Friday, January 20, 2012

Fitnah Malaysiakini: Papagomo, Parpukari blogger bebas



Semalam selepas forum Budi Bicara Twitter Jaya, wartawan Malaysiakini, The Sun dan sebuah akhbar lagi telah menemu ramah saya mengenai perang siber dan cybertroopers UMNO. Malangnya semangat Budi Bicara Twitter Jaya tidak dihayati dengan baik menyebabkan kenyataan saya dilapor secara salah dan diambil di luar konteks. 

Malaysiakini menulis - 

"Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan."


Seingat saya, kenyataan saya adalah seperti di bawah;



Pertama, saya menyatakan dengan jelas bahawa Parpukari dan Papagomo adalah `independent bloggers' (blogger bebas) dan kita tidak boleh meletakkan sebarang syarat dan peraturan ke atas mereka kerana mereka bukan jentera parti. Saya ada maklumkan juga bahawa jangan kita mengikat perbincangan kita dengan sebarang nama tertentu. 

Kedua, saya hanya boleh menetapkan syarat dan peraturan kepada jentera parti, seperti mereka yang berada di dalam Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO; tetapi akhirnya sebagai blogger dan cybertroopers mereka mungkin ada pendirian mereka sendiri kerana mereka tidak memasuki alam siber kerana mereka mahu terikat dengan peraturan-peraturan tertentu. Apa lagi apabila kita sendiri bersetuju dengan dasar untuk tidak menapis dan menyekat kandungan di internet.

Jadi konteks yang betul mengenai kenyataan "Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," adalah ""Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal (independent blogger seperti) mereka?." 

Ketiga, sebagai independent bloggers dan cybertroopers yang bukan jentera parti mereka mempunyai pendekatan yang berbeza dengan jentera parti. Dalam keadaan tertentu mereka juga mengkritik dan menyerang pemimpin BN. Jadi kenapa kita hanya diminta mengawal mereka apabila mereka mengkritik dan menyerang pemimpin pembangkang?

Macam mana la kita nak berbaik-baik dan berbaik sangka di dalam alam siber kalau macam ni?

6 comments:

hitch said...

pukimak la lu faisal...!bloggers PR buat posting ada fakta ker??..ada bukti ker??..semua main fitnah dan serkap jarang...tapi org2 dia kecoh ker??..ada yg komplen ker??...itupasal kalo ikut cara ko mmg cara kuno...byk defensif dari offensif.....!Sbgai Cth isu NFC...ko pun terkial2 nak jawab....x tau nak korek dari sumber mana....harap makan gaji buta....
Budak2 skrg suka posting yg panas2 dan pedas2...biar pedih pembangkang baca....ko ingat dgn cara melankolia ko tue...rakyat akan suka ke??....menyampah adala...
sepatutnya ko ajar MalaysiaKini dan berok2 dia supaya lebih adil dan tepat buat posting....jgn main hentam jea....
Bodoh la lu faisal.....lebih baik ko gentel jea teloq sikhairy tue...

Anonymous said...

Alhamdulillah

Anonymous said...

apa pun aku sokong tun faisal.blogger mmg ada pandangan masing2 seperti papagomo,parpukari dan yg lain2,satu blogger aku tgk makin famous badut rakyat,dia byk fakta bro.apa kata ko tgk fakta yg dia buat,inilah baru di namakan blogger.apa pun perjuangan mereka bebas.kenapa dgn hitch tu bebal nak mampus...semua blogger ada fakta dan PR jer x ada faktta...rakya akan suka bro kalau baca fakta

gombakharapan said...

Salam Tuan , harap dapat tuan link kan blog sy ke blog hebat tuan , blog tuan tlh sy link kan ke blog saya http://gombakharapan.blogspot.com

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

bro, anonymous, hitch tu salah makan obat :P. ok gombak harapan, nanti saya linkkan. jangan lupa untuk link blog saya jugak :)

Azhar said...

hitch nii memang betul tertelan ubat lebih tu yang dia cakap merapu tu ... senang nya lu cakap org bodoh lu tu hitch pandai sangat keee bawa bawa laa bertaubat sebelum lu hitch dilaknat oleh Allah

Popular Posts