Tuesday, December 13, 2011

Aksi Kantoi! - Nampak sangat wakil rakyat DAP jarang turun padang


Hipokrasi pemimpin PR semakin nyata - atas sikap biadap Guan Eng
bawah - photo ops wakil rakyat PR yang paling bodoh


Wakil Rakyat KANTOI ! Foto Aksi Paling Bodoh Dalam Sejarah !!
Dari blogger Dr Novandri

Rupa-rupanya Lim Guan Eng lidah biawak dan kerajaan DAP Pulau Pinang telah membazir wang rakyat dengan mengedarkan risalah propaganda kepada rakyat Pulau Pinang.

Nama risalah itu ialah Buletin Mutiara. Dan sudah tentu risalah itu akan meniru bulat-bulat sifat Lim Guan Eng yang suka angkat bakul sendiri.

Di antaranya ialah laporan di bawah. Siapa yang tidak kenal dengan R.S.N Rayer, ADUN DAP yang telah menipu bulat-bulat penduduk Kampung Buah Pala.

Tidak berapa selepas kenyataan beliau itu, kampung buah pala dirobohkan!!

Rayer juga tetiba menonjol dalam arena politik negeri Pulau Pinang apabila membuat laporan polis kononnya beliau mendapat ugutan bunuh selepas menerjah P.Ramasamy the warlord.

Jika sekali imbas, laporan di bawah menunjukkan Rayer adalah seorang wakil rakyat yang 'selalu turun padang' dan 'sering' bergotong royong untuk mencegah jangkitan denggi.

Tetapi ada satu perkara yang amat kelakar dan pasti memalukan ADUN hingusan DAP itu!! Lihat foto di bawah :-


Tagline foto itu menunjukkan bahawa 'Rayer sedang menyembur tayar-tayar buangan yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk!' Anda nampakkah sesuatu yang pelik lagi bodoh?



Apabila MiM tunjukkan foto itu kepada seorang pelajar sekolah tingkatan 3, pelajar itu tergelak!

Katanya, "Kalau dah tahu itu tayar buangan, kenapa tak buang saja tayar itu? Buat apa mahu sembur-sembur lagi?"

MiM ketawa besar. Budak sekolah pun tahu yang Rayer itu telah memperbodoh-bodohkan diri beliau dengan 'menyembur tayar buangan'!

Dan jika beginilah bodohnya cara ahli politik DAP membasmi nyamuk aedes, patutlah Rayer terpaksa 'sering' turun ke padang mengadakan gotong royong!! Lawak lawak!!

No comments:

Popular Posts