GCM alu-alukan penubuhan Unit Selamatkan Aqidah
Gerakan Cegah Murtad (GCM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Hassan Ali, Exco Hal Ehwal Islam yang mengumumkan penubuhan Unit Selamatkan Aqidah semalam.
Penubuhan unit ini tercetus dari polemik Dumc yang berjaya membangkitkan kesedaran umat Islam Selangor mengenai dakwah kristianisasi yang sangat pantas berkembang di Selangor sejak tiga tahun ini.
GCM mengalu-alukan Unit baru ini dan mencadangkan agar ianya diperluaskan kepada seluruh pejabat Agama Islam Daerah Negeri Selangor ini.
Disamping itu GCM menggesa Dr Hassan Ali melihat perspektif yang lebih besar iaitu meferomasikan institusi Lembaga Zakat Selangor yang dilihat gagal untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada asnaf muallaf berbanding dengan asnaf-asnaf yang lain. Ini dapat dilihat dari jumlah pengagihan zakat asnaf muallaf yang jauh lebih rendah dari asnaf amil, fakir, miskin atau fisabillilah.
GCM ingin berkongsi pandangan dan maklumat dengan Dr Hassan Ali. Kami sedia bekerjasama dengan Unit ini dan Pejabat Exco Agama Islam Selangor untuk memperkasa dan menghakupayakan peranan Institusi dan Ngo Islam di Selangor dalam menangani cabaran penukaran aqidah umat Islam di Selangor.
Hamidzun Khairuddin
Jurucakap
Gerakan Cegah Murtad (GCM)
27 Ogos 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
1. SELINGKUH Kenyataan Timbalan Presiden Umno, DS Mohamad Hasan menyebut dalam ucapannya, "begitu juga, pengalaman kita, bekerjasama de...
-
1. Ada orang kampung di Permatang Pauh tanya saya pasal 1MDB. Dia kata dia tak faham maksud tulisan saya tentang 1MDB dalam posting fb s...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Dipetik dari http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/02/pas-double-standart-ustaz-hafiz-nordin.html#ixzz1Etv5ajfE Mohamed Hafiz Nordin, ...
-
1. PM10 tidak perlulah terlalu beriya 'claim credit' berhubung perlepasan kapal tangki minyak Malaysia melepasi Selat Hormuz keran...
-
Memorabilia UMB - merekodkan perjalanan UMB dari permulaan sehingga tahun 2012. Seperti yang dijanjikan, ini adalah siri kedua pene...
-
Semalam saya mengambil sedikit masa berbual dengan seorang rakan beragama Kristian. Saya tanyakan kepadanya, "adakah aqidah seorang Kri...
-
Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya ber...
-
Banyak spekulasi yang menyelubungi Pemuda UMNO? Seorang rakan Facebook (FB) menulis "hari ini (17 Februari 2010) Pemuda UMNO menemui P...
-
Mungkin mereka ini kurang kasih sayang dan kurang perhatian semasa kecil, bila digula-gulakan oleh pembangkang, dijanjikan macam-macam,...

No comments:
Post a Comment