Tuesday, May 15, 2012

Testimoni seorang anak didik UMB


Malas nak cakap banyak, biar pihak ketiga sahaja yang beri komen....

Luahan hati @PapaGomo??Boleh jalan!
http://braderjai.blogspot.com/2012/05/luahan-hati-papagomoboleh-jalan.html


Halamak!Brader terpanggil untuk ulas satu artikel daripada seorang bloggers yang ‘popular’ yang menamakan dirinya PAPAGOMO.Dalam artikelnya si GOMOL nih ada membabitkan UMB (Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) dalam isu yang dia bawak.

Sebenarnya apa yang buat si Gomol ni meroyan ialah video mengenai DEMO ANTI DEMO dan ESOK NAK DEMO ni yang mendapat dislike banyak daripada viewers Youtube (boleh rujuk sini dan sini).Gomol jugak ada mempersoalkan bahawa perkara ini disebabkan oleh kegagalan jentera maya UMNO atau lebih tepat Gomol sebut sebagai kegagalan Unit Media Baru.OK brader ulas

Gomol janganlah risau atau buat-buat risau kerana :

1) Kita kena faham penyokong UMNO atau pengundi UMNO ialah kebanyakannya daripada Silent Majority yang selalunya tidak banyak berligar di alam siber kerana meraka ada media-media arus perdana sebagai sumber, berbanding dengan penyokong pembangkang, satu-satunya media yang tumpuan dan interaktif mereka adalah di alam siber, sebab itu aktiviti di alam siber lebih menyerlah kepada penyokong pembangkang, bila time PRU-13, silent majoriti akan bersuara melalu peti undi dan ini akan membuatkan penyokong pembangkang terkejut beruk dengan kekalahan muktamad mereka itu dan mcam tak percaya ya amat.

2) Untuk pengetahuan semua walau apapun, jika kita tengok trend di FB dan Tweeter, Penyokong pembangkang ni tak lebih 300 ribu sahaja, kalau apa-apa title seperti "satu juta rakyat memohon Najib Letak Jawatan" atau yang seumpamanya maksimum pun 300k LIKE shj yang boleh di capai,memang laju LIKE nye untuk 24-48 jam pertama, tapi akan terhenti bila cecah 100k keatas, bandingkan peningkatan FB Najib, ia sentiasa bertambah secara organik sehingga melebihi 1 Juta Like dan Tun M sehingga 1.6 juta Like, di Tweeter pun jika di lihat, Anwar terpaksa bertweet sebanyak 17,000 tweeter tetapi hanya ada 100k follower shj, bandingkan denga Tun M, cuma 10 tweeet shj, tapi followers 60k, DS Najib, cuma 2000 tweet untuk ada 500,000 followers, inilah kekuatan sebenar yang perlu di jadikan kayu ukur sokongan Silent Majoriti.

Jadi janganlah melatah tak tentu pasal atau buat-buat concern pasal UMNO.Jika benar si GOMOL nak mempersoalkan kegagalan UMB jom kita Tanya GOMOL apakah impak yang diberikan oleh Konvensyen Media Sosial 1Malaysia (KMS1M) yang dijalankan diseluruh negeri.Brader jugak nak tengok hasilnya.BUKTIKAN!

Jadi janganlah bimbang kerana sokongan majoriti hanya akan berbunyi di peti undi, tidak di youtube,tweeter atau FB.

Ni brader nak habaq mai.

Kita bercakap mengenai impak.Impak hanya akan terhasil dan nampak pada peti undi.Siapa boleh jamin blog Gomol yang dikunjungi oleh ribuan orang setiap hari memberi impak kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional?Apa yang GOMOL PERU TAHU IALAH :

1) Adakah dengan terus-terusan meletak video lucah memberi impak yang positif kepada Barisan Nasional?Bagaimana dengan pengundi atas pagar yang melihat penyebaran perkara-perkara seperti ini sebagai perkara yang memalitkan imej UMNO sebagai lucah?

2) Berapa banyak artikel yang dihasilkan oleh GOMOL yang berunsurkan ilmiah yang boleh menarik minat mahasiswa khasnya untuk menjadikan blog GOMOL sebagai rujukan?Lucah?Itu sudah pasti ada.Gomol kena faham,student ni tak suka bila sesuatu individu itu diaibkan dengan keterlaluan.Lebih-lebih lagi bila sesuatu yang lucah kerap dimainkan sebagai modal politik untuk menjatuhkan pihak lawan.Banyak brader lihat mahasiswa yang rata-ratanya atas pagar bising dan meluat bila sesuatu isu itu melibatkan pengaiban secara keterlaluan.Mereka tolak budaya politik lucah!Jadi brader pulak nak tanya apakah impak yang Gomol sudah berikan kepada golongan mahasiswa yang rata-ratanya apabila pulang ke kampung,mereka ini adalah agen penyebaran politik secara tidak langsung.Jika budaya politik lucah yang dibawa oleh so called ‘bloggers penyokong kerajaan” maka pada akhirnya mereka akan menceritakan kepada kepada ibubapa serta masyarakat di dikampung.

