Saturday, May 19, 2012

Askar Tunjuk War Dance HAKA #HBN2012


Askar Tunjuk Cara Tarian HAKA #HBN2012


Video diatas merupakan salah satu tarian HAKA yang dipersembahkan semasa Hari Belia Negara 2011 dijangka tahun ini aksi-aksi menarik akan dipersembahkan dengan lebih hangat lagi. 

Selain dari tarian ini terdapat banyak lagi Unit Beruniform turut terlibat. Berikut adalah antara segmen-segmen yang akan muncul di Himpunan Jutaan Belia 2012 kurang dari 3 hari lagi

Pameran Kerjaya dan Persenjataan

Pameran Persenjataan adalah gabungan daripada semua rakan kongsi. Diantaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan sebagainya. Pameran ini akan bermula dari 23 hingga 27 Mei 2012 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Lebuh Wadi Ehsan dan Jalan Perpaduan Presint 4 (bersebelahan Wisma Tani). Antara pengisian pameran adalah pameran jentera- jentera ATM (kereta kebal, kereta perisai, meriam, dan lain- lain).

Army Red Worrior & War Dance


Pertunjukkan Army Red Worrior Menampilkan Aksi Stunt Motor Dengan Terjunan Yang Merbahaya Serta Menunggang Motor Secara Bejemaah. Pertunjukkan War Dance Juga Turut Dipersembahkan.

Tarikh/Masa:3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012)

Demonstrasi Menyelamat


Pasukan bomba dan peyelamat Malaysia akan melaksankan demonstrasi menyelamat pada 26 mei 2012 bertempat di sektor x jam 4.00 petang hingga 5.00 petang . Antara demonstrasi yang akan dipersembahkan adalah situasi menyelamat mangsa kemalangan jalanraya.

Selain dari itu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan mengadakan demontrasi menyelamat yang mana dilaksanakan pada 26 mei 2012 bertempat di sector x jam 5.30 petang hingga 6.30 petang iaitu demontrasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan (Urban Rescue) .

Manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan melaksana demontrasi menyelamat di tasik putrajaya pada 27 mei 2012 bermula jam 5.00 – 6.00 petang . Penganjuran tersebut akan diuruskan oleh pasukan StarTeam APMM.
Demonstrasi Menyelamat Mangsa
Tarikh/Masa: 3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012)
Kerjasama: Polis Diraja Malaysia


Pertandingan Kawad Kreatif
Pertandingan Kawad Kreatif akan dilaksanakan pada 26 Mei 2012 bertempat di Sektor X Presint 4 pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Penganjuran tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang disertai oleh lebih 400 belia seluruh Malaysia.


Persembahan Gerak Khas ATM
ATM akan menunjukkan beberapa jenis operasi gerak khas yang dijalankan dari sudut taktikal dan penggunaan peralatan-peralatan dalam operasi gerak khas

Tarikh/Masa:10.00 Pagi -1.00 Petang (27 Mei 2012)

Ingin tahu lebih lanjut mengenai aktiviti lain? Sila KLIK gambar dibawah





No comments:

Popular Posts