Tuesday, December 27, 2011

Rasisme untuk sekat syarikat Bumiputera yang berdaya saing!


Agenda rasis: Boikot dan Berhenti beli roti Gardenia

[Nota: Jika pendedahan ini benar maka ini bukan kali pertama kita dengar tentang agenda untuk memboikot dan mensabotaj perniagaan Bumiputera. Sebelum ini kita mendengar tentang cerita sekatan untuk memperolehi franchise Kopi-tiam Old Town, penyekatan peluang melalui iklan kemahiran berbahasa Mandarin, kenyataan-kenyataan berbau rasis semasa temuduga dalam lapangan jualan dan pemasaran, penurunan harga mendadak oleh Persatuan Perniagaan untuk membunuh terus penyertaan syarikat Bumiputera dalam bidang-bidang perniagaan tertentu dan banyak lagi yang membuktikan bahawa agenda RASISME di kalangan orang Cina memang nyata dan berlaku. Siapa yang membakar sentimen ini sebenarnya? Di bawah - didedahkan tentang siapa Cina Rasis dan apa yang mereka bualkan di dalam tulisan Cina di fb. Sekarang dah tahu dan sedar siapa RASIS sebenarnya?]

Panas! Kempen Memboikot Produk Gardenia Milik Usahawan Melayu! Panggil Melayu BABI!
Dipetik dari blog Cucu Tok Selampit
http://khairulryezal.blogspot.com/2011/12/panas-kempen-memboikot-produk-gardenia.html


Panas! Kempen Memboikot Produk Gardenia Milik Usahawan Melayu! Panggil Melayu BABI!
Kini tersebar luas di internet terutama di laman-laman sosial Facebook, dari segelintir kaum Cina yang mengesa bangsanya tidak memberi sokongan kepada perniagaan Melayu, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan usahawan Melayu. 

Laman Facebook dan e-mail yang disebarkan menyeru agar memboikot roti Gardenia kerana syarikat berkenaan dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (BERNAS) dan ramai orang-orang Melayu mempunyai kepentingan di dalam perniagaan tersebut.

CTS memetik beberapa kenyataan yang dibuat di dalam laman Facebook berkenaan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta, malahan ditambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiaya oleh orang Melayu dan perniagaan milik Raja Gula, Robert Kuok yang mengeluarkan produk roti Massimo disabotaj oleh TS Syed Mokhtar Al Bukhary.



Terjemahan:

23 November 2011; 11;28PM; Butter Lau
Mereka dengki dengan kejayaan orang lain. Apa bezanya Melayu dengan pencuri.

24 November 2011; 1:37AM
Pergi mati Melayu babi! Tidak ada kelebihan! Jadi mereka mencuri!! Orang Melayu memang lowclass!!

24 November 2011; 2:49PM; Becky Wong
Tanpa orang Cina yang membantu orang Melayu, boleh ke mereka hidup sampai sekarang? Ambil balik duit yang pernah kita bagi, semua babi-babi ini takkan mampu buat apa-apa. Tak lama lagi mereka akan tahu akibatnya. Mana ada 1Malaysia. Semuanya tipu! Mereka suruh tolak dikriminasi kaum tapi mereka yang mengamalkannya??

24 November 2011; 5:14PM Steven Long
Matilah Melayu babi gemuk mak dia.

Kerana dek rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka! Kini mereka telah melampaui batas dengan mencetuskan sentimen perkauman. Ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti "PERGI MATI MELAYU BABI", "MELAYU BODOH"dan sebagainya. Jika taktik ini berterusan, dikuatiri bukan sahaja akan meberikan kesan kepada peniagaan Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian dan perbalahan di antara kaum.

CTS tidak pernah mengenali roti Mossima seperti yang diwar-warkan dan tidak pernah membelinya. CTS telah melanggan roti Gardenia sejak sekian lama dan tidak pernah mengalami sebarang masalah dengan produk berkenaan. CTS gemarkan citarasa roti berkenaan yang sedap, lembut dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Tidak ada sebab CTS hendak bertukar kepada jenama yang lain. 

Apakah kempen yang dijalankan oleh Tony Pua dan DAP untuk memburuk-burukkan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ada kaitan dengan kempen di atas yang bertujuan untuk menjatuhkan usahawan-usahawan Melayu yang rata-ratanya terlibat di dalam KR1M? CTS bukan perkauman, namun kempen di atas adalah keterlaluan, dalam kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

No comments:

Popular Posts