Thursday, April 5, 2012

Politik Baru: Pemuda UMNO didik mahasiswa berdiskusi isu PTPTN, PR ajar ke jalanan #AspirasiMahasiswa



PTPTN: PEMUDA UMNO JUMPA BELIA DAN MAHASISWA SELESAIKAN ISU PTPTN



Pemuda Umno akan mengadakan satu pertemuan meja bulat dengan mahasiswa pada 14 April ini, bagi mengetahui kehendak sebenar mereka berkenaan isu Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi Pemuda Umno, Shahrin Jamaludin berkata, pertemuan itu akan diadakan serentak dengan tiga kumpulan iaitu kepimpinan tertinggi, pemimpin lain dan pelajar biasa.

Menurutnya, pada pertemuan itu nanti, ketiga-tiga peringkat mahasiswa ini akan berbincang dan mengeluarkan satu resolusi bersama berkenaan isu PTPTN yang semakin panas diperkatakan sekarang.

Katanya, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin turut mengarahkan Pemuda me­ngi­kuti perkara ini dengan dekat kerana isu PTPTN amat dekat dengan sebilangan besar pelajar dan bekas pelajar.



“Khairy arahkan kami untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Kami akan melihat semua cadangan dan kehendak paling realistik untuk PTPTN.

“Oleh itu Pemuda Umno komited untuk membuat ka­jian, adakah isu ini kehendak sebenar pelajar atau kehendak Pakatan Rakyat (PR)?” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, kajian yang akan diadakan nanti mungkin meliputi cadangan menyediakan skim mengurangkan jumlah pembayaran atau alternatif lain yang boleh diambil kira.

“Agak sukar sebenarnya untuk menghapuskan PTPTN secara total dan menukarnya kepada biasiswa kerana kerajaan terpaksa menarik subsidi dari perkara lain.

“Apa yang boleh kerajaan buat adalah menukar pinja­man menjadi biasiswa kepada pelajar yang mendapat kelas pertama dan beberapa pengecua­lian lain,” katanya.

Ditanya mengenai tinda­kan beberapa pergerakan pelajar yang mahu mengadakan demonstrasi besar-besaran menuntut PTPTN dimansuhkan pada 14 April ini, Shahrin menegaskan pelajar-pelajar ini seharusnya bersikap logik.

“Jangan tanya apa yang negara beri kepada kita, tetapi tanya apa yang kita telah beri pada negara. Jika tidak mahu bayar semula pinjaman PTPTN, pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh.

“Jadi nasihat saya kepada pelajar yang ingin turun berdemo ini, jangan jadi alat pembangkang,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, partinya akan menyokong tindakan pelajar yang akan berhimpun menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

Katanya, Pas juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapus oleh kerajaan menjelang PRU13.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapus kira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.



1 comment:

tanahtumpahdarahku said...

dekat mana perhimpunan ni?

Popular Posts