Monday, September 5, 2011

@LatheefaKoya PKR tolong jangan banyak mulut!


Tragedi Somalia: Latheefa Koya PKR please shut up…
AHAD, 04 SEPTEMBER 2011 11:02 ROSLI ISMAIL

Ini memang jenis ahli politik ‘mulut koyak’.Kawan dengar ramai kawan-kawan orang suratkhabar yang bengang habis dengan gelagat minah PKR Latheefa Koya seorang ni buat komen tentang insiden kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor di Somalia.

Nampaknya dia ikut suka hati cuba nak gambarkan UMNO main pakai wartawan untuk buat liputan satu program yang didakwannya berbentuk propaganda seperti misi kemanusiaan Putera 1 Malaysia ke Somalia.

Putting poor journos and reporters at grave risk to cover their propaganda trip!! Sad state of affairs.Itu kata minah ni dalam mesej twitternya.

“Dah tak ada modal lain ke nak milage berpolitik…please shutuplah,”kata seorang kawan bila bercakap bab ini.

“Awak jangan campurlah kerja kami,”kata seorang kawan lain.

Mereka hairan Latheefa Koya ni nak tunjuk dia ni apa?

“Konon simpati sangat ke…boleh belah?”,kata seorang kawan lain yang geram.

Kata kawan tu tolong bagitau minah tu yang ramai wartawan cukup tidak kisah dan cukup berminat nak buat liputan sesuatu program di kawasan bergolak.

Ramai kawan-kawan bersimpati dengan apa yang menimpa Allahyarham Noramfaizul.Namun ia tidak langsung mematahkan semangat untuk turun padang di masa akan datang jika diundang untuk membuat liputan.

Untuk liputan di Somalia contohnya.Semua wartawan,jurugambar dan sukarelawan yang turun tahu akan risiko di negara yang terkena dengan peristiwa yang difilemkan menerusi “ Black Hawk Dawn’ itu.

Semua orang tahu kisah lanun Somlia yang ganas merompak kapal-kapal dagang.

Begitu juga semua orang tahu kisah pertelegahan bersenjata antara warlord di negara itu.

Apapun semuanya semuanya secara sukarela setuju pergi tanpa paksaan.

Kelab Putera 1 Malaysia sebelum ini pernah bawa wartawan untuk misi menyelmatkan pelajar Malaysia masa pergolakan di Mesir.

Wartawan Agendadaily sendiri turut serta atas dasar sukarela.

Risiko waktu itu memang besar dalam keadaan di Kaherah yang tidak menentu.

Kelab Putera 1 Malaysia juga membawa wartawan serta misi bantu mangsa tsunami dan gempa bumi di Jepun tidak lama dulu.

Wartawan juga dibawa ke misi di bantuan di Gaza.

Setahu Kawan tidak ada seorang wartawan pun yang merungut komplen ‘ kena pakai’ untuk tujuan propaganda.

Misi seperti ini adalah untuk tujuan baik .Tak ada salah dan silapnya.

Apa yang berlaku keatas Allahyarham Noramfaizul adalah suatu takdir yang tidak diduga.

Tugas wartawan adalah seperti mana-mana bidang lain ada risikonya.

Selain menyertai misi ini,sudah menjadi kebiasaan wartawan di hantar buat liputan tak kira bahaya ke tidak situasinya.

Sebelum ini misi liputan anjuran wartawan Malaysia ke Iraq dulu pernah menghadapi kecelakaan .

Kisah serangan tentera Isreal keatas kapal Mavi Marmara yag disertai oleh wartawan Malaysia juga masih segar dalam ingatan.

Jadi Cik Latheefa Koya tak payah nak susah-susah main politik bab kerja wartawan pergi buat liputan.Its none of your business.

Kawan-kawan bukan tak tau…minah ni nak cari point nak tibai UMNO saja.

Hello…ini kerja amal …tak ada salahnya.

PKR tak anjur apa-apa pun untuk kerja amal semacam ini…sebaliknya asyik memekak saja.


Kawan: suka jahit mulut.

No comments:

Popular Posts