Tuesday, February 28, 2012

[Gambar] Misi Tawan Putrajaya berjaya



Wira-wira Liga Woodsball Malaysia

[FOTO] Gempar!! Putrajaya 'Ditawan' 2 Hari!


Kesunyian hutan telah dibisingkan dengan bunyi tembakan dari 'tentera-tentera' yang datang dari seluruh pelusuk tanah air dan ada juga yang dari luar negara yang cuba 'menawan' Putrajaya ini. 'Perang' yang berlangsung selama dua hari itu telah banyak menumpahkan 'darah' di bumi Putrajaya ini. 

Pada hari Sabtu dan Ahad baru-baru ini telah diadakan  satu permainan paintball yang berlangsung di hadapan kompleks beli belah Alamanda, Putrajaya. Kejohanan Malaysian Woodsball League (MWL) kali ini yang berlangsung di Putrajaya dianjurkan oleh Majlis Belia Kawasan Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya. 

klik pada foto untuk lihat lebih jelas!
para peserta mendaftar masuk nama untuk 'berperang'

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Rizalman Mokhtar turut hadir diringi Tun Faisal selaku  penganjur 




Tun Faisal ditemuramah oleh wartawan dari RTM


Majlis perasmian Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Turut hadir pada majlis tersebut Tengku Adnan Tengku Mansor Ahli Parlimen Putrajaya dan Datuk Rizalman Mokhtar selaku Ketua Pemuda Wilayah.

menyusun strategi dahulu sebelum 'berperang'



menyusup seperti komando

orang ramai yang hadir melihat perlawanan dari luar jaring



salah seorang peserta ditembak pihak lawan ketika cubaan menekan butang buzzer




Pakaian lengkap ala tentera bagi para peserta ini nampak menggerunkan namun pakaian itu hanya ingin menghangatkan suasana seperti berada di 'medan perang' sebenar dan juga menjaga tubuh badan dari cedera kerana sukan yang lasak ini. Ada juga peserta tercedera di 'medan perang' sewaktu perlawanan berlangsung, namun tindakan cepat oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) berjaya mengawal situasi dan merawat peserta yang cedera di kepala itu.







menyerang pihak lawan ala-ala 'gerila'


antara mereka yang tumpas di 'medan perang'
















Panas terik selama dua hari menjadi cabaran terhadap para peserta yang terlibat. Namun panas lebih baik dari hujan kata salah seorang peserta kerana jika hujan, pakaian yang basah akan melambatkan pergerakan meraka dan juga mungkin akan mengakibatkan kerosakan elektronik pada 'senjata' mereka. Kejohanan ini tamat setelah majlis penyampaian hadiah diberikan kepada para peserta yang menang pada jam 5.30 petang. Selesai sahaja majlis penyampaian hadiah hujan pun turun dengan lebatnya menghilangkan kepanasan dan keletihan mereka yang terlibat selama dua hari itu.

1 comment:

Unknown said...

Salam Sahabat Seperjuangan,
Mohon link ke blog kami
http://selangor13.blogspot.com
Terima Kasih :)

Popular Posts