Friday, January 6, 2012

#bebasAnwar901 Polis benar perhimpunan di Jalan Duta atau demonstrasi jalanan?




 Shamsul Iskandar 

Persetujuan dicapai dgn  utk perhimpunan solidariti utk 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun 




 Syed Shah Syed Osman 

Polis benarkan himpunan aman 901 diadakan di tapak parking mahkamah tinggi. 


Nota: Betul ke? Berita masih belum disahkan. So kita tunggu kenyataan rasmi. Jika benar berita ini, Rally dan Assembly dua perkara berbeza. Jadi fahamkan maksudnya dan pastikan keamanan dan elakkan menyusahkan rakyat. Mudah-mudahan penganjur - PKR, akan mengikut arahan dan tidak melampaui batasan. Ia adalah perhimpunan aman, jika tidak mampu kawal peserta, lebih baik jangan buat. Jika berlaku sebarang kemusnahan dan kehilangan nyawa, PKR jangan lupa bayar pampasan yang sepatutnya, jadi elok buat taklimat kepada semua peserta dan minta mereka tanda tangan indemnity form. Untuk elak sebarang kecelakaan, buat insuran berkelompok juga. Mana la tau, kot-kot ada yang mati dua kali macam Suhardi, bolehlah dia claim double ... :P ... larikkk..


Police: Free Anwar rally can be at car park of Jalan Duta court complex
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F1%2F6%2Fnation%2F20120106121703&sec=nation&utm_source=dlvr.it&utm_medium

KUALA LUMPUR: The "Free Anwar 901" gathering on Monday would be held at the car park of the Kuala Lumpur Court Complex in Jalan Duta here.


City police chief Datuk Mohamad Salleh said this was decided at a meeting between the police and PKR deputy president Azmin Ali on Friday.


"Following the discussion, they have decided and promised to have a peaceful gathering at the car park," Salleh told a press conference.



Kenyataan semalam...


Polis benar Perhimpunan 901...tapi bukan depan Mahkamah Jalan Duta
KHAMIS, 05 JANUARI 2012 17:49 ADMINISTRATOR  


Perhimpunan 901 tidak boleh diadakan di depan Kompleks Mahkamah, di Jalan Duta, Kuala Lumpur yang akan membuat keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin ini, sebaliknya boleh dibuat di lokasi lain.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar khas petang Khamis bahawa keputusan ini agar ia tidak menganggu ketenteraman awam.

Beliau memberitahu pihak penganjur perlu bertemu dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh bagi membincangkan lokasi yang bersesuaian untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Kami boleh benarkan perhimpunan itu dijalankan tetapi bukan di mahkamah. Mereka boleh berhimpun di tempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan kelancaran trafik.

"Walaupun undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 belum diwartakan, kami sedia membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu dengan syarat mereka membatalkan perhimpunan di hadapan mahkamah itu bagi menjaga kepentingan umum," katanya.

Beliau berkata jika nasihat untuk membatalkan perhimpunan itu tidak diendahkan, pihaknya bersedia untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan bersesuaian supaya tidak terjadi kekacauan dan juga tekanan kepada mahkamah.

Sementara itu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali memberitahu dalam satu kenyataan beliau akan mengetuai satu delegasi dalam perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur jam 10 pagi Jumaat.

Menurutnya, kesediaan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan pihaknya adalah dialu-alukan.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada Isnin depan dalam kes pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Dalam perkembangan berkaitan kepada wartawan selepas majlis perjumpaan bersama warga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Pangkalan FRU Cheras di Kuala Lumpur pagi Khamis Ketua Polis Negara berkata polis akan menggunakan pendekatan proaktif bagi menghadapi kemungkinan perhimpunan haram yang dirancang diadakan Isnin ini.

Beliau percaya dengan kemampuan dan kesiapsiagaan FRU dalam menangani apa jua kemungkinan dan ujian mendatang.

"Mungkin dalam masa terdekat ini, sekali lagi kita akan diuji di dalam perhimpunan yang mereka namakan 901 dan saya amat yakin serta percaya pasukan FRU terutamanya telah bersedia dan mampu menghadapi apa jua kemungkinan yang datang.

"Keyakinan itu adalah atas faktor pengalaman lepas, pendedahan modul latihan yang lebih mantap berserta panduan dan bimbingan pucuk pimpinan (pasukan) yang telah diperoleh," katanya.

Bernama melaporkan sehubungan itu, Ismail mengingatkan warga FRU supaya menjaga setiap gerak-geri, nama baik pasukan serta senantiasa memberikan perkhidmatan terbaik dalam setiap tugasan kerana ada pihak yang tidak berpuas hati serta mempunyai agenda tersembunyi seringkali sengaja mencari kesalahan untuk mencalarkan imej pasukan.

"FRU juga perlu menggunakan pendekatan 2F iaitu 'Friendly and Flexibility' yang mana pendekatan ini bukan bermakna kita harus mengalah tetapi lebih kepada menyesuaikan diri dalam apa juga bentuk tugasan, dengan seboleh-bolehnya meminimumkan kecederaan," katanya.

Justeru, katanya, warga FRU khasnya perlu mempersiapkan mental dan fizikal serta latihan bertahap tinggi bagi berhadapan dengan fenomena itu untuk mengelakkan sebagai liabiliti kepada pemerintah dan sebagai kambing hitam di negara sendiri.

FRU, yang mempunyai kekuatan 2,400 pegawai dan anggota di seluruh negara, berjaya menangani dengan cemerlang lebih daripada 90 insiden yang melibatkan ketenteraman awam sejak Disember 1955, katanya.-5/1/2011





No comments:

Popular Posts