3) Brader nak tanya GOMOL,berapa ramai bloggers mahasiswa yang bersama awk ye GOMOL?Jika jawapan yang diberikan oleh Gomol ialah ada,maka brader nak tengok senarai bloggers mahasiswa yang berjuang bagi pihak kerajaan yang pernah dilatih oleh GOMOL dan apakah IMPAK yang mereka telah lakukan.Jika jawapan GOMOL ialahTIADA,maka anda GAGAL memberikan impak kepada mahasiswa untuk memilih anda sebagai bloggers yang boleh dijadikan rujukan atau guru.

Apa yang GOMOL PERLU TAHU LAGI IALAH :

Brader rasa Gomol kena hadir kursus yang dijalankan oleh UMB baru Gomol boleh tahu apa yang mereka ajar.Ok,simply said,brader ialah salah seorang bloggers keluaran UMB.Brader ialah mahasiswa.Apakah kewujudan blog brader ini tidak memberi impak?Susah kita nilai bagaimanakah impak itu diukur.Sepanjang brader berblogging,brader banyak mendedahkan perkara-perkara yang dilakukan oleh golongan Pro M ataupun Gomol lebih suka sebut sebagai Mahasewel.Apa yang brader ada ialah pencapaian terbaik brader walaupun baru beberapa bulan brader berblogging.Lebih kurang 2 bulan brader berblogging,brader berjaya memasuki rangking antara top 50 bloggers Pro Kerajaan.Pencapaian terbaik ialah berada di rangking 29 bloggers Pro Kerajaan (rujuksini).Perlu GOMOL ingat bahawa brader bukanlah BLOGGERS SEPENUH MASA seperti Gomol lantaran sibuk dengan urusan kuliah dan tugasan yang lain.Jika GOMOL mempunyai KPI yang lain,sila berikan.

UMB banyak memberikan tunjuk ajar bagaimana mempengaruhi persepsi,teknik-teknik propaganda serta tidak lupa mengajar bloggers mahasiswa macam brader untuk turun ke lapangan bagi merasai sendiri pengalaman membuat liputan.Antara latihan turun padang yang brader pernah ikut sepanjang BEBERAPA BULAN brader berblogging ialah semasa #901,Aman Kampus,Bersih 3.0 dan terkini Jelajah Destini Anak Bangsa.INI SEMUA UMB YANG BAGI TUNJUK AJAR.Bukan bloggers so called ‘jalanan tak berbayar’ yang bagi tunjuk ajar.Impaknya???Alhamdulillah event seperti Aman Kampus begitu dikenali di seluruh pelusuk negara.UMB tidak mengajar kami duduk di bilik sahaja dan membuat artikel seperti sesetengah bloggers.UMB ajar kami untuk turut merasai bagaimana turun ke lapangan dan melaporkan aktiviti-aktiviti besar seperti BERSIH.

Oh ya.UMB juga ada ajar bagaimana untuk menganalisis maklumat sesuatu perkara sebelum mengeluarkan sesuatu isu.Mesti GOMOL pernah dengar pasal Perhimpunan Aman Aspirasi dihadapan KPT kan?Ok lepas daripada tu mesti GOMOL ada dengar pasal seorang mahasiswa ditipu untuk pergi ke perhimpunan yang telah ‘didedahkan’ oleh bloggers pembangkang AmenoWorld kan?Perhimpunan aman ni brader nak bagitau sebagai tindak balas terhadap apa yang mahasewel dah buat.Tiba-tiba ada pulak yang spoil ckp dia ditipu dan dipaksa datang ke perhimpunan.TAPI.Ilmu yang diturunkan oleh UMB tidak brader sia-siakan.Brader analsis.Brader kaji siapa budak yang buat ‘pengakuan’ tu.Stalk punya stalk akhirnya kantoi budak tu memang seorang penyokong pembangkang yang mana kedatangannya adalah untuk spoil perhimpunan tu.Pendedahan ini brader yang buat (sila rujuk sini).Bukan blogger No 1 yang mendedahkan perkara ini tapi bloggers kerdil macam brader yang dedahkan.Hasil tunjuk ajar UMB jugak yang Gomol selalu tibai.

