Wednesday, July 27, 2011

#BersihStories - Video: Ambiga and #bersih acted against the King's order




Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Selasa mengaku bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

"Perhimpunan jalanan? Ya, Agong bertitah demikian (tidak adakan perhimpunan jalanan).

"Malah ia turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum itu... semua orang pun tahu mengenainya," katanya pada majlis Wacana Sinar Harian di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail berhubung sama ada Yang di-Pertuan Agong pernah memberi peringatan kepadanya secara peribadi agar tidak meneruskan perhimpunan jalanan Bersih 2.0.

Bagaimanapun Ambiga berdegil dengan tetap menganjurkan demonstrasi jalanan berkenaan shingga menimbulkan huhu-hara di ibu kota.

Wacana bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' itu turut menampilkan Timbalan Pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin sebagai ahli panel.

Selain itu berhubung persoalan mengapa pihaknya bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan menolak tawaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menganjurkannya di Stadium Melawati Shah Alam, Ambiga memberi alasan bahawa pihaknya mengambil kira soal kedudukan yang strategik.

"Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik.

"Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana," katanya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu turut menyatakan bahawa faktor masa yang terlalu singkat menyebabkan perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka diteruskan.

"Kita bukan tak mahu elakkan keadaan huru-hara dengan menerima tawaran guna stadium di Shah Alam, tapi pengumuman awal telah dibuat dan kita hanya ada masa yang suntuk menguruskannya.

"Tapi ingin saya tegaskan, sekiranya pihak polis memberi kerjasama kepada Bersih untuk meneruskan perhimpunan secara aman, saya jamin tidak akan ada huru-hara berlaku seperti yang kita lihat seperti 9 Julai lalu," katanya.



Soalan tambahan untuk Ambiga:


1. Soalan kedua tadi, iaitu 'tidakkah ia akan menjadi kurang provokatif sekiranya Ambiga menerima cadangan MB Selangor agar Stadium Shah Alam digunakan untuk perhimpunan bersih?' hanya memerlukan jawapan Ya atau Tidak dari Ambiga. Ya, ia kurang provokatif atau Tidak, ia akan menjadi lebih provokatif.

2. Apabila Ambiga kata mereka memilih Stadium Merdeka kerana senang keluar masuk - adakah Ambiga dan Bersih putuskan untuk guna Stadium Merdeka tanpa memohon dan mendapat kebenaran Pengurusan Stadium terlebih dahulu?

3. Apabila Ambiga kata tidak sempat (untuk ubah lokasi dalam masa empat hari); katanya dia telah membuat `arragement' adakah dia maksudkan bahawa sudah ada begitu ramai penyokong berbayar Bersih yang telah sampai lebih awal dan sudah menginap di hotel, apartment dan rumah di dalam Kuala Lumpur? Waktu saya di Sik pada hari Khamis, 7hb Julai, saya mendapat maklumat bahawa sekumpulan ahli Pas dari Sik sudah pun bertolak lebih awal ke Kuala Lumpur, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad sebelumnya.

4. Yang mana lebih mudah keluar masuk? Stadium Shah Alam atau Stadium Merdeka?


lagi posting mengenai Ambiga derhaka di sini

- http://semuthitam80.blogspot.com/2011/07/ambiga-akur-derhaka-titah-agong.html

- http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/07/bersihstories-ambiga-terperangkap.html

- http://hhalem.blogspot.com/2011/07/video-aduh-tun-faisal-mengasak-cukup.html



2 comments:

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam bro TF.

Tun Faisal, Sie haben eine gute Aufgabe gemacht konfrontiert die Ambiga gestern aber Sie didnt verfolgt weiter und conered sie, als sie angefangen hat, drehend die Antwort.

Nur, wenn u ihr Gestern genagelt hat, das ich eine phantastische Aufgabe wΓ€re.

P/S : Harap bro faham bahasa Jerman sbb saya cuma blogger tak intelek MCE Gred3,berniaga pasar malam.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Tak masalah jd blogger spm, ramai blogger spm yg rasional; asalkan jgn jd penipu, x rasional, x fhm kaedah parti, keras kepala dan plg penting jgn jd pondan :) why not spending more time to understand UMB and me 1st before passing judgement abt us based on info tht u received from couple of liars :)

Popular Posts