Thursday, October 13, 2011

Khianat! Tangan pembangkang dalam pertikaian M'sia-Indon. PR #PengkhianatRakyat


diterjemah dari artikel asal -
Opposition's hand in M'sia-Indon disputes!

Pertikaian sempadan di antara Malaysia dan Indonesia mengambil giliran baru. Walaupun kedua-dua kerajaan menyokong kaedah diplomatik untuk menyelesaikan masalah, pembangkang di kedua-dua negara pula bekerjasama untuk membawa kedua-dua kerajaan ke dalam kegawatan.

Di saat beberapa orang ahli parlimen Indonesia mendesak kerajaan mereka untuk mengambil pendekatan 'diplomasi keras' dalam berurusan dengan Malaysia, penggubal undang-undang kita sendiri (di kalangan pembangkang) cuba memancing kesempatan dari pertikaian ini dengan menunjukkan kecenderungan mereka terhadap langkah sedemikian.

Saya telah mendengar tentang hal itu, bukan sekali dan bukan dua kali tetapi beberapa kali di lobi hotel, coffee house malah di hospital tentang betapa bangganya penggubal undang-undang Indonesia dengan sokongan yang diterima daripada 'rakan-rakan' mereka di Malaysia.

Saya fikir, pembangkang mungkin akan berasa cukup gembira jika melihat kedua-dua negara memasuki kancah peperangan. Dan saya tertanya-tanya siapa agaknya yang menjadi pengkhianat Malaysia semasa konfrontasi dengan Indonesia pada awal tahun 1960-an!

Isu sempadan yang terbaru adalah mengenai tuduhan Indonesia bahawa Malaysia telah merampas wilayah Camar Bulan dan Tanjung Batu di Sambas, Kalimantan Barat.

Baru dua hari lepas Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Indonesia Marty Natalegawa membincangkan isu ini dan bersetuju untuk menelitinya mengikut saluran diplomatik.

Marty telah mempersoalkan desakan ini dan menolak sebarang pendekatan yang menyalahi undang-undang dan tidak diplomatik dalam menangani isu itu (baca sini), sambil menambah bahawa selepas penyiasatan oleh kerajaan, isu ini hanyalah satu isu yang berkaitan satu penanda sempadan yang dipindahkan oleh lelasan dan satu lagi akibat kerosakan.

Beliau juga berkata bahawa petanda sempadan yang rosak dan yang dipindahkan ini tidak seharusnya menjadi masalah kerana koordinat kedudukan asal petanda telah direkodkan. Kerajaan Indonesia tidak akan membincangkan tentang dakwaan rampasan wilayah dengan pihak berkuasa Malaysia, tetapi kedua-dua negara kini sedang bekerjasama untuk menetapkan penanda mengikut koordinat yang dipersetujui sebelum ini.

Walau bagaimanapun, tekanan daripada penggubal undang-undang Indonesia sebenarnya didorong oleh 'bantuan moral dan diplomatik' yang disediakan oleh rakan-rakan di kalangan ahli politik mereka di Malaysia.

Oleh itu, dakwaan bahawa pihak pembangkang merancang untuk menjadikan Malaysia sebuah republik adalah benar nampaknya. Sebahagian daripada mereka suka pergi ke Indonesia dan mengadakan 'perbincangan serius' dengan kumpulan berhaluan kiri di sana. Topik perbincangan selalunya berkisarkan 'pentadbiran Malaysia yang buruk’ dan cara-cara untuk mengambil alih Putrajaya.

"Benar pak. Mereka seringnya memohon bantuan tentang bagimana untuk berkuasa di Putrajaya ... penyokong mereka di Indonesia bukan sedikit!"

No comments:

Popular Posts