Saturday, January 14, 2012

#saveSgor Jika BN menang kadar sewa kekal

Janji Najib jika BN kembali tadbir Selangor
http://www.sinarharian.com.my/politik/janji-najib-jika-bn-kembali-tadbir-selangor-1.18052

NOOR AZURA SAHRIL & AHMAD NORMAN ABU TALIB
January 14, 2012

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kadar sewa di Kompleks Perbadanan Negeri Selangor (PKNS) kekal, sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks PKNS, hanya boleh dilakukan menerusi rundingan dengan Kerajaan Negeri.

"Untuk mengambil alih, Kerajaan Pusat perlu berunding dengan Kerajaan Negeri dan pastinya mereka akan meletakkan syarat dengan lebih ketat.

"Jadi lebih mudah kalau ambil alih Kerajaan Negeri. Kalau ambil alih, kami akan batalkan rancangan mereka," katanya yang disambut sorakan gembira oleh peniaga.

Beliau berkata demikian ketika meninjau premis perniagaan dan ramah mesra bersama peniaga di Kompleks PKNS, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed.

Najib berkata, beliau memahami kesulitan yang dihadapi peniaga berikutan tindakan Kerajaan Negeri menaikkan kadar sewa sebanyak 100 peratus.

"Saya telah berbual-bual dengan peniaga dan dapat merasakan kesedihan yang mereka lalui..., perniagaan merosot tetapi kadar sewa dinaikkan 100 peratus.

"Walaupun kadar sewa di sini masih rendah daripada kompleks yang lain, kenaikan 100 peratus, adalah keterlaluan. Tindakan Kerajaan Negeri itu bukanlah langkah yang tepat kepada rakyat," katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, dengan langkah itu, masa depan peniaga di Kompleks PKNS dapat diselamatkan.

Kenaikan sewa lot perniagaan di kompleks tersebut dikaitkan dengan penjualan tiga aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu Kompleks PKNS, SACC Mall di sini dan Menara PKNS di Petaling Jaya kepada sebuah syarikat pelaburan, Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT).

Dalam pada itu, mengulas permintaan Pengerusi Persatuan Peniaga Kompleks PKNS, Amran Yahya supaya Kompleks PKNS dijadikan ikon pelancongan di negeri ini, Najib berkata perkara itu akan dirundingkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Popular Posts