Kebencian antara penganut agama dan kaum adalah permainan DAP selama ini?
Hasan Ali salah seorang dari ramai pemimpin PR yang mulai sedar bahana dan malapetaka
akibat permainan politik sosialis di dalam DAP dan PKR
Dipetik dari blog Pisau.
http://www.pisau.net/2011/12/melayu-rasis-20-dap-anti-umno-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+pisau%2FBZGW+%28PISAU.NET%29
DAP Anti Umno, Di Sebalik "Asal Bukan Umno" Pt 1
Filed Under ( melayu rasis ) by pisau on 23.12.11
Siri melayu rasis kali ini membicarakan bagaimana pengaruh DAP mencorakkan ideologi politik pakatan. Penafian para penyokong pakatan yang mereka bukanlah tunggangan dan alat kepada DAP sebenarnya ditutup oleh kurangnya pengetahuan mengenai sejarah.
Pisau melihat penyokong pakatan secara semborono,atas dasar marah dan emosi hinggakan mereka sendiri tidak nampak apa yang diperjuangkan oleh mereka.Pelbagai jenis bentuk kebencian ditanam didalam pemikiran orang melayu agar membenci kepada parti nasionalis Melayu.Kenapa?
Baru baru ini Pisau menulis artikel mengenai Umno adalah musuh utama DAP. Parti chauvanis ultrakiasu yang rasis ini terang terangan mengistiharkan parti nasionalis orang melayu sebagai musuh yang harus dihapuskan.Entri itu mahukan pendapat para pembaca kenapa DAP begitu memusuhi Umno.:klik sini
Pelbagai macam pendapat,tetapi tidak menjuruskan sebab dan kenapa DAP begitu memusuhi Umno dan sejarah perjuangan DAP yang konsisten memperjuangkan Malaysian Malaysia.
Kemudian perkembangan terkini apabila gerembolan PKR pula melancarkan ABU(Asal bukan Umno) ,menariknya golongan seperti CheguBard dan gerembolannya sama ada sedar atau tidak telah dijadikan sebagai tunggangan DAP untuk melaksanakan grand design menakluk negara.
Perancang strategik PAP berpendapat parti nasionalis Umno hanya mampu dihapuskan jika melayu sendiri yang menyerang institusi itu sendiri.Maka kempen membenci Umno dilaksanakan dan DAP sejak sekian lama telah memasukkan jarum dan makin menampakkan hasil semasa kempen PRU12.
Orang melayu Islam PAS atau pun PKR sebenarnya tenggelam didalam ideologi politik pakatan tanpa mengambil kira apakah perjuangan DAP sebenarnya,sama ada sedar atau tidak perjuangan pakatan bukanlah perjuangan 3 parti tetapi lebih kepada perjuangan DAP.
Kalangan mereka yang menyokong membuta tuli kempen ABU tak lebih kepada menjadi alat DAP meluaskan pengaruh mereka.
Amat lemah dalam pengetahuan sejarah menjadi punca yang membarah kenapa orang melayu sanggup menyokong ideologi DAP .Hinggakan ada juak pakatan menyalahkan Umno kononnya menjadi punca kehilangan Singapura.
Hujah dangkal tanpa usul periksa ini membuktikan betapa pemalasnya melayu hingga terus menyalahkan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama sendiri tanpa mengetahui sejarah disebalik perpisahan Malaysia dan Singapura.
Kenyataan Lim Kuan Yew yang mahukan Singapura bergabung kembali bersama Malaysia sejak 1997.
Dan pada 2004 Lim Kuan Yew didalam satu wawancara TV di Shanghai pernah berkata Singapura akan menyertai Malaysia semula tetapi dengan syarat Umno harus dihapuskan, setiap orang harus diberi kesaksamaan dan keadilan berdasarkan meritokrasi.
Dan sekali lagi 3 tahun kemudian ,2007 Lim Kuan Yew menyatakan hal yang sama
SINGAPORE, Oct 11 (Bernama) -- Some 10 years after remarking that Singapore might rejoin Malaysia if the island state's economy faltered and if Malaysia pursued meritocracy, Minister Mentor Lee Kuan Yew has again spoken on the subject.
Jika anda perhatikan,setiap kali kenyataan Lim Kuan Yew bercakap mengenai meritokrasi sama rata dan pengabungan adalah hampir kepada setiap pilihanraya umum di negara kita. Adakah Lim Kuan Yew bercakap bagi pihak DAP?
Baca artikel penuh di:
http://www.pisau.net/2011/12/melayu-rasis-20-dap-anti-umno-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+pisau%2FBZGW+%28PISAU.NET%29
No comments:
Post a Comment