Monday, November 14, 2011

#TeaterJutaJutaPUTRAJAYA penuh makna, jenaka dan kenangan manis


[Nota: Teater Juta Juta ke Putrajaya berakhir semalam. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan yang baik dan mendapat pujian dari ramai pengkritik filem dan teater. Ia juga mendapat review yang baik dari para wartawan media arus perdana dan juga para blogger.

Terima kasih rakan blogger BroFramestone.com kerana klip video di atas. Terima kasih juga atas sokongan dan kerana menonton Teater Juta Juta ke Putrajaya. Nampaknya Teater Juta Juta ke Putrajaya bukan saja menemukan saya dengan anak-anak muda yang kreatif dan berbakat, khalayak teater di dalam dan di luar Putrajaya, tetapi juga anak muda berbakat dalam bidang blog dan advetorial. Terima kasih atas review yang ditulis, dan untuk mengetahui lebih banyak lagi, sila ke blog BroFramestone di sini.

Di bawah, dipetik juga satu lagi review mengenai pementasan Teater Juta Juta ke Putrajaya. Terima kasih virgobiru & simplicity atas review yang menarik.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua rakan dalam team MASK dan Majlis Belia Kawasan Putrajaya yang terlibat dalam projek ini. Memang ianya bukan sesuatu yang mudah. Membawa sesuatu yang baru ke Putrajaya sememangnya mencabar, tetapi ia ibarat berenang di dalam lautan biru yang tenang dan belum tercemar. Untuk membawa pementasan teater itu sendiri sudah begitu mencabar, apa lagi untuk membawa sebuah teater alternatif seperti Teater Juta Juta ke Putrajaya yang begitu berlawanan trend dan kehendak dengan industri arus perdana.

Walaupun begitu, perkara yang paling penting yang kita pelajari dari projek ini - Impian boleh menjadi kenyataan dan masih ramai yang sayang! Jadi jangan berhenti berharap dan teruskan membina impian.

Anda semua mempunyai potensi yang tinggi, let's do more great things together :) ]

Teater Juta-Juta ke Putrajaya


Bismillahirrahmanirrahim.

Malam Jumaat lepas, aku & FF pergi menonton Teater Juta-Juta ni.
Kali ini ia bertempat di Putrajaya, dalam sebuah panggung yg dipanggil Panggung Eksperimen di bangunan berhadapan dgn Palace of Justice.

Sebelum ke Putrajaya, Teater Juta-Juta dipentaskan di Stor DBP tak silap aku pd bulan September lepas. Aku mula tahu tentang teater ini daripada FF, believe it or not. Buat pengetahuan u olls, FF skrg dah layan teater2 indie jugak. Akhirnya dapat jugak aku serapkan dia ke dalam dunia teater ni. Haha. Namun, hasrat untuk aku menonton di sana tidak kesampaian kerana aku masih dalam mood pantang+kelam kabut mengendalikan baby aku tu.

Jadi, selepas mendapat tahu bahawa teater ini akan dibawa ke Putrajaya, aku terus memberitahu FF tentang ini dan ktrg sangat teruja nak menonton. Teater Juta-Juta diarahkan oleh Fasyali Fadzly, yang kebetulan adalah senior aku sewaktu aku bergiat dalam kumpulan teater KTR (Kelab Teater Rimba). Beliau juga dikenali dengan nama cybernya, Vitamin. Tiket masuk hanyalah RM20. Sepatutnya perlu buat tempahan tapi disebabkan aku buat decision impromptu & terlupe nak call, ktrg beli tiket walk-in. RM20 jugak.

Teater Juta-Juta ke Putrajaya ini adalah sebuah karya berbentuk Satira, yang bermaksud ia adalah sebuah literary art form yang mempunyai unsur kritikan, humor dan sarcarsm di dalamnya. Mungkin dengan maksud yang lebih senang difahami, Satira ni ala-ala parody jugak la sikit. Humor + social criticism.

Teater ini mengisahkan tentang 3 org sahabat yang ingin mementaskan karya teater mereka di sebuah pentas agung, Keraton Seni dan perlu membentangkan usul untuk meraih fund bagi menjayakan teater mereka itu.

Bagi aku, Fasyali membawa subjek yang begitu dekat dengan dirinya sendiri, iaitu tentang industri teater itu sendiri. Dan dari segi persembahan, ia sangat santai dan membawa penonton melalui berbagai situasi & dari pelbagai sudut pandang (point of view). Subjek utama: tentang industri teater mainstream zaman kini (seperti yang kita tahu, asyik-asyik Teater Muzikal terutama selepas produksi Tiara Jacquelina membuahkan hasil lumayan) dan pelbagai kritikan sinis mengelilingi subjek utama ini.

Plot cerita sangat menarik...bukan dalam garisan yang lurus, dan dapat capture perhatian & pemikiran penonton. Membuatkan kita berfikir, meneka & menggunakan imaginasi sendiri. Aku suka konsep Play within the Play yang ditonjolkan. Inspirasi dari filem Inception tapi begitu bijak dimainkan oleh Fasyali.


Pelakonnya cuma 3 orang, iaitu Fazleena Hishamuddin, Anas Riduan & Aloy Paradoks, yang menggalas pelbagai watak berbeza dalam teater ini. Kebetulan juga, Fazleena merupakan senior aku waktu bergiat dalam KTR dan sememangnya mempunyai bakat yang cukup besar.

*FYI, semasa mahu menonton teater ini, aku tidak tahu menahu langsung bahawa penerbitnya ialah Shawn Amer & pelakonnya ialah Fazleena..mereka berdua juga adalah kenalan aku semasa di KTR.


Aku tertarik dengan kebolehan lakonan Anas yang bersahaja & witty.

Lakonan Fazleena tidak boleh disangkal lagi...dalam resumenya dah berbagai short film dilakonkannya, dan juga beberapa anugerah pelakon terbaik teater yang dimenanginya.

Aloy pula...ok sahaja. Lakonannya sebagai Datuk/Pengarah Keraton lebih menyerlah dari watak2nya yang lain.

baca lagi di


1 comment:

Lyla Ibrahim said...

#teaterjutajutaPUTRAJAYA memang meletup!!!
tahniah kepada krew produksi..

http://blog-campur-campur.blogspot.com/2011/11/teater-juta-juta-meletup.html

Popular Posts