Monday, January 9, 2012

Saiful pasrah dengan keputusan mahkamah dunia #Justice4Saiful #bebasAnwar901



Jika tidak dunia, di Masyar PASTI...kata Saiful Bukhari Azlan


http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/saiful-mahu-pendakwa-failkan-rayuan-di-mahkamah-rayuan.html

Saiful Bukhari Azlan tidak hadir di mahkamah semasa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat dimana bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah.

Kalangan wartawan asalnya tercari-cari dia untuk mendapat komen mengenai keputusan berkenaan.

Kira-kira sejam selepas keputusan diumumkan,menerusi twitternya Saiful berkata : "Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,"

Dalam blognya kemudian dia menulis beliau berharap pihak pendakwa membuat rayuan kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Katanya:


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya.

Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang.

Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk di adili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu, Saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau  yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.

Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.

Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)


Kepada Allah saya berserah.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN

2 comments:

Anonymous said...

Jika hakim berpendapat bahwa Saiful adalah saksi kredibel, atas dasar itu saja tidak salah disisi undang-undang utk hakim menyabitkan OKT.

Persoalan seterusnyanya, apakah ianya selamat untuk OKT disabitkan. Undng-undang keterangan jelas dalam perkara ini, jika Hakim telah mengambil kira bahaya menggunakan keterangan seorang accomplice (orang yang bersubahat - Saiful orang tersebut), sabitan itu bukan sahaja tidak salah disisi undang-undang, tetapi dikira selamat juga.

Adalah penting utk kita faham bahawa OKT berdiam diri bila dipanggil membela diri.

Keterangan-keterangan saksi-saksi yang lain juga menyokong keterangan saiful termasuk keterangan DNA juga.

Pun begitu, pandangan hakim betul atau tidak, ianya mengikat pihak-pihak tertakluk kepada rayuan.

Pada saya, OKT tidak boleh terlalu bergembira.

ini adalah pandangan kasar sahaja kerana perlu teliti nota keterangan dan alasan penghakiman terlebih dahulu.

Pensyarah undang2 (keterangan dan prosedur jenayah)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

menarik - ada pandangan dari pengamal undang2 yang lain? :)

Popular Posts