Monday, August 29, 2011

#MerdekaRaya Sejarah Bukit Kepong: Selepas UMNO berjaya bubarkan Malayan Union, apa tindakan PKM?



Mengikut logik Mat Sabu, mereka ini bukan pejuang kemerdekaan negara




Menurut logik Mat Sabu, ini pejuang sebenar kemerdekaan negara




Mei 1946 Ahli Parlimen British Gemmens dan Williams terperanjat melihat penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union dan mendesak Parlimen British mengantikan Malayan Union dengan satu perjanjian baru.

Julai 1946 British bersetuju bentuk pemerintahan berbentuk Persekutuan. 24 dan 25 Julai 1946 kerajaan British membentuk satu Jawatan Kuasa Kerja bertujuan untuk menggubal perlembagaan baru dan merangka rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri-negeri. Jawatan Kuasa tersebut dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British.

Golongan yang tidak berpuas hati dengan penolakan kerakyatan secara Jus Soli menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) diketuai oleh Tan Cheng Lock dan disertai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Malayan Indian Congress (MIC).

1948 Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari dan British bersetuju untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Sebaik saja keadaan mengizinkan, undang-undang akan dibuat bagi mengadakan pilihan raya.

Persetujuan British untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) kerana golongan ini telah diketepikan oleh British.

Jun 1948 Parti Komunis Malaya (PKM) melancarkan gerakan bawah tanah untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan dan menubuhkan kerajaan Republik Komunis. PKM telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diisytiharkan ke seluruh negara.

Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948.

[Nota: PKM memberontak BUKAN kerana hendak memerdekakan negara daripada British, tetapi memberontak SELEPAS British bersetuju untuk memerdekakan negara hasil diplomasi dan kebijaksanaan politik pemimpin UMNO dan Raja-Raja Melayu. Pokoknya - Gila Kuasa untuk menubuhkan Republik Komunis]

No comments:

Popular Posts