Monday, December 19, 2011

Bank Dunia: Anwar, si Penipu Bersiri kantoi lagi?



[Nota: Tak habis-habis menipu. Kan dah kantoi!. Budak-budak ni jenis pemalas, jadi bila si penipu bersiri cakap je terus percaya. Sebab itu dari dulu sampai sekarang kena tipu. Dari racun arsenik, injection HIV, sakit tengkuk, 16 September, Liwat1, Liwat2 sampailah yang ni, masih kena tipu lagi. Jangan lupa masa Anwar mesra dulu dengan IMF dan Bank Dunia kami bukan macam budak-budak PR yang masih bersekolah rendah, tapi kami semua dah besar dan dah faham politik. Baca blog Novandri di bawah untuk tengok bagaimana Anwar kantoi lagi..]


BONGKAR ! Dokumen Anwar Ibrahim Puji Lambung IMF & KeadilanDaily Malu KANTOI !!

http://novandri.blogspot.com/2011/12/bongkar-dokumen-anwar-ibrahim-puji.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

Di bawah adalah dokumen ucapan Anwar Ibrahim semasa mesyuarat tahunan WBG dan IMF di Hong Kong, China pada tahun 1997.

Tahun 1997 - 1998 adalah tahun yang membawa malapetaka kepada negara apabila spekulator wang seperti rakan karib Anwar Ibrahim, George Soros Yahudi, merobek ekonomi negara Asia Timur. Ianya juga dikenali sebagai Krisis Ekonomi Asia 
1997-1998.

Anwar Ibrahim memuji IMF tinggi melambung kononnya katalis dan demonstrasi unik solidariti kawasan.

Tetapi akhirnya, negara-negara yang ditaja oleh IMF itu sengsara kecuali Malaysia! Terima kasih kepada Dr Mahathir!



Puji-pujian Anwar Ibrahim kepada IMF yang akhirnya ditolak oleh Tun Dr Mahathir!


Satu lagi perkara yang amat memalukan ialah kenyataan terbaru yang disiarkan di dalam KeldaianDaily. Lihat di bawah :-


Keldaian Daily kononnya telah 'berjaya melondehkan' Dr Mahathir dengan 'bukti' yang mereka ambil daripada The World Bank 

Dek 'bukti' itu, KeldaianDaily dengan bodohnya menulis :

Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar seterusnya
Mari kita lihat kembali asal-usul polemik 'bantuan Bank Dunia' ini. KeldaianDaily mungkin buta dan tidak tahu, lihat kenyataan di bawah.

Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawabekas perdana menteri ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan danasemasa krisis kewangan 1999.


Satu perkara yang kita mesti faham ialah Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 - 1998 bukannya 1999 seperti yang dinyatakan!

Laporan Keldaian Daily KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia' pula ternyata keluar dari topik diskusi dan kontroversi.

'Bukti' yang ditunjukkan oleh KeldaianDaily itu menunjukkan projek-projek negara Malaysia yang mendapat pinjaman daripada The World Bank, satu prosedur biasa yang dilakukan oleh negara-negara lain dalam dunia ini termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan lain-lain lagi.

1. The World Bank tidak sama dengan IMF, agensi kewangan yang dipuja oleh Anwar Ibrahim. 

2. Isu penolakan yang dimaksudkan ialah penolakan 'pakej ekonomi' IMF bukannya The World Bank. 

Satu lagi perkara yang MiM ingin sampaikan ialah kerajaan Malaysia telah melangsaikan semua pinjaman negara! Satu pencapaian yang sangat baik. Lihat di bawah:-
 

Kesimpulannya, polemiknya sekarang ialah semasa Krisis Kewangan Asia 1997-1998.

Isu penolakan yang dimaksudkan ialah penolakan 'pakej ekonomi' IMF bukannya The World Bank.


Ternyata KaldaianDaily gagal sekali lagi mempertahankan Anwar Ibrahim! MALU!

2 comments:

Anonymous said...

hmm!!...Keldaian, Keldaian daily daily ngong

bujai said...

BRAVO bro!

a good one!

Popular Posts