Sunday, November 13, 2011

@HishammuddinH2O - RELA pantau 45 stesen minyak di sempadan bagi cegah penyeludupan

[Nota: Minyak bersubsidi Malaysia jauh lebih murah dari negara jiran. Disebabkan itu terdapat ramai pihak yang mengambil kesempatan menyeludup minyak bersubsidi Malaysia untuk dijual ke negara jiran. Hasil kejayaan kerjasama rintis mencegah penyeludupan minyak bersubsidi di Kelantan, maka pada 1 November lalu, penugasan anggota RELA di stesen-stesen minyak ini telah diperluaskan ke negeri Perlis melibatkan 4 buah stesen minyak dan 16 anggota setiap hari, di Kedah melibatkan 11 stesen dan 44 anggota dan di Perak melibatkan 2 stesen dan 8 anggota. Keseluruhannya sebanyak 45 stesen minyak dan 290 anggota bertugas setiap hari.]

Dipetik dari blog Double-Y

DS @HishammuddinH2O - Turun Padang Memantau Usaha Banteras Penyeludupan Minyak Subsidi Oleh RELA & KPDNKK


DS Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bertindak turun padang bagi memantau usaha pencegahan yang dilakukan oleh RELA dengan kerjasama KPDNKK untuk membanteras aktiviti penyeludupan minyak subsidi di sekitar Tumpat, Kelantan hari ini.

Pemantauan sehari ini dilakukan oleh DS Hishammuddin Tun Hussein bertujuan untuk melihat sendiri kelancaran kerja-kerja pencegahan yang dilakukan oleh anggota-anggota RELA bagi memastikan aktiviti penyeludupan minyak subsidi terus dibanteras dari masa ke semasa.


Selain DS Hishammuddin Tun Hussein, Menteri KPDNKK iaitu DS Ismail Sabri turut serta dalam program sehari ini - melalui program-program turun padang begini selain melihat sendiri kerja-kerja yang dijalankan oleh anggota terlibat, ianya secara tidak langsung mampu menguatkan lagi semangat anggota bawahan mereka untuk terus melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.

No comments:

Popular Posts