Thursday, February 23, 2012

Tuntutan 22 Perkara Rakyat Kelantan Tolak Pas #saveKelantan


TUNTUTAN 22 PERKARA 
RAKYAT KELANTAN


KAMI RAKYAT KELANTAN, DENGAN PENUH RENDAH DIRI MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN 22 PERKARA RAKYAT KELANTAN INI SEBELUM PRU-13, TUNTUTAN 22 PERKARA INI DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JANJI YANG PERNAH DIBUAT OLEH KERAJAAN PAS YANG MASIH BELUM TERTUNAI. JIKA KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK MELAKSANAKAN TUNTUTAN INI,  KAMI RAKYAT KELANTAN BERSEPAKAT UNTUK MENUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI KESEJAHTERAAN  RAKYAT PADA PRU-13 NANTI. KAMI PERCAYA TINDAKAN INI ADALAH SUATU HIJRAH DAN PENGORBANAN  YANG PALING  BESAR PERNAH DILAKUKAN OLEH RAKYAT KELANTAN. 

TUNTUTAN PERTAMA (1)
RAKYAT MENUNTUT ANAK NEGERI DI BERI KEUTAMAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT AGAR SEMUA WAKIL RAKYAT DI KELANTAN HENDAKLAH DIKALANGAN ANAK-ANAK TEMPATAN SAHAJA.

TUNTUTAN KEDUA (2)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN PENUBUHAN  BADAN HISBAH DAN  MENUNTUT BARISAN KEPIMPINAN KERAJAAN PAS MENGIHSTIHARKAN HARTA.

TUNTUTAN KETIGA (3)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKUATKUASAKAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN.

TUNTUTAN KEEMPAT (4)
RAKYAT  MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN BERSIKAP LEBIH BERSIH, ADIL DAN AMANAH DAN BERHENTI DARI MENYALAHKAN PIHAK LAIN DIATAS KEGAGALAN SENDIRI.

TUNTUTAN KELIMA (5)
RAKYAT MENUNTUT  KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KHUSUSNYA KEPADA GOLONGAN BELIA YANG MENGANGGUR.

TUNTUTAN KEENAM (6)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBAYARAN BANTUAN RM100 KEPADA SELURUH WARGA EMAS DI KELANTAN BERMULA TAHUN 1990 HINGGA SEKARANG.

TUNTUTAN KETUJUH (7)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA MASALAH AIR KELANTAN YANG BERLARUTAN SEJAK SEKIAN LAMA DAN RAKYAT TIDAK SANGGUP UNTUK MENUNGGU SEHINGGA TAHUN 2027.

TUNTUTAN KELAPAN (8)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENGHAPUSKAN CUKAI PINTU DAN BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA (PARKING).

TUNTUTAN KESEMBILAN (9)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN TERUTAMANYA PEMIMPIN DAN AHLI TIDAK LAGI MENGAMALKAN BUDAYA POLITIK MENCACI DAN MENGHINA.

TUNTUTAN KE SEPULUH (10)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK LAGI BERSEKONGKOL DENGAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT YANG JELAS DIRAGUI DARI SEGI AKIDAH, MORAL DAN SOKONGAN KEPADA ISRAEL.

TUNTUTAN KESEBELAS (11)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENOLAK SEBARANG KERJASAMA DENGAN PARTI DAP YANG JELAS MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM.

TUNTUTAN KEDUA BELAS (12)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN PERLABUHAN DARAT KUALA KRAI SEPERTI YANG DIJANJIKAN.

TUNTUTAN KETIGA BELAS (13)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SELESAIKAN SEGERA MASALAH BERKAITAN LADANG RAKYAT DAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA NAMA DAN BUTIRAN  PENERIMA DIVEDEN LADANG RAKYAT, SERTA NAMA SYARIKAT YANG  TERLIBAT SECARA LANGSUNG BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT.

TUNTUTAN KEEMPAT BELAS (14)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN SARANAN SUHAKAM BERSABIT PEMBELAAN TERHADAP NASIB ORANG ASLI.

TUNTUTAN KELIMA BELAS (15)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEDIAKAN SEGERA TAPAK RUMAH KEPADA GOLONGAN MISKIN DI BUKIT TOK ALI(JELI), PANTAI MEK MAS (PENGKALAN CHEPA) , ALOR PULAI DAN KAMPUNG TOK EWEL (BACHOK)DAN LAIN-LAIN KAWASAN PENEMPATAN GOLONGAN MISKIN YANG MASIH BELUM DILAKSANAKAN.

