Wajah syaitan yang tiada nur?
EKSKLUSIF: Surat Terbuka Buat Anwar
Ibrahim. 5 Permohonan Mahasiswa
Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
Perkongsian daripada inbox email MU.
Apakah jawapan kepada persoalan ini ?
__________________________________________
Surat terbuka kepada Anwar Ibrahim
Assalamuailaikum Dato’ Seri, saya merupakan peminat setia Dato’ Seri. Saya juga mengikuti perkembangan Dato’ Seri dari tahun 1998 sehinggalah Dato’ Seri dibebaskan.
Namun Dato’ Seri surat ini saya utuskan untuk memohon pertimbangan dari Dato’ Seri beberapa perkara.
1) Saya memohon agar Dato’ Seri tidak mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan politik Dato’ Seri
2) Saya memohon agar Dato’ Seri tidak mempromosikan gerakan membuang masa politik Dato’ Seri kerana kawan-kawan saya perlukan masa untuk menuntut ilmu.
3) Saya memohon agar Dato’ Seri tidak lupa yang Dato’ Seri antara insan bertanggung jawab mengenai PTPTN
4) Saya memohon Dato’ Seri jangan membawa budaya politik lapuk dengan mendidik pemimpin mahasiswa saya berdemo tak tentu hala
5) Saya memohon Dato’ Seri agar terus menjadi ketua Pembangkang yang terpuji dari segi akhlak dan perilaku dan tidak menjadi liabiliti kepada Malaysia
Ini adalah harapan saya seorang mahasiswa terhadap Dato’ Seri semoga Dato’ Seri dikurniakan hidayah dan taufiq menyelamatkan anak murid Dato’ Seri yang kian jauh dari masyarakat.
Saya menolak Demostrasi politik, saya menolak budaya memaki hamun pemimpin, saya sayang Malaysia. Semoga Dato’ Seri insaf dan bekerja untuk Malaysia, menerima keputusan rakyat, mempertahankan Raja-Raja Melayu.
______________
p/s: Terima kasih buat pengirim. MU dapat tahu, DSAI dikatakan memberikan pidato berdekatan dengan UUM semalam. ‘Seruan’ apalah agaknya ya? Seruan pergi berdemo?
Sama-samalah kita berpesan-pesan pada kebaikan.
No comments:
Post a Comment