Thursday, December 1, 2011

@NajibRazak kata blogger UMNO memang tidak boleh diharap? #PAUmno


Tadi saya dikejutkan oleh seorang pembahas usul, apabila dalam pembentangannya disebut bahawa "perjuangan UMNO dibantu oleh hanya beberapa kerat blogger", maka disebabkan itu beliau menyeru agar lebih ramai ahli UMNO menguasai media baru. [Sebenarnya tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan Presiden UMNO YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pun].

Saya sangat bersetuju dengan pandangan beliau bila mengatakan bahawa lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO perlu menguasai media baru atau media siber dalam jihad memerangi pembangkang. Ini amat konsisten dengan apa yang Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO lakukan sejak penubuhannya pada tahun 2009 dan apa yang saya sebutkan di dalam wawancara dengan Radio Bernama24.



Bagaimanapun saya tidak dapat bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa perjuangan UMNO ketika ini hanya bergantung kepada beberapa kerat blogger. Untuk pengetahuan beliau, ahli-ahli UMNO dan ramai pembaca di luar sana; sebenarnya semalam saya telah membuat susunan Ranking Top 45 Blogger Pro-UMNO/BN. Dari dapatan saya; dalam Ranking Top 20 Bloggers Pro-UMNO/BN yang tidak rasmi - lebih separuh daripadanya adalah blogger-blogger yang bersama Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Berdasarkan senarai ranking tidak rasmi yang dibuat tadi, blog tun faisal dot com sendiri berada pada tangga ke-12.

Memang menjadi pendirian saya untuk tidak menghebahkan perkara ini, sebab itu saya hanya berdiam diri sahaja sebelum ini. Jika pembahas ini tidak menyebut fakta yang salah di dalam Dewan Merdeka, di mana berlangsungnya Mesyuarat Agung UMNO, mungkin saya akan terus mendiamkan diri. Bagaimanapun kerana ia berlaku di dalam rumah UMNO, maka saya rasa terpanggil untuk membetulkan fakta ini agar pembahas tersebut mengetahui keadaan sebenar.

Sebab itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin adalah BENAR apabila beliau memberi pengiktirafan kepada jentera parti Pergerakan Pemuda UMNO, iaitu Unit Media Baru (UMB) di dalam ucapan beliau.

14 comments:

Anonymous said...

setakat beli alexa rangking bolehlah.jgn nak kencing boleh?jgn bertindak terburu-buru utk membeli alexa rangking tu bro...

Anonymous said...

Kalo macam tu la boleh beli ranking alexa, mesti blogger tersohor macam Papa Gomo dan Parpu Kari yang namanya disebut dalam ucapan yang beli ranking. Itu pasal boleh jadi blogger top ranking.

Anonymous said...

anon 11:22pm betul juga tu apa yg ko ckp.tp,aku musykil juga.mcm mana yek pembaca blog tun faisal yg x ramai boleh naik alexa rangking.kalau skali klik 100 atau 200 lebih aku percaya boleh naik ranking.ini skali klik pembaca hanya 10 orang,20 orang tu xkan naik rangking tu? gle lah.aku rasa apa yg anon 10:48PM ckp tu ada betulnya...

bRAVEhEART said...

Hahaha! masih ada yg membina mimpi....

Anonymous said...

saudara braveheart..betul tu.mimpi yg tidak menjadi kenyataan.huhu..setakat guna alexa rangking nak minta belas kasihan dari pak menteri macam inilah jdnya.kalau byk terbongkar kisah pembangkang xper juga.ini setakat pembaca skali klik 10 org sampai 30 org baik x payah..kalau skali klik mcm blogger terhebat 200 ke 500 org dgn pembongkaran xper juga.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

tak perlu nak beli alexa mcm sorang blogger top ten la bro :) yg penting kesungguhan, jgn malas

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Kedua, juz nak buktikan, sebenarnya x perlu nak main2 gambar bogel, serang pemimpin or maki hamun, tetap ranking boleh naik. mungkin ada tips/ilmu yg x habis turun masa kursus kot? :)

Jeepers Creepers said...

UMB saja ke blogger UMNO? Habis blogger yang tak join mana mana group tapi membela UMNO tak dikira ke?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

yang tak UMB pun UMNO. saya sebut ttg UMB sbb dah terang2 ia jentera parti UMNO :)

Anonymous said...

anon 10:48, boleh beli ker ranking alexa. kalo ada info syer ler skit. kalo ranking create by US ni boleh ker kita beli. setahu au ler ranking nie alexa yang tentukan. kalo macam tuh sapa yang duduk ranking paling atas sure yang beli ranking walaupun bukan blog politik. ala, blog hiburan dan masakan tuh.

Anonymous said...

Tun Faisal jgn ckp mcm tu kt sama2 bekeja kuat supaya parti kt bejaya..kl kt asyek begaduh parti pmbangkang betepuk tangan..sy tek papagoma cool je..ne nasihat sya la..

Lisa dahlan said...

Saya pun sedihlah tengok blog-blog umno asyik tayang gambar lucah je. Anak saya yg 12 tahun tu hari tu terserempak dengan saya tengok blog lucah blogger umno. Kita ni dah tak ada modal lain ke asyik lucah-lucah... Malu kat puak pembangkang...

Saya bimbang rakyat semakin benci dengan umno kerana blog-blog penyokong kerajaan asyik keluarkan gambar lucah sebagai perang saraf...

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Tq Lisa Dahlan, ini yang saya cuba buktikan, mudah2an dapat menjadi inspirasi kepada anak-anak muda UMNO yang baru hendak berblog - bahawa tanpa memainkan gambar lucah, maki hamun dan tanpa menyerang pemimpin pun, masih ada yang akan membaca blog anda. Yang penting kena berusaha kuat dan selalu update blog.. :)

pemerhatikhas said...

Blog UMB banyak merapu aje, Nama tak senut kecil hati, hati kena kerns lah bro, jadi jantan bkn GAY

Popular Posts