Friday, October 28, 2011

Akhbar Cina: Lagi tulisan sampah mengenai sekolah Cina disiarkan


[Nota: Sejak bila pula peruntukan belanja mengurus yang diberikan kepada SKJC dan SJKT berbeza? Jangan lupa, bil elektrik SJKC yang rata-rata mempunyai penghawa dingin dan kelengkapan elektrik, termasuk komputer yang lebih banyak dibayar oleh kerajaan. Sejak bila pula geran per kapita di beri berbeza mengikut jenis sekolah? Nama pun per kapita, ia akan diberikan berdasarkan jumlah pelajar di dalam sebuah sekolah.

Bantuan tambahan seperti KWAPM, susu 1Malaysia, Rancangan Makanan Tambahan - sejak bila diberi mengikut kaum, agama, jenis sekolah atau pegangan politik ibu bapa murid? Sejak saya masuk sekolah, sebagai anak guru, walaupun saya orang Melayu, Islam, anak penyokong kerajaan dan belajar di Sekolah Kebangsaan - saya tidak pernah terima semuanya kerana sejak dulu, ia diberikan berdasarkan pendapatan ibu bapa dan risiko keciciran. Jangan lupa, Dalam tahun 2007 juga direkodkan terdapat 406 SJKT dan 150 SJKC bertaraf Sekolah Kerajaan yang mendapat bantuan penuh dari Kerajaan. Bagi 406 SJKT dan 150 SJKC ini, mereka menikmati layanan yang sama seperti mana-mana Sekolah Kebangsaan berstatus Sekolah Kerajaan, baik dari bajet pengurusan, mahu pun bajet pembangunan. Apa yang diterima oleh Sekolah Kebangsaan berstatus Sekolah Kerajaan dari segi guru, geran per kapita, pembaikan, pembangunan dan lain-lain lagi turut diterima oleh SKJC dan SJKT berstatus Sekolah Kerajaan ini. Jadi siapa yang di anak tirikan? Menipu sungguh!

Editor akhbar Cina janganlah terlalu malas untuk menyemak fakta sebelum menyiarkan sampah dalam akhbar anda. Kalau hendak membakar kebencian antara kaum sekali pun, menyiarkan dalam akhbar anda bukan caranya. ]


Nanyang Siang Pau
m/s A14
27 Oktober 2011

Sekolah Rendah Cina Tidak Diabaikan?
Loh Han Chew/ Pengkritik semasa

Bilakah akan bermula PRU ke-13? Ada orang anggap ia akan diadakan pada bulan November ini, ada juga orang anggap ia akan diadakan pada bulan Februari ataupun bulan Mac tahun depan, namun begitu, ia tidak akan berpanjangan lama.

Mendapat pengajaran yang lepas-lepas, BN kini sudah pun tunduk, tidak lagi berkata akan beri janji-janji kebajikan selepas PRU, supaya tidak dituduh memberi gula-gula berniat untuk pancing PRU yang tidak akan mendapat kesannya itu, sebab itu dalam keadaan rakyat sedang teka-teki bilakah PRU akan tiba, BN keluarkan duit begitu banyak untuk rakyat, memberi duit dan beri bonus tidak terkata banyaknya, lancarkan konsep kedai runcit 1 Malaysia (kedai-kedai runcit biasa mengeluh) dengan hidangan makanan RM3.00 sahaja telah memberi manfaat ramai orang golongan yang berpendapatan rendah.

Ambil Berat Tentang Pendidikan

BN tahu Suqiu yang paling orang-orang Cina dahagakan terbahagi kepada 2 sektor, iaitu sektor pendidikan dan sektor ekonomi, dalam ekonomi kadang-kadang bantu yang di sini terlepas yang di sana dapat, seperti uncle yang kehilangan kekasihnya, beri kepada orang-orang Cina orang Melayu pula terabai. Tetapi dalam pendidikan kedua-dua belah pihak akan mendapat semuanya, terutama sekali mengutamakan sekolah-sekolah kebangsaan, ia masih boleh beri sedikit untuk sekolah-sekolah Cina, dengan itu mereka telah usahakan ke arah itu, selain daripada pelajar sekolah menengah swasta Cina boleh mendapat wang 100 ringgit untuk peruntukan buku-buku sekolah, mereka percepatkan kelulusan cadangan alih tapak sekolah, sekolah Chin Chee Bentong Pahang dipindahkan ke Puchong Selangor, projek itu sudah pun dalam proses persediaaan untuk dimulakan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin berusaha bangunkan sekolah Rendah Cina dan sekolah rendah Cina di Kajang termasuk sekolah rendah Cina di Sungai Long dan sebagainya. Sebab itu orang ramai pasti PRU sudah semakin hampir.

Sebab itu peneraju MCA Chua Soi Lek dengan segera berkata, kerajaan BN tidak abaikan perkembangan sekolah-sekolah rendah Cina, apa yang dituduh oleh parti pembangkang terhadap pihak kerajaan abaikan sekolah rendah Cina itu tidak wujud sama sekali dan tiada bukti yang kukuh.

