Tuesday, May 22, 2012

AntaraPos: @tunfaisal - Kemasukan artis, bekas penjawat awam ke dalam Pas hanya bersifat kosmetik

Post Pic

Mereka fikir mereka masuk Pas kerana perjuangkan Islam, tanpa mereka sedar, Pas bukan perjuangkan Islam, tetapi hanya budak suruhan parti sosialis - Tun Faisal



Nota: Sebenarnya kita berasa kasihan dengan golongan artis tertentu yang masuk Pas kerana kononnya ingin memperjuangkan Islam. Kita gembira dan bersyukur kerana mereka telah insaf, tetapi kita kasihan kerana mungkin mereka fikir masuk Pas sama seperti masuk Islam dan merupakan jalan mudah ke syurga. 

Bagi bekas penjawat awam dan pemimpin politik tertentu, kemasukan mereka lebih diakibatkan perasaan kecewa, walaupun semasa mereka memegang jawatan, mereka mungkin `among the biggest culprit' yang mengecewakan bukan sahaja subordinat mereka, tetapi juga rakyat.

Mungkin mereka fikir mereka masuk Pas kerana ingin memperjuangkan Islam. Mereka mungkin tidak sedar, realitinya di dalam Pas sendiri sudah ramai yang begitu kecewa dengan kepimpinan Pas yang menyimpang jauh dari Islam.

Apalah bandingannya kemasukan Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk Fauzi, berbanding Hasan Ali yang keluar Pas? Apalah bandingannya kemasukan Kadir dan Fauzi disebabkan kecewa kerana kepentingan duniawi, berbanding gugurnya Hasan Ali yang kecewa kerana soal dasar, iaitu perjuangan Islam, Melayu dan Institusi Raja? Apalagi ketika ini Pas kelihatan cenderung menyokong LGBT, sosialisme, pluralisme, sekularisme, usaha memuratadkan umat Islam dan negara zionis tanpa syarat.

Bagi saya, golongan yang masuk Pas kerana kecewa ini, kalau bukan esok, bulan depan, kalau bukan bulan depan, tahun depan, akan menyusahkan Pas kembali. Sama seperti golongan kecewa yang masuk PKR dan DAP sebelum ini. Akhirnya mereka menyesal dan memberikan masalah kepada PKR selepas sedar bahawa PKR dan DAP tidak mampu memberikan apa yang mereka cari.



Ahli baru PAS hanya "kosmetik" - Tun Faisal
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print
pada 21-05-2012 02:05 Ditulis Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

SHAH ALAM: Tindakan PAS menarik ramai penyertaan ahli baru dari kalangan bekas pegawai kerajaan masuk parti itu dikhuatiri hanya bersifat "kosmetik".

Exco Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berkata PAS sebaliknya cuba untuk menutup perihal dalaman yang melanda bersabit prinsip dan perjuangan yang dilihat telah berganjak dari landasan sebenar.

"PAS boleh kosmetik-kan orang-orang yang kecewa tetapi hakikat sebenarnya dari segi dasar dan perjuangan PAS sudah lari.

"Jadi orang yang masuk PAS ni nanti hanya kosmetik kerana PAS tidak akan berjaya memerintah negara kalau bertanding di parlimen dengan hanya 60 kerusi. Jadi orang yang masuk PAS ini sebenarnya dia tidak faham PAS itu apa, jadi PAS boleh menarik orang-orang yang tidak faham kosmetik tu apa," kata beliau ketika dihubungi AntaraPos.com.

Malah terdapat beberapa dakwaan yang mengkaitkan penyertaan baru ahli-ahli PAS ini mungkin dicalonkan untuk bertanding di kerusi PAS pada Pilihan Raya Umum ke (PRU) ke-13.

Bagaimanapun Tun Faisal berkata PAS semakin kehilangan sokongan pengundi Melayu berdasarkan beberapa sejarah yang merekodkan tentangan para ulamak PAS yang mengkritik perjuangan parti itu sendiri.

"PAS dia akan cuba untuk cari sokongan pengundi Melayu tetapi masalahnya PAS kini telah kehilangan ramai pemimpin-pemimpin yang kuat. Apa sangatlah jika kita hendak bandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang masuk PAS dan keluar PAS contohnya Dr. Hassan Ali yang keluar PAS semula.

"Orang yang masuk PAS adalah pemimpin yang lemah kerana kecewa dan saya percaya Datuk Fauzi ini masuk PAS sebab kecewa sedangkan PAS sekarang tidak membawa kepada perjuangan Islam. PAS yang ada sekarang ini kita boleh katakan menjadi boneka kepada parti sosialis," katanya lagi.

Justeru beliau menasihatkan agar rakyat menilai sendiri perjuangan PAS yang sering disekat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Mereka pun tahu wakil PAS di Pulau Pinang selama ini pun tidak berguna pun, tidak bertempat pun dalam dan tidak menjadi Exco agama pun. Begitu juga dengan Selangor, ramai orang-orang PAS yang kecewa dengan pentadbiran Selangor yang ada sekarang dan orang-orang PAS tidak boleh buat apa-apa pun," tambah beliau lagi.

Malam tadi, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari mengumumkan menyertai PAS di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau.

Dengan pengisytiharan tersebut mengesahkan pimpinan PAS sedang berusaha menarik lebih ramai anggota profesional menyertai parti itu dalam cubaan untuk mengembalikan sokongan orang Melayu dan anggota polis sendiri.

Agenda terbaru itu didakwa bertujuan memperbaiki semula imej parti itu susulan tindakan Unit Amal PAS merempuh halangan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu.

No comments:

Popular Posts