Brader sebenarnya nak puji Gomol sangat-sangat.SEBAB APA.Hebatnya bloggers Papa Gomol ni sehingga segala maklumat yang ditunjukkan kepada pembaca adalah SAHIH.Termasuk artikel Gomol yang melibatkan Dato Sahol (VC UiTM).Mungkin Gomol ni terlalu baik dengan MalaysiaKini sehinggakan sumber mengenai kes Dato Sahol pun Gomol ambik sumber daripada MalaysiaKini.Tapi bila kes ini dbongkar oleh bloggers daripada UMB,Gomol tak respon pun.Tak pe.Brader faham.Mungkin Gomol ada tugasan negara yang lebih penting daripada menjawab kembali tuduhan yang Gomol telah lemparkan kepada Dato Sahol.Brader malas nak cerita impak hentaman Gomol terhadap Dato SAhol dan respon pelajar UiTM sendiri.Mungkin Gomol boleh tengok sendiri komen-komen dalam posting tersebut (jika Gomol belum delete komen).Kita bercerita mengenai impak.Impak ada dua.Baik dan tidak baik.Kes UMNO reform pun belum setel lagi.Tapi tu biarlah.

Kalau Gomol rasa artikel ini dibayar,terpulang kepada Gomol.Kerana mungkin apa yang ada dikepala Gomol ialah duit dan melaga-lagakan bloggers.Hebat benar bloggers yang menggelarkan diri sebagai polong tak bertuan ini.Dunia bloggers politik ini dia yang punya.Jika ‘ramai’ bloggers memilih untuk berkiblatkan Gomol,brader tak kesah.Berdirinya blog brader ni bukan atas simpati Gomol dan turun naik blog brader ni pun tak ada kene mengena dengan Gomol.Tapi yang pasti brader takkan lupakan jasa UMB yang banyak memberikan ilmu dan memberikan nasihat.Artikel ini tercetus bukan kerana brader memulakan permusuhan tetapi Gomol –SEPERTI BIASA-

P/S : Brader yakin ramai anak didik UMB yang seangkatan brader akan bersetuju dengan kenyataan brader.TQ Gomol.Brader tak perlu nak cc artikel ni kepada @NajibRazak kerana kalau ada masalah dalaman,biarlah diselesaikan secara baik.Anda buat.Anda dapat.





11 comments:

Anonymous said...

yg blogger UMB beli alexa apa cer? diam2lah x perlu nak kantoikan diri...

Azhar said...

nak tanya anonymous yang kat atas tu laa nak beli alexa kat mana?????

McTheory said...

alexa boleh beli ke? cuba tunjukkan cara belinya?

Anonymous said...

UMB tak main la beli alexa semata-mata untuk pau orang. Kita bukan mcm Gomo kaki pau

Anonymous said...

Oh gomo.. Berapa ramai menteri ko dah pau..bloggers jalanan tak berbayar konon.. Puihhhh! Budak baru jadi blogger cerita lucah berlagak nak mampus.

Anonymous said...

Sorry la.. Aku bukan nak berlagak... As a graduate and Vice President dekat syarikat konglomerat negara.. Blog macam papa gomo sangat bodoh dan gagal mempengaruhi aku. Begitu juga youngsters yang kerja dgn aku. Most of them are voters n graduates. Blog papa gomo terlalu dangkaal dari segi ilmiah fakta dan hujah bg mereka. Yang layan blog papa gomo pun setkat tea lady dan kerani yg suka gosip2 dan tak pegi mengundi pun. Tolonglah jangan associates blog mcm papa gomo yg penuh dgn cerita lucah dgn umno. Maluuuu laaaa!

Cuba tanya gomo pasal FDI.. Confirm dia sendiri tak nak ulas.. Mcm mana la nak jadi.blogger umno.yg berkesan! Kalau diri sendiri pun lemah ilmu pengetahuan.

Anonymous said...

canteekkkk... perang la sama sendiri...dua2 konon nak tunjuk hebat, nak tunjuk belang...huh..hapa pun tarak..cakap lebih tin kosong semua... buka pekung pembangkang yang untung...badigol..

Anonymous said...

Gomo amek isu yang dikeluarkan oleh mamat salah ad-din

Anonymous said...

koi tersangat bersetuju yang strategi kempen lucah yang menceritakan hal seluar dalam & bilik tidur ni dah lapuk. Kena ingat masyarakat hari ni makin dekat dengan agama, sesuatu yang non-islamic akan ditolak...

RR said...

alexa ade jual ke?? berapa ringgit sekilo??

Anonymous said...

cer gi tengok kat seven-E seksyen 11? ader kot

Popular Posts