Memang betul, Chua “tidak tahu apa sebenarnya yang orang-orang Cina mahukan”, menuding kerajaan BN abaikan sekolah-sekolah Cina bukan sahaja parti pembangkang yang luahkannya, sebaliknya ramai di kalangan masyarakat Cina timbulkan persoalan ini, Chua pula ambil ringan isu itu sebaliknya mengatakan itu semuanya tuduhan parti pembangkang, tidak disangka jurang perbezaan pendapat antara Chua dengan masyarakat Cina begitu jauh sekali, selepas PRU akan datang ini jika MCA mahu makan besar meraikan kemenangan mungkin bukan begitu mudah.

Adakah pihak kerajaan ada abaikan perkembangan sekolah-sekolah rendah Cina, kita boleh ambil iktibar dalam statistik yang ada, cuba kita lihat angka-angka itu dan buat analisa serta beri pandangan.

Pada tahun 1957, iaitu pada tahun negara kita dapat kemerdekaan, negara kita punyai 1,347 buah sekolah rendah Cina, bilangan pelajar seramai 391,667 orang murid. Pada hari ini, bilangan sekolah rendah Cina hanya 1,292 buah sekolah, sudah kurang 55 buah sekolah, bermakna setiap tahun hilang satu buah sekolah. Hari ini bilangan murid di sekolah rendah Cina seramai 600 ribu orang, bertambah sebanyak 230 ribu orang, dengan nisbah setiap tahun bertambah 4,200 orang, sekolah bukan sahaja tidak bertambah, sebaliknya semakin berkurangan. Sekolah-sekolah rendah Cina yang ada pada hari ini sebanyak 90 peratus adalah dibina pada zaman British dahulu; sekolah yang bersubsidi penuh biasanya tapak tanah sekolah itu milik kerajaan, kebanyakannya tanah-tanah itu diberi oleh pihak kerajaan British.


Wang Yang Diberi Pada Sekolah Rendah Cina Tidak Setimpal

Berkaitan isu wang subsidi, boleh menyebabkan orang-orang Cina kurang senang dan berteriak, mengikut apa angka yang Lim Guan Eng catatkan, di bawah perancangan Malaysia ke-10, nisbah bilangan murid di sekolah Cina hanya sebanyak 20 peratus sahaja mendapat wang daripada keseluruhan wang subsidi, iaitu sebanyak 3.6 peratus yang diagihkan, dengan nisbah setiap murid hanya mendapat RM17.00 ringgit seorang dari wang peruntukkan subsidi, berbanding peruntukan subsidi di sekolah kebangsaan sebanyak RM120.00 ringgit seorang, sekolah rendah Tamil pula sebanyak RM80.00 ringgit seorang.

[Nota: Sejak bila pula peruntukan belanja mengurus yang diberikan kepada SKJC dan SJKT berbeza? Jangan lupa, bil elektrik SJKC yang rata-rata mempunyai penghawa dingin dan kelengkapan elektrik, termasuk komputer yang lebih banyak dibayar oleh kerajaan. Sejak bila pula geran per kapita di beri berbeza mengikut jenis sekolah? Nama pun per kapita, ia akan diberikan berdasarkan jumlah pelajar di dalam sebuah sekolah. Bantuan tambahan seperti KWAPM, susu 1Malaysia, Rancangan Makanan Tambahan - sejak bila diberi mengikut kaum, agama, jenis sekolah atau pegangan politik ibu bapa murid? Sejak saya masuk sekolah, sebagai anak guru, walaupun saya orang Melayu, Islam, anak penyokong kerajaan dan belajar di Sekolah Kebangsaan - saya tidak pernah terima semuanya kerana sejak dulu, ia diberikan berdasarkan pendapatan ibu bapa dan risiko keciciran. Menipu sungguh!]

Angka-angka di atas adalah angka yang diumumkan oleh pihak kerajaan sendiri, laporan seperti ini boleh mudah didapati jika perlu, adakah pembangunan sekolah-sekolah rendah Cina dikatakan tidak diabaikan, bermakna mereka matanya celik tetapi tidak nampak seperti orang buta, jika wakil dari orang Cina sendiri bercakap demikian, dia tidak layak jadi wakil kepada orang-orang Cina.

Orang-orang Cina adalah salah satu kaum yang membantu membina negara ini, memang patut dapat diberi layanan untuk kembangkan bahasa ibundanya sendiri, “wakil-wakil orang Cina” hanya berpuas hati dan rasa selesa terhadap sedikit gula-gula ataupun mendapat manfaat secara kecil-kecilan, sebab itu orang-orang Cina rasa kecewa, jika tiada keputusan PRU 2008 itu, bukankah hari ini kita hanya mendapat manfaat secara kecil-kecilan sahaja? Sebab itu memang wajar jika orang Cina amat mengharapkan boleh berlaku dwikuasa di negara ini.

No comments:

Popular Posts