Sunday, January 29, 2012

#Murtad: Golongan agama gagal didik ummah selamatkan aqidah?

Post Pic


Perkuatkan Akidah Untuk Survival Orang
Melayu, kata Bekas Penganut Kristian
pada 28-01-2012, Dalam Nasional

[Nota: Kerana habuan material orang Islam boleh tukar agama? Rapuhnya aqidah umat Islam hari ini. Itu yang kita masih kita boleh nampak. Yang kita tidak nampak, berapa ramai umat Melayu yang menganut sosialisme dan masuk parti sosialis tanpa menyedari aqidah mereka terjejas kerana memperjuangkan idealisme ciptaan manusia akibat kepentingan diri dan gilakan kuasa politik. Ini tidak termasuk lagi yang memperjuangkan sekularisme, plularisme, seksualiti bebas dan bersubahat mempermudahkan lagi usaha memurtadkan umat Islam di negara ini. ]


KEPALA BATAS, 28 JAN : Seorang bekas penganut Kristian menegaskan  kelangsungan kaum Melayu di negara ini berpaksi kepada kedaulatan Islam , justeru mahukan agenda memperkasakan akidah  dijadikan  perjuangan utama masyarakat itu.

Kamarudin Abdullah yang kini memimpin Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI),  menggesa umat Islam mengukuhkan benteng pertahanan agama masing-masing agar tidak menjadi mangsa mana-mana kumpulan yang mahu memurtadkan mereka.

'Ini semua (gejala murtad) salah siapa? Nak salahkan Yahudi? Nak salahkan Kristian?  (Sebenarnya)   iman kita longgar. Kita mengaji agama pun tak faham agama, roh agama tak sampai,' kata beliau.

'Sistem pendidikan yang hanya berasaskan kecemerlangan akademik kena tukar. Kita kena ada sistem pendidikan yang melahirkan Muslim yang memahami Islam…. Islam yang menurut Al-Quran dan Sunnah bukan mengikut kata-kata orang lain.' Tambahnya.  

Beliau berkata demikian di depan lebih 3,000 hadirin di  program jelajah Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah siri ke empat di Dewan Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kamarudin dilahirkan sebagai seorang Katholik sebelum memeluk Islam pada tahun 1988.

Sejak tahun 1995 beliau memimpin IPSI yang aktif menjalankan kerja-kerja dakwah dan kebajikan.

Dalam ucapannya yang menarik perhatian hadirin, Kamarudin memberikan beberapa contoh untuk menunjukkan bagaimana kelonggaran akidah dan pengaruh  wang ringgit boleh menyebabkan orang Islam murtad.

Beliau memetik contoh  seorang  Melayu berusia 19 tahun menukar agama gara-gara sebuah telefon bimbit sahaja.

'Kita semua harus bersatu mencari jalan untuk memperkasakan iman ummah. Di mana kekuatan ummah? Bukan dengan wang ringgit tetapi dengan iman, dan iman itu perlu dibajai dan disuburi dengan kefahaman Al-Quran dan Sunnah,' kata beliau.

Kamarudin juga mempersoalkan kesediaan pihak berkuasa Islam di Pulau Pinang membela nasib umat berbanding pihak yang menerajui pengembangan agama lain.

'Di Jalan Burma, Persatuan Buddha sudah ada bangunan 21 tingkat, (malah) di belakang bangunan itu lagi dia bina lagi 21 tingkat. Untuk apa? Untuk memberi khidmat. Dalam persatuan Buddha itu ada klinik dialisis, kebanyakkan orang Melayu yang guna khidmat itu,' kata beliau.      

Himpunan yang bertema Selamatkan Aqidah  turut menampilkan artis-artis nasyid daripada Pertubuhan Munsyid yang mengalunkan zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dan rasul.

Antara artis yang memberikan persembahan ialah kumpulan Far East, Mestica dan Mu’az. 

Selain Kamarudin antara pemidato yang turut hadir dalam program HIMPUN ini adalah Presiden HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid, Timbalan Presiden HIMPUN, Abdullah Zaik Abd Rahman, Pengarah Sekretariat HIMPUN Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin dan Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

No comments:

Popular Posts