Friday, January 6, 2012

Akhbar Cina Ku Li, bukan Wan Azizah, Hadi atau Azmin jadi PM jika PR menang

Sinchew Daily News
Calon pengganti Anwar Ibrahim?
Ruangan dalam negeri m/s 26
6 Januari 2012

Pakatan Rakyat Kenal Pasti Ketua Pemimpin Pembangkang
Dijangka Ku Li Jadi Pengganti Anwar Ibrahim

Laporan: 余秘葉 Yee Pee Yurk (terjemah Mandarin)' berita yang diterima, pengganti Anwar Ibrahim hanya seorang "pemimpin lama waktu lampau" bagi memastikan Pakatan Rakyat dapat ambil alih Putrajaya'.

5hb Petaling Jaya, maklumat yang diperolehi dari akhbar ini, Pakatan Rakyat telah kenal pasti Veteran UMNO Tengku Razaliegh sebagai pengganti pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim di parlimen. Mendapat Persetujuan DAP Dan Pas.

Maklumat memberitahu Sinchew Daily News, Pakatan Rakyat telah kenal pasti pemimpin mereka pada waktu PRU ataupun selepas PRU yang perlu mempunyai banyak aspek, termasuk dipesetujui oleh DAP dan Pas, orang ini semestinya ahli parlimen dan juga orang Melayu. Namun begitu sumber maklumat memberitahu, pengganti Anwar Ibrahim adalah bekas seorang pemimpin lama Pakatan Rakyat, bagi membuka jalan untuk Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya.

Jika Masuk Ke Putrajaya Dia Akan Jadi "Pengganti Perdana Menteri"Jika pada PRU kali ini Pakatan Rakyat dapat masuk ke Putrajaya, Ku Li akan menjadi pengganti perdana menteri Pakatan Rakyat, sehingga Anwar Ibrahim mendapat keampunan dari yang di Pertuan Agong, barulah jawatan perdana menteri itu diserahkan kepada Anwar Ibrahim."Maksud pengganti yang disebut Anwar Ibrahim itu ialah "pengganti perdana menteri", orang ini mesti perlu mendapat persetujuan dari DAP Lim Kit Siang, pengerusi Pas Hadi Awang dan Datin Seri Wan Azizah.

"Selepas PRU 2008, wikipedia telah bocorkan maklumat, pada masa itu Anwar Ibrahim cuba merancang tarik ahli-ahli BN lompat parti, pada 16 September akan berlaku rampasan kuasa jatuhkan kerajaan BN, namun selepas percubaan itu gagal, beliau telah tukar taktik cuba memujuk veteran UMNO Tengku Razaliegh, diharap ia memberi impak yang boleh menarik wakil-wakil rakyat UMNO lompat ke Pakatan Rakyat.

Mengikut maklumat laporan dari wikipedia, telegram rahsia yang dikeluarkan oleh kedutaan Amerika Syarikat menyatakan, rancangan Anwar Ibrahim tidak berjaya, kerana Ku Li bertahan mahu jadi perdana menteri, dimana PKR menjangkakan, Ku Li paling banyak hanya mampu menarik masuk 4 hingga 5 ahli parliman dari kalangan UMNO.

Bermula pada tahun lepas, dalam arena politik tersebar kuat dimana Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan sulit memujuk Tengku Razaliegh, untuk pesediaan apabila jika Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kes liwat, Ku Li akan jadi pemimpin pembangkang.

Jika Dijatuhkan Hukuman Penjara Calon Pengganti Akan Diumumkan

Anwar Ibrahim semasa menerima wawancara dari akhbar ini memberitahu, Pakatan Rakyat telah kenal pasti calon penggantinya, apabila jika pada 9 Januari beliau dipenjarakan, Pakatan Rakyat akan umumkan calon penggantinya.

Ada maklumat memberitahu, Anwar Ibrahim sudah banyak kali "perbincangan sulit" dengan Tengku Razaliegh, rahsia itu sudah bukan jadi rahsia lagi, Lim Kit Siang dan Hadi Awang pun sudah tahu perkara itu, dan mereka juga bersetuju rentak rancangan kerjasama itu.Pada bulan November tahun lepas Ku Li mengumumkan dimana dalam parti UMNO tiada ruang untuk bersuara, dengan itu memutuskan menubuhkan NGO "Angkatan Amanah Merdeka", difahamkan beliau menubuhkan angkatan itu bagi laluan beliau keluar dari UMNO untuk perkemas angkatan itu. Tetapi Ku Li sudah menafikan berita-berita sangkaan itu.

Ku Li pernah memegang jawatan menteri kewangan, buat masa ini beliau adalah ahli parlimen Gua Musang Kelantan. Pada tahun 1980-an dalam perebutan kuasa dalam UMNO, Tengku Razaliegh pasukan UMNO B, Mahathir pasukan UMNO A yang bertentangan, selepas kalah beliau keluar dari UMNO menubuhkan parti semnagat 46, selepas itu beliau bubarkan semangat 46 kembali semula kepada UMNO.

"Pakatan Rakyat tidak bercadang untuk melantik pegerusi PKR Datin Seri Wan Azizah sebagai pengganti, kerana beliau bukan ahli Parlimen, Wan Azizah juga tidak dapat bertanding pada PRU akan datang, sebab itu beliau tiada jodoh untuk menjadi perdana menteri perempuan yang pertama yang boleh melakar sejarah negara ini."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Popular Posts