Terima kasih kerana ada yang mencalonkan blog tun faisal dot com dalam kategori Blog Politik Terbaik. Saya tidak pernah terfikir dan bercadang untuk memasuki sebarang pertandingan blog sebab saya tidak menulis blog kerana sebarang habuan material. Saya mula terlibat dalam pelbagai perdebatan siber sejak tahun 1999 di chat rooms dan dalam pelbagai yahoo groups, misalnya promuda circle. Antara nama siber saya yang paling dikenali ketika itu adalah Penjejak Badai. Selain itu, saya merupakan salah seorang penyumbang dalam Laman Web Pemuda UMNO Malaysia pada peringkat awal kelahirannya sehingga tahun 2004. Saya juga turut terlibat untuk menubuhkan Cybertroopers Pemuda UMNO bagi membantu parti Barisan Nasional menghadapi perang siber menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum 2004.
Selepas PRU 2008 saya berblog kerana mahu menyatakan pendirian saya tentang pelbagai perkara. Bagi saya, ia merupakan jurnal peribadi bagi mencatatkan dan merekodkan pandangan mengenai perkara yang dekat di hati saya seperti dalam bidang pendidikan dan politik.
Saya hanya blogger separuh masa kerana saya perlu memberi perhatian kepada tugas sebagai Pegawai Khas Menteri, Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan Pengerusi Majlis Belia Kawasan. Saya berblog kerana minat dan bukan kerana bayaran atau kepentingan peribadi. Disebabkan itu saya tidak pedulikan sangat tentang soal ranking. Hanya apabila ada pihak dan pemimpin kanan UMNO yang terlalu terpengaruh mindanya dengan ranking, barulah saya mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa saya juga boleh berada di ranking Top 10 blogger pro-BN sekiranya mahu.

Tiba-tiba ada pula yang mencalonkan blog ini dalam World Bloggers and Social Media Awards 2012. Ish, ish, ish - terima kasih, walaupun sebetulnya tidak perlu kerana lebih ramai calon yang lebih baik dan berblog sepenuh masa. Dicalonkan atau tidak, menang atau kalah, berbayar atau tidak, saya tetap akan berblog, bertweet dan berfacebook untuk menyampaikan maklumat dan pandangan saya.
Apapun saya menghargai pengiktirafan tersebut dan saya serahkan kepada pembaca blog ini untuk menilainya.
No comments:
Post a Comment