Wednesday, February 22, 2012

Isu VC - ada profesor gila kuasa peralat blogger?


ISU VC UiTM: KRISIS DALAMAN PUNCA SERANGAN?

1. Pagi ini didedahkan isu VC UiTM yang didakwa salahguna kuasa sehingga anak-anak beliau layak mendapat biasiswa oleh blogger PapaGomo disambut oleh blogger Parpukari. Beberapa dokumen dilampirkan bagi menyakinkan pembaca walaupun kes ini berlaku 5 tahun lalu dan pihak UiTM 

2 Ironinya, isu ini mula-mula dibangkitkan oleh portal pro-pembangkang Malaysiakini dan dipercayai bahawa sumber maklumat yang sama juga diperolehi oleh PapaGomo. Ini bermakna wujud PENGKHIANATAN dari kalangan warga UiTM mendedahkan maklumat kepada Malaysiakini DAHULU sebelum disampaikan kepada blogger. 

3. Sebenarnya isu pemberian biasiswa ini telah jelas dijawab dan diketahui umum. Setiap biasiswa yang diberikan mesti bersandarkan kepada kelayakan. Jika layak, tiada masalah. Malah kedua-dua anak VC UiTM LAYAK ketika itu. 

4. Menurut sumber yang boleh dipercayai, isu ini pun timbul disebabkan oleh sabotaj dalaman UiTM yang berkaitan dengan C****S. Tidak perlu disebut nama, tetapi sebenarnya ramai tahu SIAPA yang berbulu gila dengan VC UiTM dan gila kuasa mahukan kembali tampok pemerintahan CMWIS. DAN DIPERCAYAI SALURKAN MAKLUMAT kepada MALAYSIAKINI !!! 

5. Kita berharap pihak berkuasa menyiasat pembocoran maklumat yang berlaku kepada Malaysiakini. Ini adalah pengkhianatan kepada kerajaan dan tindakan wajib dilakukan. Takkan nak simpan lagi BIAWAK HIDUP dalam UiTM yang akan rosakkan negara? 

Nantikan lagi pendedahan dalang disebalik isu ini :) 

12 comments:

Anonymous said...

kami warga UiTM tak pernah menyampah dengan VC..VC adalah satu-satunya orang Melayu yang nak tengok orang Melayu berjaya. Kalau semua benda nak dipolitikkan..habis lar... papagomo ni tak habis-habis fitnah. kalau nak keluarkan sesuatu statement mesti fikir habis-habis dlu..supaya orang tak nampak yang awak ni kurang cerdik.ok

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kami bekas pelajar UITM sedang memerhati peranan yang dimaikan oleh bekas naib canselor yang pernah mahu menjatuhkan VC sekarang dalam satu majlis. kami dapat tahu beliau sedang bekerjasama dengan orang yang patut pencen dan sudah dipencenkan oleh dekan kajian mereka. bekas naib canselor ini meroyan selepas tiada jawatan. kami tahu dia pernah memburuk-burukkan orang lain kepada pemimpin tertinggi.

Anonymous said...

somebody should inform this former VC that he should stay at home and take care of his grandson. currently he is going around badmouthing the current VC. he is working with former lecturers from masscomm who were asked to retired because of old age.

Anonymous said...

Salms,
Padan muka puak2 uitm.Anak I pohon manyak kali nak buat ijazah tak dapat2.Depa dok sumbat kaum krabat anak cucu bleh Asuk uitm.

Anonymous said...

Hi
Anaknda bta pointer 3.51 tak d terima masuk smbung degree d uitm.Anak VC sonang sonang ASuK.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

1)apakah UiTM itu dari segi perlembagaan dan undang-undang adalah hanya untuk bumiputera sahaja? Apakah quota yang dimaksudkan dalam Artikel 153 itu menghalalkan penutupan UiTM kepada yang bukan bumiputera? Sila rujuk http://web.usm.my/km/29(2)2011/Art4_KM29-2.pdf
2)menubuhkan program Menuju Destini Anak Bangsa (MDAB) adalah amat bagus dan terpuji, bahawa VC akui bahawa ada orang yang susah yang perlu dibantu. Secara tidak langsung, orang kaya tidak perlu dibantu. Maka , apakah seorang yang bergelar "Datuk Prof Ir Dr" tidak mampu untuk mengeluarkan duit sendiri untuk menampung pengajian anak sendiri? Dan kenapakah golongan seperti ini dibenarkan menghantarkan anak-anak mereka belajar di UiTM apabila UiTM ditubuhkan adalah UNTUK orang-orang yang susah?
3) apakah budaya "jangan melayu lawan melayu" ini bersesuaian dengan wadah nilai, falsafah dan budaya akademik sebuah institusi pengajian tinggi yang ditangggung oleh pembayar cukai negara inimemandangkan Allahyarham Prof Syed Hussein Al-Attas telah pun berkajang-kajang menulis mengenai keburukan feudalisma melayu, minda melayu yang ditawan oleh feudalisma ini dan "bebalisma"?
4)apakah "jangan melayu lawan melayu ini diterimapakai di universiti-universiti ternama dunia seperti Harvard, MIT, Oxford dan Cambridge? Memang baru-baru ini ada 2 orang pelajar UiTM fakulti perubatan melanjutkan pengajian ke Harvard, akan tetapi jika dibanding dengan Universiti lain seperti UM, UKM, USM dan UIA, terdapat lebih ramai pelajar mereka yang sudah menamatkan pelajaran diuniversiti-universiti ternama ini.
5)Dengan falsafah pengajian univresiti serata dunia telah bertukar dan tidak lagi hanya untuk menghasilkan tenaga pekerja yang hanya boleh bekerja menurut perintah, apakah budaya ini juga dilihat di UiTM?
6)Apakah konsep "jangan melayu lawan melayu" tidak bercanggah dengan Surah Al-Hujurat ayat 8 dan 9? Sila rujuk juga kepada http://www.malaysiakini.com/news/189886

Jeepers Creepers said...

UITM hanya untuk anak orang melayu..bangsa lain boleh blah..Malay Power!

Anonymous said...

U must be so ignorent, kalau anak hang tak dapat maybe sebab tak layak. So jangan salahkan org lain. Lagipun anak dato sahol yg terlebih layak akhirnya tak dapat juga biasiswa tu sobab masalah politik prof gila kuasa tu. Dato sahol dalam hal ini dianiaya.

Anonymous said...

Anak vc lagi tinggi pointer nya

Anonymous said...

Puak Sahol menuduh Ibrahim Abu Shah, puak Ibrahim Abu Shah menuduh Sahol. Inilah masa yg paling sesuai utk buat sumpah di masjid!!! Jom! Ibrahim Abu Shah dan Sahol dtg ke masjid uitm, dan buat sumpah ni: "sepanjang saya berkhidmat di Uitm saya tidak pernah menzalimi org lain dan tak pernah menyalahgunakan kuasa samada utk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni/kawan dan jikalau saya berbohong maka saya rela dilaknat Tuhan di dunia dan akhirat"

Popular Posts