Wednesday, September 21, 2011

#PenipuRakyat Malaysiakini tipu lagi? Portal berita yang tiada kredibiliti

[Nota: MeloyaKini kantoi lagi. Sebelum ini ada dikeluarkan berita bahawa Kabinet telah meluluskan penggunaan dakwat hitam. Entah sumber mana yang bagi maklumat kita pun tak tahu. Sama lah juga tentang cerita kenyataan PM Bangladesh yang rakyatnya diberi MyKad dan boleh mengundi, cincin RM24 juta dan kisah Mismah. Sekarang ni tipu lagi - kan dah kantoi! Takdak kredibiliti langsung lah!]


Dipetik dari:

Malaysiakini Terus Kantoi dan Kantoi dan Kantoi

Setiap hari ada sahaja berita mengenai kononnya berlaku penipuan dalam pilihanraya yang dilaporkan oleh portal malaysikini.

Mereka berlagak hendak tunjuk hero kepada rakyat kerana mereka berani mendedahkan penipuan-penipuan yang kononnnya dilakukan oleh kerajaan memerintah.

Tetapi yang sebenarnya mereka juga melaporkan berita tipu untuk menghalalkan matlamat mereka. Awal Ramadhan yang lepas kita dikejutkan dengan pendedahan malaysiakini berhubung isu Mismah. Heboh satu negara berhubung isu berkenaan gara-gara berita bohong dari malaysiakini. Akhirnya kebenaran menjelma menemui rakyat.

Semalam pula ada dua lagi pembohongan dari malaysiakini.

Yang pertama berita yang ditulis oleh Aidila Razak yang bertajuk Pengundi PR diminta mengundi parti pemerintah.

Ianya mengisahkan seorang pembaca yang menghantar e mel kepada portal berkenaan yang mengatakan beliau seorang penduduk tetap di negara ini dan sewaktu temuduga untuk memohon taraf warganegara beliau telah diwawancara oleh PEGAWAI IMIGRESEN dan beliau telah diminta mengundi pemerintah.

Mengikut prosedur seseorang penduduk tetap yang memohon warganegara tidak akan sesekali di wawancara oleh pegawai imigresen. Mereka akan diwawancara oleh pegawai JPN dan KDN.

Sehingga malam tadi perkataan PEGAWAI IMIGRESEN masih lagi digunakan oleh malaysiakini. Setelah menyedari pembohongan mereka ‘kantoi’, hari ini mereka telah tukar dari PEGAWAI IMIGRESEN kepada PEGAWAI JPN.

Semua itu adalah cerita-cerita bohong yang dikarang oleh mereka sendiri. Tidak mustahil e mel yang kononnya dihantar oleh pemohon warganegara dihantar oleh mereka sendiri.

Manakala pembohongan kedua yang dilaporkan oleh malaysiakini semalam berhubung berita yang bertajuk SPR pernah keluarkan 60’000 IC palsu.

Mereka berkata sumber berita itu dari wikileaks.

Kami tak berniat nak tulis panjang-panjang , cuma kami nak ajak pembaca-pembaca setia kami berfikir tentang kelogikkan berita tersebut.

Dalam negara kita, agensi yang terlibat mengeluarkan kad pengenalan adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Manakala tugas SPR adalah berkaitan urusan pilihanraya.Bila masa pula SPR berfungsi keluarkan IC ?

Esok lusa mungkin malaysiakini akan keluarkan berita yang bertajuk ‘JPN daftarkan 60’000 Pengundi Dalam Masa Sehari’.

Sudahlah malaysiakini. Lain kali kalau nak berbohong atau fitnah pastikan buat homework betul-betul terlebih dahulu. Kenal pasti terlebih dahulu fungsi-fungsi agensi kerajaan .

No comments:

Popular Posts