Wednesday, October 12, 2011

Akhbar Cina: Sinchew takut dengan sokongan rakyat terhadap PM @NajibRazak?

[Nota: Nada akhbar Cina sudah berubah. Kalau dulu ada bunyi kebongkakan dan kesombongan bila mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pilihan raya secepat mungkin. Kali ini, akhbar ini cuba menonjolkan perkara-perkara yang dianggap masalah kepada Perdana Menteri. Fikir-fikirkan sendiri kenapa nada ini berubah. Adakah mereka sudah mula merasa ada gelombang sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri dan BN?]


Sinchew Daily News
Opinion Corner ms 26
11 Oktober 2011

Masalah yang menyakitkan kepala
Lim Swee Guan
Timbalan Editor

Jika Najib mahu adakan PRU dalam masa terdekat ini, terlebih dahulu perlu selesaikan masalah dalaman yang berlaku dalam BN, termasuk perbahalan dalam pemilihan calon-calon, berlaku persengketaan dan perbalahan antara puak-puak yang berkepentingan.

Baru-baru ini Najib mengiatkan dan beri amaran kepada ahli-ahli BN supaya hentikan perbalahan, PM telah membazirkan banyak waktu untuk mendapatkan sokongan pengundi, sekarang ini terpaksa tumpukan masa kepada masalah dalaman supaya bersatu, jika tidak segala yang telah diusahakan akan hilang begitu sahaja seperti air yang mengalir keluar. Kekalahan pada PRU 2008 telah menunjukkan satu bukti yang nyata dan satu pengajaran yang cukup bermakna apabila mereka berbalah sesama sendiri.

Politik dalam UMNO berbalah sesama sendiri tidak jumpa jalan penyelesaiannya, UMNO pusat mahu hantar pasukan sebaliknya pemimpin di kawasan masih tidak melepaskan kuasa mereka, menyebabkan masalah berpuak-puak tidak dapat diselesaikan, setelah Najib ubah perlembagaan UMNO, dapat halang politik wang, sebaliknya tidak dapat menyelesaikan masalah politik kem yang berpuak-puak itu.

Dengan itu apabila Najib mahu memilih calon yang yakin boleh menang sebagai strategi dalam PRU, pemimpin-pemimpin sepatutnya mendapatkan persetujuan dari peringkat kawasan dan bawahan, kerana orang-orang yang yakin boleh menang tidak semestinya datangnya dari ketua-ketua bahagian yang dikatakan calon yang digemari itu.
Setiap kali ada pilihan raya pasti ada pertukaran sesuatu di belakang tabir, di peringkat bahagian boleh sokong calon yang dikemukakan oleh pusat, tetapi sebaliknya mereka ada sesuatu perbincangan syarat-syarat yang dikenakan di luar meja perbincangan, temasuk menjanjikan jawatan-jawatan senator dan lain-lain imbuhan.

UMNO punyai banyak perbalahan dalaman di peringkat negeri-negeri, dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada bulan Mac 2009, ada 4 orang menteri besar bertanding calon majlis tertinggi tewas, 4 orang menteri besar tersebut ialah menteri besar Pahang Adnan Yakob, menteri besar Perlis, menteri besar Negeri Sembilan dan menteri besar Johor Abdul Ghani Othman, ini menyebabkan tersembunyinya suasana tidak stabil di negeri-negeri tersebut.

UMNO Terengganu berlaku perbalahan sengit dua tahun lepas, dan isu bekas menteri besar Selangor Mohamad Taib sebagai pengerusi UMNO negeri Selangor selepas kalah bertanding Naib Presiden UMNO, selepas itu UMNO negeri Selangor seperti kehilangan ketua; buat masa ini UMNO perlu halang Khir Toyo yang terlibat dengan skandal rasuah ambil kesempatan bangkit dalam PRU kali ini.

Seperti kata-kata Mahathir, sebelum perkemaskan masalah dalaman UMNO, jangan adakan pilihan raya, keputusanya nanti mungkin lebih teruk daripada PRU lepas.

Jika UMNO mahu tukar beberapa menteri besar di negeri-negeri, perlu ada strategi dan rancangan yang terbaik dan kemas, jika tidak puak MB yang sedia ada sekarang akan bertelagah dengan puak bakal MB yang akan dilantik, kedua-dua pihak tidak mahu pihak lawan mereka menang, yang mengunggu untung dan kemenangan nanti ialah Pakatan Rakyat.

Selain dari itu isu kerjasama antara ahli-ahli dalam komponen Barisan Nasional dengan UMNO, walaupun ahli-ahli dalam komponen mendapat persetujuan dan kuasa, tetapi mengikut tradisi, masih perlu berbincangan dengan UMNO di bahagian-bahagian.

Selepas beberapa kali BN menang dalam PRK, sudah dapat hapuskan kerisauan pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian-bahagian, dengan itu pada PRU kali ini, pasti masih berlaku guna banyak wang baru boleh menang dalam pertandingan.

Pertukaran calon kawasan dalam komponen Barisan Nasional bukan satu perkara yang tergesa-gesa, tetapi penentuan kuasa di kawasan selalunya timbul perbalahan, inilah yang sangat memeningkan kepala, seperti parti di Sabah keluar Barisan Nasional, semasa di bawah BN mereka menang 2 kerusi parlimen dan 4 kerusi negeri, akan datang siapa yang akan dicalonkan untuk bertanding kerusi itu?

ADUN yang keluar parti di Sabah dan di Tanah Rata Cameron yang masuk parti Gerakan, adakah mereka ini akan diubah? Ahli Parlimen yang bertindak keluar parti PKR dan DAP seramai 5 orang termasuk 2 ADUN negeri Perak, bolehkah mereka mewakili BN untuk bertanding lagi? Walaupun mereka masuk ke dalam BN, dikhuatiri akan menerima tentangan di peringkat bawahan BN.

3 comments:

Anonymous said...

HARAP2 XDER MASALAH BESAR YG AKAN MUNCUL SEBELUM PRU 13..BN DALAM LANDASAN TERBAIK CUMA PARTI2 KOMPONEN DAN SAYAP2 UMNO SAHAJA YG PERLU KERJA KERAS SIKIT...TOLONG PERBANYAKAN DAFTAR MENGUNDI DAN PERHATIKAN STRATEGI2 PEMBANGKANG...DGR KATA POPULASI PENGUNDI BANYAK YG DAH BERUBAH???

jejakpru14 said...

Salam tuan,

CEO akhbar ini patut dipecat . tuan. ini blog baru , mohon link. tq

jejakpru14 said...

Salam tuan,

CEO akhbar ini patut dipecat . tuan. ini blog baru , mohon link. tq

Popular Posts