jika tidak ditangani dengan bijaksana.

Maaflah terpaksa luahkan perasaan di sini selepas baca apa yang tersirat dalam keluhan waadat.

Anonymous said...

bodoh wadaat tu. tanya la dia sapa yang gomo duit MKN dan menteri-menteri lain termasuk shahrizat kalau bukan gomo. shahrizat ni pun tak pandai. ikut nasihat blogger spm. kalau dia tak ikut nasihat blogger spm aku gerenti dia tak sangkut kes nfc. berapa ramai lagi agaknya menteri bodoh percaya kat blogger spm?

Anonymous said...

lain gua tak peduli. gua mau tengok gomo berani ke kecut telur nak bersumpah. lu suruh DSAI bersumpah pandai, sekarang gua mau tengok lu bersumpah. Lu telur ada ka atau lu chicken gomo?

Anonymous said...

aku setuju papagomo tayang video dan tunjukkan semua bukti di depan semua blogger kerajaan. jangan lupa ajak aku. kita buat cara senang. dua-dua mesti bersumpah malam tu. wajib! aku nak medan info kita dan wadaat sumpah sekali la. sapa je yang menuduh dan kena tuduh sume mesti bersumpah masa tu.

Popular Posts