Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Seri Hishamuddin
Kuala Lumpur 18 Ogos - Majlis berbuka puasa bersama Datuk Hishamuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri yang diadakan di Hotel Istana petang tadi turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin BN antaranya Datuk Seri Liong Tiong Lai, Datuk Razali Ibrahim, Datuk Azeez Rahim, Datuk Seri Idris Jusoh dan beberapa pemimpin UMNO bahagian.
Sejumlah lebih 50 orang anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) turut diraikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di mana sumbangan hari raya dan hamper turut diberikan kepada anak-anak yatim ini sebagai persiapan menjelang hari raya nanti.
|
DS Hishamuddin menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim |
Dalam satu sidang media Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata :
"Program 6P peringkat pertama iaitu proses pendaftaran PATI yang dijalankan sebelum ini dan berakhir pada 14 Ogos lalu, telah berjaya mencapai sasaran di mana sejumlah hampir 2 juta orang atau 1,928,495 pekerja asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah didaftarkan di bawah Program 6P menerusi pejabat Imigresen dan syarikat pengurus di seluruh negara.
Ini merupakan satu kejayaan kepada pihak Imigresen sendiri dan KDN dengan kerjasama syarikat-syarikat pengurus yang telah dilantik" - katanya.
DS Hishamuddin dalam sidang media sebelum tibanya waktu berbuka |
Majlis yang dihadiri hampir 500 tetamu turut meraikan hari ulang tahun kelahiran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang ke-50 yang dilahirkan pada 5 Ogos 1961. Ulang tahun kelahiran Datuk Seri Hishamuddin ini diraikan oleh beberapa pemimpin UMNO/BN dan semua tetamu yang hadir dengan mengadakan bacaan doa selamat dan upacara memotong pulut kuning.
Bacaan doa selamat sebelum upacara memotong pulut kuning |
Upacara memotong pulut kuning 'H20' |
Baca lagi di blog Double-Y
(Nota: anggaran saya jumlah tetamu yang hadir adalah hampir 900 orang, bukan 500)
2 comments:
Tak kira yang belah luar...hahaha.. :p
tau tak apa :P
Post a Comment