Saturday, December 24, 2011

Pas #PenyamunRakyat? Rakyat Kelantan bangkit tentang penindasan diktator





Kenali proksi PAS untuk PERAH duit rakyat di KELANTAN
Posted on Jumaat, 23 Disember 2011by MymassaVoice in
http://mymassa.blogspot.com/2011/12/sensatimur-syarikat-proksi-pas-untuk.html

Peniaga Pasar Lama MPKB buat laporan kepada SPRM

31/03/2011 6:05pm

KOTA BHARU 31 Mac – Kira-kira 30 peniaga Pasar Lama MPKB membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi menggesa siasatan dibuat berhubung transaksi wang bernilai RM44.8 juta membabitkan urusan jual beli pasar itu, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru.

Peniaga terbabit mendakwa, transaksi tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan Kerajaan Pas Kelantan dikatakan telah menjual Pasar Lama MPKB dengan nilai RM3.8 juta kepada sebuah syarikat swasta dan pada masa sama membeli tingkat satu Bazar Tengku Anis dengan harga terlalu tinggi iaitu RM18 juta untuk menempatkan mereka di situ.

Mohd. Zaman Yusoff yang mengetuai kumpulan peniaga terbabit berkata, Bazar Tok Guru juga perlu disiasat, bagaimana bazar itu yang asalnya dibangunkan oleh Perbadanan Menteri Besar kelantan (PMBK), akhirnya terpaksa dibeli balik daripada pemaju swasta dengan jumlah RM23 juta.

"Kami mahu tahu kenapa Kerajaan Pas Kelantan jual Pasar Lama MPKB dengan harga hanya RM3.8 juta tapi beli Bazar Tengku Anis dengan harga sangat tinggi bernilai RM18 juta untuk tempatkan peniaga yang asalnya berniaga di Pasar Lama MPKB.

"Lepas tu tanpa pasal-pasal boleh pula beli Bazar Tok Guru berharga RM23 juta, sedangkan asalnya memang milik Kerajaan Pas Kelantan. Kenapa perlu beli balik," tegasnya ketika ditemui di pekarangan pejabat SPRM Kelantan di sini, hari ini. - Utusan

                                                               ************************

Bukannya kami menentang pembangunan yang cuba dibawa oleh Kerajaan PAS ke Kelantan. Kami menentang bagaimana cara ianya dilakukan dan diagihkan kepada rakyat.


PAS tidak sudah-sudah menjaja ke seluruh negara tentang bagaimana UMNO menyelewengkan wang rakyat melalui projek-projek pembangunan. Walaupun sejarah selama lebih 50 tahun telah membuktikan begitu ramai orang Melayu yang telah berjaya dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup mereka.


Kalau PAS dakwa UMNO gemar mengamalkan kroni pula, bagaimana keadaannya dengan semua projek-projek MEGA di seluruh Kelantan yang dimonopoli oleh syarikat proksi menantu MB? Lebih menyedihkan, sudahlah menelan kos sehingga ratusan jutaan ringgit, apabila siap, ia hanya menjadi projek Gajah Putih kerana rakyat tempatan tidak mampu menyewa atau membelinya!


Jadi apakah gunanya pembangunan seperti itu yang hanya menguntungkan segelintir pihak yang rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan?!! Lebih teruk jika akhirnya ia dibeli dan dikuasai oleh orang 'luar'!


Maka sebenarnya dapatlah disimpulkan, apabila PAS Kelantan merobohkan tumpuan tradisi ekonomi orang Melayu dengan alasan untuk membangunkannya, sebenarnya mereka sedang membuka ruang kepada tuan fuckatan mereka (iaitu DAP) untuk mengambil alih dan berkuasa tidak lama lagi! 

3 comments:

Anonymous said...

aku sedih betul dgn perkara ini sedangkan org kelantan tak sedar2 lagi, mereka tetap menyembah nicky ajis yg tengah nazak tu dan pantang nama dap dicuit, terus dipertahan. MASYAALLAH, YA ALLAH, APAKAH HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN DAN KEADAAN YG SEDANG BERLAKU KPD ORG ISLAM DI KELANTAN SEKARANG? JGNLAH KAU DTGKAN BALA KPD KAMI YG TIDAK SANGGUP KAMI MENANGGUNGNYA...AMEEEEEN

Anonymous said...

aku sedih betul dgn perkara ini sedangkan org kelantan tak sedar2 lagi, mereka tetap menyembah nicky ajis yg tengah nazak tu dan pantang nama dap dicuit, terus dipertahan. MASYAALLAH, YA ALLAH, APAKAH HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN DAN KEADAAN YG SEDANG BERLAKU KPD ORG ISLAM DI KELANTAN SEKARANG? JGNLAH KAU DTGKAN BALA KPD KAMI YG TIDAK SANGGUP KAMI MENANGGUNGNYA...AMEEEEEN

Makan Cabai said...

Salam bro, tolong sebar kempen ni.

http://mintcandycandy.blogspot.com/2011/12/selamatkan-mahasiswa-kita-ayuh-sebarkan.html

Popular Posts