TUNTUTAN KEENAM BELAS (16)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA JUMLAH ASET/ HARTA MILIK KERAJAAN NEGERI SERTA SYARIKAT YANG BERKAITAN KERAJAAN NEGERI YANG TELAH DIJUAL DAN MENGISHTIHARKAN TERBUKA KEMANA WANG TERSEBUT DI BELANJAKAN.

TUNTUTAN KETUJUH BELAS (17)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK KEPADA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH.

TUNTUTAN KE LAPAN BELAS (18)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN  JAMBATAN KEDUA KOTA BHARU-PALEKBANG SEPERTI MANA YANG DIJANJIKAN DAN TELAH DILETAKKAN BATU ASAS.

TUNTUTAN KE SEMBILAN BELAS (19)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELAMATKAN RAKYAT DARIPADA TERUS TERJERUMUS KE DALAM KEMISKINAN HARTA DAN KEMISKINAN AKHLAK.

TUNTUTAN KEDUA PULUH (20)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA ISU PENGAMBILAN BALIK TANAH RAKYAT DI NEGERI KELANTAN TERUTAMANYA DI KAWASAN SELUAS 400 EKAR DI KAMPUNG TIONG KUBANG KERIAN. 

TUNTUTAN KEDUA PULUH SATU (21)
RAKYAT KHUSUSNYA PENIAGA KECIL / PENJAJA MENUNTUT SUPAYA KEBAJIKAN MEREKA DIJAGA ANTARANYAMENGHAPUSAN CUKAI KEPALA BAKUL YANG DIKENAKAN KEPADA MEREKA SEPERTI MANA DIJANJIKAN.

TUNTUTAN KEDUA PULUH DUA (22)
RAKYAT  MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA BERHENTI DARI MENABUR JANJI-JANJI BARU KEPADA RAKYAT SELAGI JANJI LAMA YANG MASIH TERTUNGGAK TIDAK DITUNAIKAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGHORMATI PERASAAN DAN SENSITIVITI RAKYAT DENGAN MENDAHULUKAN KEPERLUAN RAKYAT DAN BUKAN HANYA MENABUR PELBAGAI JANJI TANPA MELAKSANAKANNYA.

6 comments:

ajai62 said...

Asalam Bro

Tuntutan nampak cantik tapikan mesti UMNO yang dipersalahkan kerana menjadi dalang... Lagi satukan itu rakyatuntutan rakyat Kelantan yg duduk di Kelantan... Masalahnya yang tingaal diluar dan balik mengundi ke Kelantan tu yang selalunya menganiaya orang Kelantan dengan mengundi PAS... tu pasal mereka hidup senang lenang kat negeri lain... Orang yang tinggal di Kelantan terseksa...

Anonymous said...

Tahniah di kelantan.. pemimpinnya amanah.. tabligh.. dan yang penting pemerintahan yang bersih dari RASUAH kata laporan ketua audit negara :-)

Anonymous said...

pandai makan, pandailah simpan yer POKNIK? kata laporan ketua audit negara :-)

Anonymous said...

Bersih dari RASUAH??? Ketua audit negara mana yg kata??? Indonesia?? ada aku kesah!!!!

Yang penting sekarang ke mana perginya segala wang dan harta kutipan / derma di setiap ceramah???????

Anonymous said...

aku malas caro hal politik. semo tu gilo blako.

LONI AKU NOK STADIUM BARU!!!!!!
sapo buleh buat stadium baru, mako aku sokong dio!!!!

SERABUT stadium lamo. SUMMMMBAAAAKKKKK!!!!!!! Peminat TRW sudoh lebih 30 ribu.
kalu teket 30 rial pun aku sanggup masuk.

Sapo nk stadium baru, keno undi oghe hok buleh buat stadium baru. JGN UNDI hok kecek sajo. Buat masjid pun rakyat buat tubik PITIH, MUNG NK JANJI BUAT STADIUM PULOK????

SERABUT!!SERABUT!!!SERABUT!!!
TUKAAAARRRRRRRRRR!!!!!!!!

Anonymous said...

TUKAR SLALUH!!!!!

Popular Posts