Hapus PTPTN: Pembangkang Sekali Lagi
Bermain Perkataan ‘Kalau’
Oleh : Azman Abas
KUALA LUMPUR, 10 APRIL – Timbalan Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim melihat ungkapan “kalau” yang seringkali digunapakai oleh pembangkang termasuklah dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah perkataan yang mengandungi penyakit.
Menurut beliau pembangkang yang seringkali melaungkan ‘kalau kami memerintah negara akan lebih makmur’ dan sebagainya hanyalah sekadar ungkapan untuk menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan yang ada hari ini.
“Kita menerusi kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak gunapakai perkataan ‘kalau’ ini kerana jika merasakan kita mampu beri kerajaan akan beri seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Perkataan ‘kalau’ ini cukup menarik dan enak didengar tetapi… apakah penghujungnya. Kerajaan BN tidak guna perkataan ini. Jika boleh bagi, kita bagi, dan kalau kita tidak boleh kita akan cakap tidak boleh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan Meja Bulat PTPTN anjuran Biro IPT Pemuda dan UMNO Malaysia di Vistana Hotel, di sini, hari ini.
Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah isu PTPTN bukanlah satu perkara baru yang dibangkitkan malah ianya cukup dekat dengan mereka termasuklah dalam soal Akta Universti dan Kolej Universiti sebelum ini.
“PTPTN bukan perkara baru. Isu ini sentiasa menjadi pertimbangan kita walaupun ianya tidak dihebohkan. Terima kasih juga kepada pembangkang kerana menjadikan ianya satu isu yang yang telah memberi satu kelebihan kepada kita untuk dikethaui umum.
“Macam subsidi… telah banyak kerajaan berikan tetapi orang ramai tidak tahu dan apabila dijadikan isu oleh pembangkang, hari ini kita telah nampak dengan begitu banyak subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan.
“Cuma masalahnya hanya kerana pertimbangan politik, kalau kita tidak perjelaskan maka ia akan jadi satu perkara yang diputuskan atas kepentingan politi dan ianya tidak menguntungkan,“ katanya.
Justeru beliau memberikan jaminan meja bulat berkenaan tidak melibatkan kepentingan politik tetapi sebagai satu kaedah dan jalan keluar dalam mencari mekanisme yang terbaik.
Beliau turut mengimbau bagaimana pada satu ketika kerajaan memberikan biasiswa dan kemudiannya ditukar kepada pinjaman boleh ubah dan seterusnya kepada pinjaman seperti yang ada hari ini.
“Dulu kenapa kerajaan boleh bagi biasiswa… ini kerana dulu tidak ramai. Kenapa ditukar kepada pinjaman boleh diubah… kerana untuk kecemerlangan dan ketidakmampuan. Kenapa hari ini kita bagi pinjaman sahaja…. kerana ramai sangat.
“Namun sepertimana yang diperkatakan oleh Datuk Seri Najib Razak di Batu Pahat, 90 peratus pembiayaan pendidikan tinggi dibiayai oleh kerajaan dan tinggal 10 peratus sahaja yang perlu dibiaya oleh rakyat yang melanjutkan pengajian tinggi dan 10 peratus inilah yang kita sedang bincangkan ini iaitu PTPTN,” katanya.
Beliau seterusnya menempelak pembangkang yang hanya menjaja cerita untuk menghapuskan PTPTN tetapi di dalam buku Jingga mereka bercanggah dengan apa yang diwar-warkan hari ini.
“Pembangkang ini semua dia politikkan. Pembangkang cerita separuh-separuh kat bawah. Kita janganlah percaya tanpa semakan. Sebab itu kemakmuran yang diberikan tidak pernah diperjelaskan oleh pembangkang.
“Yang mereka tahu hanya mahu menimbulkan rasa marah rakyat terhadap kerajaan. Berilah peluang kepada kami… Jangan nanti pula kita menyesal.
“Saya tidak duduk di Selangor tetapi ramai yang saya jumpa mengatakan tolonglah beri BN menang. Dalam hati, terdetik saya tidak mengundi pun di Selangor dan memang kita nak menang di Selangor tetapi saya terfikir kenapa sampai begitu sekali datang peluk saya. Rupanya dia kata dia menyesal. Kenapa dia menyesal kerana beliau undi orang yang datang cerita perkataan ‘kalau’… Inilah antara penyakit ‘kalau’ ini.”
1 comment:
KALAU aku ada peluang, nak aje aku humban anwar ni dlm penjara
Post a Comment