Friday, August 12, 2011

#Bersih: PR fitnah Mismah sebagai salah satu cara untuk gagalkan pilihan raya?







Penipuan dan fitnah memang permainan pembangkang sejak dulu lagi


Tahniah di atas pendedahan Sinar Harian mengenai Mismah. Nampaknya pembangkang dan Malaysiakini kantoi sekali lagi.

Begitu banyak penipuan sejak dulu lagi, antaranya tentang Memali, hukum kafir ke atas orang UMNO, racun arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk, 16 September, jenazah di Tenang, Utusan palsu dan terbaru - Mismah!

Jelasnya, fitnah terbaru pembangkang ini, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian menyebabkan orang seperti Mismah takut untuk mendedahkan dirinya. Apakah tujuan PR memfitnah pengundi seperti Mismah sehingga menakut-nakutkannya? Adakah untuk menggagalkan pilihan raya atau menghalang ia dari dilaksanakan dengan lancar semata-mata kerana wujud ketakutan bahawa pembangkang akan kehilangan 4 buah negeri mengikut lunas demokratik.

Khabarnya akan ada lebih banyak demonstrasi jalanan dan pendekatan revolusi yang sedang disusun di dalam negara ini atas tujuan yang sama. Marilah semua majoriti senyap rakyat Malaysia, kita sama-sama bertindak menghalang perbuatan yang tidak bertanggung jawab pihak subversif ini. Jelas mereka bukan mahukan pilihan raya yang bersih, tetapi mahu menggagalkan pilihan raya kerana mahu merampas kuasa mengikut jalan tidak demokratik!

2 comments:

j-maya said...

Salam...

Saya pembaca setia blog TunFaisal.com

Blog saudara sudah saya pautkan.
Harap dapat dipautkan juga blog saya.

Terima kasih.

JENDELA MAYA
jendelamy.blogspot.com

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Salam,

tq j-maya; saya telah pautkan. tq atas sokongan :)

Popular Posts