Friday, August 26, 2011

PPSMI: Wah! Sinchew sokong PPSMI? Tidak pernah berlaku dalam sejarah..


Sinchew Daily News, m/s 24
23 Ogos 2011

Kepala Gerabak Keretapi Mahu Dihalakan Ke Mana?
Tay Ting Hien
Timbalan editor

Tooot! Tooot! Toooot! bunyi keretapi, beratus ribu kanak-kanak yang sedang menaiki gerabak kereta api ini.

Kembali semula pengajaran sains dan matematik menggunakan bahasa kebangsaan, ia seperti sebuah kereta api yang melintasi masa dan zaman, kini kereta api ini sedang menunggu di platform untuk bergerak.

Waktu berlepas: Januari 2012
Keadaan: semua penumpang sila naik, akan berlepas pada bila-bila masa.
Destinasi: tidak jelas

Walaupun Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin telah berkata, perjalanan kereta api ini mungkin ada perubahan, ada sesetengah sekolah menengah mungkin membuat pilihan akan teruskan mengajar mata pelajaran itu masih kekal menggunakan bahasa Inggeris; tetapi selepas 3 hari pengumuman itu pembantunya iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi membelakangi TPM dan berkata tiada sebarang perubahan akan dibuat.

Ada sesetengah ibu bapa risau, mereka anggap dari bahasa Inggeris ditukar kembali kepada bahasa kebangsaan, itu adalah cara yang semakin mundur, anak-anak akan kembali ke zaman takuk lama.

Keretapi ini sebenarnya bukan mahu maju ke hadapan, sebaliknya akan bermudik undur, ini adalah satu perkara yang sangat dahsyat. Sebab itu mereka mahu laksanakan cara meyelamatkan diri, tubuhkan pergerakan persatuan ibu bapa.

Timbalan presidan persatuan ibu bapa En. Sulaiman telah membuat satu pengumuman, mahu Perdana Menteri Najib campur tangan.

Salah satu perkataan yang diajukan membuat saya rasa lebih minat, iaitu kata-kata: “saya tidak kisah apa tanggapan Kementerian Pelajaran yang mengatakan ibu bapa semuanya bodoh dan dengan mudah boleh ditipu, tetapi sekarang ini adalah di bulan puasa bulan yang baik, sila jangan gunakan perkataan-perkataan yang mencabar dan perjudikan masa depan anak-anak ini.”

“bahasa Inggeris adalah bahasa Matematik dan bahasa Sains; jika menggunakan bahasa Melayu bagi mata pelajaran Sans dan Matematik, tidak mungkin boleh menjadi cerdik pandai dalam bidang itu, jika mahu dibandingkan dengan bahasa Melayu, Sains Matematik hanya seperti jaguh kampung sahaja”.

Kata-kata itu bukan kata-kata yang baru, tetapi ia amat berbaloi apabila diluahkan.

Ayat ini jika terkeluar dari mulut kaum lain pasti akan dilabel sebagai rasis dan bersemangat perkauman, atau dituduh Chauvism; tetapi kata-kata itu terkeluar dari mulut ibu bapa kaum Melayu, ia telah terkeluar dari isu warna kulit kaum.

Ini telah membuktikan, sesetengah masyarakat Melayu, terutama sekali Melayu golongan pertengahan yang tinggal di bandar-bandar, telah membantah secara serius terhadap pengajaran Metamatik dan Sains menggunakan bahasa Melayu.

Walaupun bukan kerana mereka tidak cintakan bahasa kaum sendiri, tetapi mereka lebih prihatin terhadap masa depan anak-anak mereka.

Mereka risau polisi pelajaran Sains Matematik menggunakan bahasa Melayu, ia bukan membawa anak-anak ke arah perjalanan dunia moden, malah sebaliknya melawan arus, kembali ke zaman silam, anak-anak akan kehilangan kemampuan untuk bersaing di peringkat antarabangsa, dan akan menggugat masa depan mereka.

Pandangan mereka telah melintasi ke dunia luar, telah melintasi pagar-pagar dan dinding-dinding kampung.

Mereka faham jika mahu setanding dan selari dengan dunia luar, perlu lepaskan sikap perkauman, terima bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi kerana ia mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat, barulah anak-anak mereka dapat ikut sezaman dengan dunia antarabangsa.

Dari segi keseluruhan masyarakat Melayu, golongan orang-orang yang berfikir sedemikan itu mungkin tidak ramai.

Dua tahun lepas, kempen melancarkan kembali kepada bahasa kebangsaan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, kebanyakan mereka terdiri daripada kumpulan dan golongan pertubuhan orang-orang Melayu yang bersikap konservatif, termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka, Sasterawan bahasa Melayu; pandangan mereka agak berbeza, makna Bahasa Jiwa Bangsa itu diibarat seperti roh kepada kaum itu, kedudukannya amat tinggi dan mengatasi segala-galanya.

UMNO sebuah parti yang mewakili kaum bangsa Melayu, jika ada apa-apa isu yang bersangkut paut dengan isu kaum, mereka akan terus bersiap sedia; Pas hanya parti seperti akar-akar rumput, tidak berani usik perkara itu; PKR pula takut menyinggung perasaan orang Melayu, mereka terpaksa kuburkan pandangan mereka.

Cendekiawan-cendekiawan dari golongan politik sudah tahu ke manakah arah gerabak kereta api ini, sebenarnya mereka anggap bukan memudik undur tetapi ia adalah untuk tingkatkan tiket undi, yang lain semuanya tidak lebih penting dari itu.

Sedangkan anak-anak orang-orang politik dan orang-orang korporat, jika mereka tidak hantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa, mereka akan hantar anak-anak mereka keluar negara belajar di sana, kereta api yang mereka naik ialah Bullet-Train, mereka tidak risau tentang pengajaran menggunakan bahasa Kebangsaan ataupun tidak.

Toooot! Tooot! Tooooot! Kereta api telah mula bergerak, anak-anak yang dinaikkan ke kereta api, hala tuju destinasi mereka masih tidak jelas lagi.

[Nota: Ini adalah satu perkembangan yang menghairankan. Apakah ia satu pandangan ikhlas atau mempunyai motif politiknya yang tersendiri?]

2 comments:

Admin said...

Post anda dipaparkan di Page FB berikut:-

http://www.facebook.com/pages/Malaysia-Politics-Blogger-Page-ProOpposition/211246465595305?sk=wall

Jika anda setuju, sila semak dan Like page tersebut, sebaliknya sela email kepada Admin untuk remove feed blog anda daripada Page tersebut.

Terima kasih.

Anonymous said...

Jangan kerana PPSMI ini Che Det yang buat kita nak sokong membuta tuli. ingat anak cina berjaya dalam math sebab ianya diajar dalam bahasa ibunda mereka.

Biarlah pelajar melayu belajar dalam bahasa melayu. Nak kukuhkan penguasaan BI, ajar sastera Inggeris dengan guru yang berkaliber.

Popular Posts