Monday, August 22, 2011

Chua Soi Lek - MCA akan hilang segala-galanya jika tewas PRU13

Sinchew Daily News, ms 38
20 Ogos 2011

Siapa Calon-Calon MCA?
Chua Soi Lek
Presiden MCA

Beberapa bulan yang lepas, boleh dikatakan setiap hari ada laporan tentang bakal calon bertanding dari MCA dalam akhbar. Ada sesetengahnya sebagai andaian dan teka teki, ada sesetengahnya hanya melalui dari maklumat-maklumat yang diperolehi, untuk menilai dan menentukan sesuatu, ada sesetengahnya bersuara lantang, seolah-olah seperti nama-nama pencalonan untuk pilihan raya sudah pun dikemukakan!

Siapakah calon dari MCA. Ini pasti satu perkara yang amat kompleks dan rumit yang perlu diselesaikan dan pasti keputusan itu tidak akan dapat memuaskan hati semua orang, terutama sekali MCA yang mendakwa mempunyai 1 juta keahlian ini. Organisasi di peringkat bawahan yang begitu besar dan kuat, ada kalanya perlu menghormati puak arus kepimpinan yang sedia ada sekarang. Sebab itu tidak semudah itu untuk memilih seseorang yang boleh menyenangkan hati semua pihak.

Walaupun waktu pilihan raya itu hanya PM seorang sahaja yang tahu, tetapi pilihan raya akan datang ada kaitannya dengan hidup matinya MCA. Sebab itu sejak awal lagi MCA telah mengerahkan ahli-ahlinya membuat persediaan awal dalam kerja-kerja untuk persiapan pilihan raya. Sudah tentu pemilihan calon untuk bertanding perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati. Setakat ini kita hanya baru mendapat keputusan 1 calon bertanding yang telah ditetapkan oleh dalaman MCA, iaitu calon kerusi DUN Bandar Terengganu Toh Chin Yaw. Beliau disahkan akan bertanding di kawasan yang sama. Siapa pula calon yang kedua? Perkara ini saya serahkan untuk Liow Tiong Lai yang mengumumkannya.

Untuk menjadi calon mewakili MCA, walaupun jawatan dalam parti itu diambil kira sebagai ukuran yang utama, tetapi kita jangan lupa kita kena lihat adakah ahli-ahli dalaman parti mendukung kita dan boleh terima kita. Tidak semestinya yang dari luar itu akan dapat sokongan. Calon yang mewakili MCA pada PRU akan datang, yang diutamakan ialah calon yang boleh menang. Jangan tidak bijak dan jangan tidak boleh menang. Dikhuatiri waktu bertanding nanti mereka hanya akan menjadi mangsa sasaran sahaja. Sebab itu jawatan dalam parti tidak boleh menjamin boleh menang bertanding. Pandangan parti itu penting tetapi yang lebih penting tidak boleh abaikan pandangan rakyat.

Jika calon MCA mahu menang dalam PRU, bukan hanya mengharapkan ahli-ahli MCA turun padang membuang undi, ia perlu juga bukan ahli yang turun membuang undi, dan mendapat sokongan dari ahli-ahli dari komponen BN serta pengundi-pengundi biasa. Kepada calon-calon yang dilantik oleh MCA, mereka bukan sahaja mewakili MCA, mereka juga mewakili keseluruhan BN. Semua perlu tahun PRU akan datang adalah PRU yang paling sengit akan berlaku, ia bukan kerana kalah atau menang seseorang calon, sebaliknya ia ada kaitannya dengan kemungkinan berlaku perubahan pola pertukaran kerajaan antara parti pemerintah dan parti pembangkang.

Tidak boleh dinafikan organisasi MCA begitu lengkap dan tersusun, tetapi oleh kerana organisasi ini saling terkunci, dengan bilangan ahli yang begitu ramai, ia boleh menyebabkan calon yang tidak terpilih akan angkat kaki tinggalkan tempat, contohnya jika mereka anggap mereka tidak berpeluang menjadi calon, mereka juga tidak sanggup untuk membantu atau melihat calon yang dipilih oleh parti menang bertanding.

Ahli-ahli MCA begitu faham dan jelas, jika pada PRU akan datang MCA tewas, MCA akan kehilangan segala-galanya kerana jika keputusan PRU lebih teruk daripada PRU 2008, MCA Pusat telah membuat keputusan tidak akan masuk ke dalam kabinet dan tidak memegang sebarang jawatan menteri dalam kabinet. Ini bermakna kepada orang yang tidak dapat dicalonkan pun sama juga nasib mereka. Tidak ada kebaikan bagi mereka. Kepada sesiapa yang mahu tinggalkan posisi juga tidak memihak kepada mereka, kerana akhirnya semua akan rugi.

Walaupun MCA mempunyai keahlian seramai 1 juta orang, sepatutnya ia adalah aset parti yang paling bernilai, jika semua menghulurkan 100 peratus semangat bersatu padu dan keluarkan 100 peratus kekuatan dan kesungguhan, tidak ada sebab pada PRU akan datang tidak boleh menang kembali dengan bergaya dan berprestij. Di peringkat Bahagian-bahagian telah pun dikemukakan nama-nama untuk pencalonan, tidak kira ahli tua, muda, lelaki ataupun wanita. Sesiapa sahaja yang bertanding itu tetap mewakili MCA. Semua itu perlu ada semangat persahabatan ukwah dan seharusnya mempunyai tujuan yang sama, iaitu bersatu hati berjuang habis-habisan untuk parti. Hanya orang-orang yang sama di dalam kapal selama 62 tahun yang bersejarah ini dapat kekalkan perjuangan politik MCA!

No comments:

Popular Posts