Apa yang dapat saya fahami dari kata-kata Dato Razali Ibrahim;
1. Apabila tertuduh kes Liwat 2, Anwar Ibrahim memilih untuk memberi kenyataan dari kandang bersalah, Anwar telah menunjukkan bahawa dia sebenarnya tidak bersungguh-sungguh mahu mempertahankan diri. Dia dengan sengaja mahu mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan bersumpah dan mengelak dari disoal balas oleh pendakwa raya.
2. Anwar takut kenyataannya dipertikai oleh pendakwa raya dan mahu mengelakkan kenyataannya dari direkod oleh Hakim.
3. Dengan tidak menggunakan sepenuhnya peluang untuk membela diri, ada kemungkinan Anwar sengaja untuk membiarkan dirinya dihukum oleh Mahkamah.
4. Apabila Anwar dijatuhi hukuman kerana kegagalannya untuk membela diri dengan bersungguh-sungguh, dijangkakan bahawa spin-doctor pro-Anwar akan menghebahkan kepada seluruh dunia bahawa dia telah dianiayai oleh mahkamah. Malah kenyataannya pun langsung tidak direkod oleh Hakim. Ada kemungkinan ayatnya `Saya telah menyatakan segala-galanya dalam pembelaan saya, kebenaran kenyataan saya langsung tidak dipersoalkan oleh pihak pendakwa dan langsung tidak direkod dan diendahkan oleh Hakim. Ini adalah `kangaroo court' dan bukti bahawa tidak ada keadilan dalam sistem kehakiman Malaysia'.
5. Pastinya dalam ramai rakyat Malaysia, budak-budak PR lah yang paling pandir dan mudah diperbodohkan oleh Anwar nanti. Tanpa usul periksa mereka akan mempercayai kata-kata Anwar tanpa memahami fakta kes dan perjalanan perbicaraan. Akhirnya mereka akan berdemonstrasi di jalanan semata-mata kerana GAGAL memahami bahawa Anwar dengan sengaja memilih untuk tidak mempertahankan diri di dalam mahkamah sehingga Hakim tiada pilihan lain melainkan menjatuhkan hukuman ke atasnya.
6. Jadi kata Dato' Razali Ibrahim, eloklah pihak pendakwa memohon kepada mahkamah untuk menahan pasport Anwar, memandangkan sikapnya yang sengaja tidak bersungguh-sungguh mempertahankan diri. Memandangkan kes sudah sampai ke penghujung dan disebabkan keengganan Anwar berada di kandang saksi, besar kemungkinan dia akan didapati bersalah.
7. Mengenali tipu helah Anwar sebelum ini, mungkin elok pasport ini ditahan agar jika terdapat rancangan untuk Anwar menghilangkan diri, maka rancangan ini dapat dihalang sebelum ia berlaku.
Baca blog Double-Y di bawah untuk meahami kenapa perlu tahan pasport Anwar Ibrahim;
Liwat II : Pendakwaraya Didesak Supaya Menahan Pasport Anu-War
Perbicaraan Liwat II dilihat sudah hampir ke penghujungnya, setakat ini dilaporkan kes ini sudah ditangguhkan sebanyak 67 kali atas pelbagai alasan dari pihak peguambela Anu-War.
Baca seterusnya di
No comments:
Post a Comment