Thursday, January 26, 2012

[Video] @HishammuddinH2O dan @Shaberyc di Pusat Simulasi Menembak



Semalam di Pusat Simulasi Menembak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyebut bahawa Kementerian Dalam negeri (KDN) dan KBS telah mencetuskan bentuk kerjasama baru dan tidak lagi bekerja di dalam silo masing-masing. Penekanan pada lawatan semalam ialah mengenai Rela. Kebetulan Rela menyambut ulang tahun ke-40 pada tahun ini. Dengan penghapusan ordinan darurat baru-baru ini Rela yang ditubuh di bawah ordinan itu akan mengalami perubahan dan akan lebih melibatkan golongan muda. "Pendekatan kita bukan demonstrasi, bukan tanam kebencian. Tapi kita lihat belia hari ni sebagai stakeholder masa depan."

Datuk Seri Hishammuddin menyebut bahawa pada masa depan akan latihan di pusat ini boleh melibatkan JPAM, Rela, AADK dan Crime Awareness Team (CAT). "Saya juga mahu PDRM melihat bagaimana pusat ini dapat dimanfaatkan oleh mereka juga kerana ia boleh menjimatkan banyak kos berbanding pusat latihan biasa." 

"Polis Korea punyai lebih 40 pusat sebegini. Bila kita tengok sendiri simulasi yang ada di pusat ini, baru kita tahu betapa sukar anggota polis kita menghadapi keadaan. Mereka yang tuduh polis macam-macam, tidak alami keadaan sebenar bila diletak dalam situasi - tembak atau dibunuh." 

Perdana Menteri akan rasmikan tempat ini nanti dan pada 28 Januari ini PM akan bersama-sama dengan Rela meraikan 40 tahun kewujudannya membantu rakyat di negara ini. Cabaran masa dahulu yang ditangani oleh Rela perlu disesuaikan dengan cabaran semasa. Rela mempunyai banyak potensi untuk menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang penting dalam negara ini.

Menjawab soalan ISU KEMALANGAN mengenai cadangan untuk penjarakan pesalah, Datuk Seri Hishamuddin menyebut bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah di bawah kuasa kehakiman. Jika boleh mengurangkan jumlahnya (kemalangan), ia perlu dikaji secara mendalam dan PDRM sedia untuk bekerjasama. 

Mengenai Strategi Blue Ocean - Beliau menyebut bahawa tiada persaingan di antara kementerian. Sebaliknya ia adalah mengenai pendekatan di luar kotak. Misalnya, usaha biasa sebelum ini, Ops Sikap hanya melibatkan polis. Tetapi sekarang pendekatan berbeza, iaitu dengan memberi kesedaran kepada anak muda, dengan melibatkan juga KBS dan Rela. Begitu juga dgn kerjasama tentera, polis, RELA dalam Omnipresence bagi turunkan kadar jenayah. Ia diakui sebagai berjaya dan Ketua Polis Negara menerima jemputan Arab Saudi untuk kongsi pengalaman 2 tahun dalam Blue Ocean. 


*Video ehsan lemandecaprio



Skuad Muda RELA - Pusat Simulasi 
Menembak


KUALA LUMPUR 25 Jan. – Penubuhan Pusat Simulasi Menembak Belia Anti Jenayah merupakan platform terbaik kepada Skuad Muda Rela mempersiapkan diri dengan kemahiran menggunakan senjata. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada masa ini menjadi keperluan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk mahir menggunakan senjata supaya boleh membantu pasukan keselamatan lain apabila diperlukan.


Katanya, penubuhan pusat simulasi menembak berkenaan juga diyakini dapat membantu anggota-anggota Rela khususnya Skuad Muda Rela yang terdiri daripada golongan belia mempelajari kaedah menggunakan senjata dengan betul. “Ia merupakan keperluan pada hari ini. Skuad Muda Rela yang terdiri daripada golongan belia perlu tahu mengendali serta menggunakan senjata.


“Ia juga supaya mereka dapat membuat keputusan tepat ketika situasi memerlukan sama ada untuk melepaskan tembakan atau sebaliknya. Bagaimanapun, tembakan yang dilepaskan perlulah tepat, sebab itu pusat simulasi ini ditubuhkan supaya mereka boleh diberikan pendedahan serta latihan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai Program Belia Anti Jenayah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini. -um

No comments:

Popular Posts